KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, November 24, 2010

Semester 5 Agak Relax

Salam untuk Bahagia! :)

Apa khabar kalian pada hari ini? Sihat?

Bagus. Jangan lupa ucapkan syukur dan alhamdulillah atas nikmat Tuhan yang satu ini.

Oh! Ada paper pagi tadi. Kemengantukan. Tapi, alhamdulillah. Dah dapat nikmat tidur tu. Hehe.

Selamat sudah peperiksaan ku untuk semester ini. Ops! Not officially la. Tapi, lebih kurang. Sebab akan ada satu paper lagi iaitu LAC101-Bahasa Cina 1 pada hari Jumaat ini. Haha.

Ya! Semester ini memang agak bertenang berbanding semester-semester yang lalu. Semester lalu, jadual exam terlalu straight. Jatuh pula masa birthday. Takda gap waktu. Huhu. Sedih. Tapi, semster kali ini, ada gap waktu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. :)

Sepanjang semester ini juga, kitorang lebih banyak buat kerja dalam makmal. Hehe. Seronok-seronok. Bermain-main sahaja. Tapi cuma lab report jelah yang terlalu banyak. Teeettt! Jangan nak demand lebih.

IMA312-Amali Pemprosesan Makanan dan IMA313-Amali Pengawetan Makanan
Paper ini, 100% depends on couresework. Lab report, tingkah laku dalam makmal (aeh? yeke?), quiz dan test. Kitorang dah buat ice-cream, surimi, jams, drying, sos, roti, hurdle technology, dan canned chicken curry.

IMK308-Prinsip Pengawetan Makanan
Paper ini pembuka exam. Tersangat banyak nota iaitu teori yang perlu difaham dan dihafalkan. water management, hurdle technology, antioxidant, antimicrobial, anti enzymic dan non-enzymic reaction, smoking, drying, freezing dan thermal heat processing.

IMK309-Teknologi Pemprosesan Makanan
Oh! Paper ni pagi tadi. Aduhaii. Aku tak pasti sangat. Aku jawab dalam keadaan kelaparan dan kepeningan. Lapar sebab makanan aku dah habis stok pagi tadi. Alas perut dengan kismis, jus delima dan air mineral sahaja. Huhu. Nasib badan.
Pembuatan sosej, burger, buah-buahan dan sayur-sayuran, surimi, dairy product (ice-cream, yogurt, butter, cheese), dan roti.

KOT222-Kimia Organik II
Paper ni 16 November hari itu. Oh! Saya memang suka kimia. Tapi, dah lama tinggalkan kimia. Asyik bermain dengan theory dan practical yang related dengan food sahaja. Melibatkan IR, NMR, GC, MS, carbonyl group, carboxylic group, alcohol group, alkyne group, conjugation, dan seerti dengannya.

IEK212-Pemindahan Haba Process
22 November yang lalu. Paper ni sedikit dahsyat la. 3 hari sebelum exam masih tak berapa nak faham konsep. Buat soalan, ngantuk. Itulah kejenya. Isyh3. Tapi, sebelum hari kejadian itu, baru faham konsep dan kaedah. Evaporation, heat exchange, heat transfer dan heat flow.

Ok. Aku sudah buat dan berusaha. Puan Ummi, Incek Abah dan seluruh kaum keluargaku sudah berdoa. Selebihnya, aku serahkan urusan duniaku kepada Dia. :)

Semester 6, akan menghadiri Latihan Industri di Johor Bharu. Makanya, selamat tinggal USM selama 9 bulan. Waaah! Lamanya. Aah. Sebab ada ura-ura yang mengatakan sidang hadapan akan bermula pada bulan September. Seluruh Universiti dalam Malaysia ni katanya. Nanti, korang g check kat School masing-masing ye. =P

Aku terperasan: Dah lama tak buat segmen muhasabah. Mungkin sebab sekarang ini aku dah jumpa site-site yang memuhasabahkan kah? Emmm rindu-rindu. Oh! Ilham itu semua datang dari Pencipta. :)

Pesanan khas kepada:
Kak Nabilah --> saya sampai je rumah nanti, saya akan terkam coklat tu terus k. Hehe. :)
Yon --> Selamat Pulang dan Selamat Berpraktikal! Saya ada je kat sini. :)
Harifa --> kamu jangan rindu-rindu saya nanti. :)
Cikgu Imanshah --> saya pun kerja kat kilang sahaja nanti. hahaha.
Cikgu Sekamar Rindu --> saya dah tukar background blog. Jumpa tak shoutbox kat tepi tu? hehe.

Semoga Berbahagia ye semua!! (n_n)

5 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

wah bahasa cina tu,,,macam menarik

nabilah_2908 [REPLY]said...

wah...ambil bahasa cina la...bagus tu..good luck tuk paper yg terakhir yupp.. :)

psst...coklat tu dah sampai ke..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
COMMENT BOX

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah:
menarik-menarik. :)

Kak Nabilah:
Hehe. Memang bagus. Tapi, baru level 1. Kalau tanya budak Cina, dorang ckp, macam tahap sekolah rendah je level satu ni. Haha.

Thanx Kak! :)

Pasal coklat tu, belum dpt lagi. Masih menunggu. Tadi telefon abah, abah tak kata apa pun. Huhe. Saya berdebar dah ni. hehe. ;)

sekamar rindu [REPLY]said...

salam..

Bahasa Cina?...bagusnya..

dah byk kali cari tak jumpa2 pun sbox awak tu...

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu:
Wassalam.
belajar ilmu baru. :)

aeh? yeke? huhu. camne ek...
em dia terlekat kat tepi tuh. ada tulis, 'shoutbox'. pastu, kena klik, nanti dia kuar.
p/s: kalau x jmpe juga, gtau ye. maaf tau. huhe