KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, November 20, 2010

Dunia Tanpa Sempadan.

entry dibuat dalam keadaan tengah marah, geram dan berbagai perasaan!

Kalau dulu, semua orang mengagungkan slogan seperti tajuk di atas tu. Tapi, sekarang ini, cuba kita imbas balik apakah kebaikan world without boundary nih apabila..................

Privacy kita bukan lagi privacy???
Kisah hidup kita bukan hanya keluarga sahaja yang tahu????
Gambar-gambar kita menjadi tatapan mata-mata liar di luar sana???

Oh! Dunia sekarang makin melampau! Makin menakutkan! Scary and creepy!!

Tadi blogwalking. Jumpa satu blog yang mempamerkan gambar-gambar WANITA sahaja. Ditekankan sekali lagi, gambar WANITA. Ye!! Gambar kamu wahai perempuan. Aku takkan link kan blog itu. Sebab, aku taknak sebarkan lagi benda yang sudah tersedia tersebar.

Kamu tahu?? Aku sedih sangat tau. Sedih. Bayangkan lah gambar kita, kawan-kawan kita, kakak-kakak kita ada kat dalam blog tuh, dan menjadi tatapan mata-mata liar. Mereka mungkin menjamah setiap inci gambar itu. Sadis! Sangat sadis!!

Di mana hilangnya sifat malu yang sudah tersedia ada dalam diri seorang perempuan?? Di mana?

Dari sudut pandangan mata kasar aku, gambar itu seperti diambil dari laman sesawang Facebook. ye!! facebook. Sesuka hati je tuan punya blog itu. Tapi, aku tak tahula pula kalau sudah mendapat keizinan dari pemilik gambar itu. Huhu.

Boleh tak, kalau aku minta kawan-kawan aku tolong deletekan gambar korang yang ada dalam facebook itu? Boleh tak? Satu sahaja aku minta.

Aku minta korang buat ni, sebab aku sayang kat korang. Kalau aku tak sayang, aku biarkan sahaja korang letak gambar itu. Huhu.

Aku ada terbaca satu artikel. Tapi, maaf, sumber tak ingat. Dalam artikel itu ada menyebutkan,
"sekali kita dah uploadkan gambar kat public, maknanya, kita sudah bersedia untuk membiarkan gambar kita di'copy-paste' oleh pihak yang dapat melihat gambar itu."

Waaaaarrrggghhhhh!!!! Takut! Korang tak takut ke?

(T_T) Mungkin ada yang nak menyatakan, even kita dah buang, tapi kawan kita yang lain masih mengupload gambar kita. Jadi, sama sahaja.

Memang kawan. Memang. Aku tak nafikan. Tapi, biarlah usaha kita yang sedikit ini mampu untuk menghalang diri dari terus melakukan dosa.

Ada terbaca satu buku. Dalam buku itu ada menyebut, berkata Imam Syafi'e:
"Barangsiapa yang tahu itu merupakan kesalahan tapi masih melakukannya juga, maka itu dianggap dosa"

Wallahua'lam.

Aku pun takut. Iman ku juga setipis bawang. Mungkin lebih tipis dari itu. Huhu.

Tegurlah aku kalau aku ada buat silap. Kita saling tolong-menolong ye. Please. Please. Please. Aku merayu sungguh-sungguh ini.

*mata yang penuh pengharapan*

Gambar aku, kamu yang comel-comel itu, kita simpan untuk kenangan kita bersama ya. Biar bakal suami kita, rakan-rakan terdekat dan kaum keluarga sahaja yang dapat lihat. Kalau teringin nak masuk kan juga, masukkan la gambar secara berjemaah. Kalau tak nampak jelas pun takpe. Aeh? Huhu.

Takpe. Kita tak perlu nampak cantik di mata manusia. Biarlah kita nampak cantik di mata Dia.

InsyaAllah.

Ya Allah. Kami mohon kepadaMu supaya tetapkan iman kami, kukuhkan akidah kami, lindungi kami dari bisikan syaitan-syaitan durjana, dan selamatkanlah kami dari azab seksa neraka jahanamMu ya Allah.
Sesungguhnya kami tahu, Engkaulah sebaik-baik pelindung.
Amiin.

p/s: Hati masih ragu. Hati masih bimbang. Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang?

p/p/s: Mampukah aku menghadapi dunia yang semakin penuh jalan berliku ini?

Aku serahkan urusanku kepadaMu ya Allah. Engkau lebih Maha Mengetahui.

7 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

mujo FB saya hanya ada gambar saya ngan murid2 saya yg semuanya lelaki..setakat gambar main hoki, bahas sahaja

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah: hoho.
cikgu lelaki..xpelah.
perempuan zaman sekarang kena jadi lebih kuat dan tabah dan gagah.
menakutkan.

sekamar rindu [REPLY]said...

salam..

tu sebab saya tak letakpun gambar saya di blog...

al-lavendari [REPLY]said...

insyaallah dunia ini akan dapat di tempuhi dengan iman di dada. jadi sentiasa suburkan ia.

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu: Wassalam. Hehe. baguslah.

Encik Hamzah: insyaAllah. Mudah-mudahan. Terima kasih ye. :)

IMANSHAH [REPLY]said...

kalau setakat gambar bersama anak murid kalau nak disalahgunakan rasanya susah juga..kalau di pihak yg benar kenapa takut kan.. Tapi kalau upload gambar2 yang boleh bikin kontreversi tu, sendiri mau tanggunglah.. Setakat ini saya belum lagi terkena dengan perkara2 yang tidak dijangka..Wllahua'lam

nunama [REPLY]said...

kadang-kadang, gambar tu bukan kontroversi mana pun. Tapi dikontroversikan.
lagi-lagi, zaman sekarang yg serba canggih ni. Boleh edit itu ini. Boleh tambah itu ini. Muka, muka kita, badan, badan lain.
Sebab itu kena berhati-hati.
Alhamdulillah cikgu tak pernah kena. Saya pun tak kena lagi. Dan kalau boleh, tak nak kena. Amiin. :)