KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, April 23, 2010

tanpa tajuk....

salam sekalian... =)

Bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara dan melihat keindahan  alam ciptaan Pencipta yang Maha Agung..

okeyh.. Entry kali ini, xnak formal sangat.. (errr before nih, formal ek? ) hahaha.. Apa-apalah. cuma nak cakap, tetibe perasaan kurang enak telah menjelma dalam diri.. Perasaan ini aku tidak berapa suka sangat sebenarnya. Perasaan hilang kepercayaan kepada seseorang. isyh3.. Tidak patut begitu. Tetapi inilah kenyataannya. Mana mungkin aku menidakkan perasaan ini.

Unexpected in expected! Masa memang bisa mengubah prinsip seseorang itu. Bisa membuatkan seseorang tetap teguh dan sabar dalam menghadapi dugaan hidup. Bisa melenyapkan segala kekusutan dan walangnya hati apabila ditimpa sesuatu musibah. Aku agak terkejut sebenarnya!

Susah senang untuk kuluahkan. Sangat tertarik dengan shout dari cik Hiro. "Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara". Antara lainnya, "jangan memulakan sesuatu tindakan jika anda tidak mampu mengakhirinya". Santai tapi begitu mendalam dan tersirat kata-kata yang tersurat.


Berkenaan dengan shoutout yang pertama itu, aku sangat suka kerana hal ini dapat menggalakkan aku supaya lebihkan berdiam daripada banyak berkata-kata. Biasalah. Aku terkenal dengan peramahnya banyak cakap. Jadi, aku bisa berbual dengan seseorang yang baru aku kenali. Mungkin disebabkan senyuman manis comel yang aku pamirkan kepada seseorang itu yang membuatkan kami terus kepada perbualan santai dan mesra berilmiah. Lihat! Dari senyuman terbinalah ukhwah. Tetapi, ada juga pendapat yang mengatakan "lebih banyak kamu berbicara, lebih banyak kelemahan dan kekurangan yang kamu tonjolkan". Nah! Sudah terbukti, bahawa diam itu lebih bagus dan ganteng sekali. (terpengaruh dengan sinetron Indon 'Bawang Putih Bawang Merah' masa sekolah2 dahulu.. =P) Tapi, aku harus memilih yang mana? 

Dua-dua ada pro dan kontra nya. Memandangkan selama 4 sem aku berada di Penang ini, banyak ragam yang aku jumpa, Ada yang berkenan, dan ada juga yang menunjukkan ketidakselesaannya. Jadi, sedikit pengumuman untuk anda semua. Kepada yang berkenan, terima kasih banyak-banyak kat anda semua. Tanpa anda, aku tidak mampu tersenyum. Aku suka usik dorang di hari jadi mereka untuk menghadiahkan hadiah termahal iaitu 'senyumanku'. Ceewaaah! Perasan tul! hahaha.. Dan mungkin, hanya bersama anda sahaja saya akan banyak bicara. Kepada yang tidak berkenaan, maaf aku pohon. Ehehehe insyaAllah..ketika berjumpa dengan anda, saya akan cuba untuk berdiam membuat bising. keh3.. Tapi, tidak tahulah di hari kemudian. Jeng jeng jeng...!! rahasia itu hanya Kau yang tahu..

Okeyh.. Bagi shoutout yang kedua itu pula, dahulu, aku pernah berfikir begini sewaktu aku memanjat pokok ceri di rumah jiranku. Abangku ketika itu memarahiku sambil berkata, "pandai sangat panjat, pastu pandai-pandailah cari cara untuk turun!" Menangis meraung aku kat atas pokok itu. uhuhu.. tetapi, kata-katanya selepas berbelas tahun itu mengingatkan ku kepada shoutout yang ditulis temanku ini. Apabila aku sudah memanjat pokok itu (awal), aku wajib sunat mencari jalan penyelesaiannya yang selayaknya untuk aku turun dari pokok itu (pengakhiran kepada terjatuh dari pokok.. hik3.. emm gurau jer..). Oleh itu, jika aku ingin melakukan sesuatu perkara, perbuatan atau tindakan, aku harus 'brainstorming' dahulu kepada akibat yang akan aku tanggung selepasnya. Tetapi, pepatah Inggeris ada menyatakan, "Don't cross the bridge until you come to it". ( aku dah cross Penang Bridge pe... =P ) Bermaksud, tidak perlulah aku berfikir tentang akibat sesuatu tindakan itu sehingga aku sudah melakukannya. Haihhh.. Mana satu ni? 



Apa-apalah diri. Isyhh3.. Tidak patut memeningkan diri dengan masalah perasaan perasan yang biasa terjadi kepada awal akhir remaja macam aku ini. Uhu~! (hello! cik nur...... Semua orang mengalami masalah sehingga roh dicabut dari badan la... ape daaa.. ). Emmm mungkin selepas ini, sebelum aku membuat apa-apa keputusan, aku harus solat istikharah dahulu. Menimbangkan yang mana baik dan yang mana buruk. Itu yang terbaik! Yeayhh!!

Baiklah. Jangan ada yang bilang saya sombong pula selepas ini. kuikuikui... Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. dan mungkin juga, orang itu tidak mampu memuaskan hati kita.

Peace no war! (^_^)V

p/s: perasan atau tidak dalam entry ada kekeliruan penggunaan kata ganti diri nama pertama antara 'aku' dengan 'saya'..hahahaha.. kalau dalam peperiksaan sebenar, habis markah aku ditolak dari segi kesalahan kata. adoiiiyaiii.. agaknya, bagaimanakah keputusan peperiksaan bahasa Melayu ku? *thinking, waiting and hoping*

Thursday, April 22, 2010

semangat, kemanakah?

salam kepada semua =)
aisyhhh.. tidak tahulah..
mahu senyum atau tidak..
mahu bergembira, atau tidak..

benar! jangan terlalu bergembira, kerana kelak engkau pasti akan berduka..
jangan terlalu berduka, kerana engkau seperti tidak mensyukuri dengan setiap kurniaanNya..

detik demi detik..
sudah hampir ke penghujung peperiksaan akhir sidang 2009/2010..
takut kowt..
entah ape ape ntah yang aku jawab di atas manuskrip jawapan..
huhuhuhu
"Dr.... Can i take my manuscript back and do some correction on it?"
hohoho inilah soalan yang bermain di benakku sejak hari Isnin, 19 April 2010.

isyh3.. kenapakah aku serasa seperti bukan diriku sebenar yang mampu melupakan apa yang telah terjadi? Kemanakah perginya semangat juang yang kental dalam diri? Hilang ditelan zaman kah? Luput meniti usiakah? Terbang bersama anginkah? isyhhh ni yang tetibe rasa nak nyanyi lagu Gemuruh dari Faizal Tahir nih.. Xpun lagu Tekad dari Hazami... kuikuikui.. =P

bangunlah! aku masih ada 2 paper lagi.. Unit Operation 1 a.k.a Process Fluid Mechanics & English...
jom kawan2.. Cheer up please!!!


aja aja!! FIGHTING!! (^_^)V

Sunday, April 18, 2010

senyum!!



senyum seindah suria...
yang membawa cahaya..
senyumlah dari hati..
duniamu berseri..
senyum umpama impian..
dalam kehidupan..
kau tersenyum..
ku tersenyum..
kemesraan menguntum..

senyum...
kepada semua..
senyumanmu..
amatlah berharga..
senyum..
membahagiakan..
dengan senyuman..
terjalinlah ikatan..

Saturday, April 17, 2010

motivate myself :)

salam ceria.... =)


hidup ini tidak pernah lari dari masalah..
jadi, mengapa harus mengenang kisah silam yang menyakitkan..?
kalaulah terdapat sedikit ketidak puasan dalam diri, cuba check hati kita..
uhuhu manalah tau titik2 hitam mula bertambah..


mahukah?
tentu sekali tidak!!


senyumlah.... =)
senyum itu penawar duka..


berzikirah...
agar ketenangan mampu kau rasa..


bersabarlah..
sebab ramai lagi orang di luar sana yang menghadapi lebih hebat dugaanNya..


buangkan yang keruh...ambillah yang jernih.. barulah teguh, peribadi..
*petikan lagu dalam cerita 3 Abdul*


"wahai masalah, aku masih ada Allah!"

Monday, April 12, 2010

berdebar

salam alaik sahabat sekalian.. =)

emm agak lama juga ya saya tidak menghantar sebarang post di blog ini. Hal ini demikian kerana, EXAM sudah hampir benar.
Takut sebab banyak lagi subjek yg belum cover.
Seram sebab banyak tak tahu ape yg akan jadi waktu exam nanti.
Gementar lihat rakan-rakan mula menbincangkan tajuk-tajuk tertentu.
Risau kalau tidak mampu membahagiakan ummi dan abah.



This sem, aku amek 7 subjek.
1. Industrial Quality management. Subjek ni, masa kuliah dulu, aku asyik nak tertidur jer. Pastu pas baca notes Prof, perghhhh! terasa sgt rugi sebab x dengar betul2. Besh ooo!! Subjek ini menceritakan perkaitan untuk membina satu system dalam sesebuah organization supaya lebih teratur dan sistematik. Subjek ini juga menerapkan nilai2 team work and communication skills antara unit-unit dalam system. Terdapat juga kaedah untuk mengawal product supaya menjadi under control. Not out-of-control.

2. Instrumental Analysis in Food. Aisyhhhh...... Subjek ni, memang killer la.. Sebabnye, Dr. yang mengajar subjek ni, slalu unpredictable. Soalan2 dia pula mmg x terjangkau oleh akalku. Banyak lagi yang perlu diselidiki sebelum aku melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Fuuuh!!

3. Experimental Design with Computer Application. Subjek ini, aku x bosan untuk belajar. Seriously! Best giler sebab melibatkan soalan mathemathic yang biasa2 jer iaitu tambah, tolak, bahagi dan darab. Tapi, yang theorynye itulah membuatkan aku sesak nafas. Sebab kita x boleh guna semberono je design yang kita da belajar tuh. Semua aplikasi dalam ANOVA. Aisyhhh..... Berdebar sungguh! Kena faham konsep dengan jelas, terang, dan mantop! uhu menyeramkan sbb carry mark aku untuk subjek ini agak sedikit.

4. Food Microbiology II. Subjek ni, memang xleh cakap lebih2 la. Takut sesangat. Mana taknyer, dalam 6 eksperimen yang kitorg lakukan (means, exp by group), hanya 2 sahaja daripadanye dapat memuaskan hati kami. Giler! Test lab ritu, sangat teruk. Unexpected tau soalan dia. Rasa nak balik bilik je time tuh. wawawa :(( Terkejut giler. Ingtkan tanya fakta, rupanye, calculation pasal colony forming units. Waah! terkedu! Speechless. Adoiiiyaaiii....

5. Process Fluid Mechanics. hohohoho... Subjek ini amat mendebarkan saya. Soalan dia agak berbelit2. Kena duduk dengan bertenang, fikir elok2, renung kertas tuh dalam2.... But, kamu belum tentu dapat gambar rajah pump dia. Hohohoho... Tapi, saya merindui Prof yang mengajar subjek ini. Dia sangat baik. Macam ayah. Ehehehe.. Cara dia mengajar macam bercerita. Seronok! Macam Bedtime Story.. Ehehehe.. Rindu!

6. Bahasa MElayu. Eekekekeke... Kawan saya cakap, 'aisyhhh x penat2 ke amek bahasa melayu?' HAhahahaha nak buat macam mana. Subjek ini WAJIB amek. Untuk mendapatkan pengijazahan.. Uhuhu takut gak tau. Sebab ramai budak melayu yang kena repeat. Takut!

7. Bahasa Inggeris. hehehe ini pon sama. Dari sekolah rendah sampai ke universiti. Subjek ini sangat diutamakan. TApi, aku x pernah2 nak score. Uhuhuhu.. Kena belajar dengan lebih gigih. Caiyok2!!

ahahahaha.... memang luahan ketakutan sebelum menjelang hari peperiksaan. Doakan saya yer. Kawan saya ada cakap,
'BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL, PASTI BERJAYA'.

all the best to kawan2 saya yang akan mengambil peperiksaan. Semoga kita semua berjaya mendapatkan CGPA yang diidam2kan.

AJA AJA!! FIGHTING!!
(p/s: terpengaruh dengan cite Full House..ekeke)

SALAM IMTIHAN  (^_^)V

Wednesday, April 7, 2010

berubah itu pasti

Selamat pagi!!! =)

waaah! exam sudah hampir.....
tapi, banyak lagi persediaan yang belum aku lakukan.
aisyhhhhh...risau gak nih..
takpe..
relax...
cool...
kalau gelabah, lagi payah nak study..
nak atau tak, kena belajar...

sidang 2009/2010 sudah hampir ke kemuncaknya..berbagai rasa yang aku alami..
sehingga mampu mengubah keperibadian seseorang itu..
harap, tidak berubah daripada baik kepada yang tidak elok..
harap, berubah daripada tidak elok kepada baik..



manusia....
berubah apabila situasi itu memaksa untuk berubah..
berubah apabila selalu dikritik..
berubah apabila banyak pengalaman yang dia lalui..
berubah apabila sesuatu kejadian menimpanya..
berubah apabila nafsu tidak dapat mengatasi akal..
berubah dari segi usia, umur, tahun.......

emmm berubah dari segi apa lagi yer?

maknanya, semua orang akan mengalami suatu perubahan dalam diri setiap individu..
kita sebagai orang yang berada disekeliling orang tersebut dan selaku tuan empunya diri yang akan mengalami perubahan seharusnya 'be open minded'.

mungkin apabila kita berubah...kita akan ditinggalkan.
tidak perlu risau akan ditinggalkan kerana diakhirnya nanti, kita semua harus saling MENINGGALKAN.
kita akan kehilangan sesuatu yang berada di tangan kita sebelum ini

berubah = berkorban (hanya pendapat sendiri)
kerana kita telah mengorbankan diri kita untuk menjadi seperti itu, ini dan lain-lain.

'Buka mata, luaskan pemikiran'

berharap sangat supaya perubahan itu mampu memajukan diri bukan makin memundurkan diri..
renung-renungkan, selamat beramal dan beristiqamah... =)

MANTAPKAN JATI DIRI, TINGKATKAN INTEGRITI!! (n_n)V

Sunday, April 4, 2010

rindu....

uhu...
macam mana yer?
saya masih di dalam mood sedih dan rindu yang membuak-buak...

rindu kat ummi..
rindu kat abah..
rindu kat kakak..
rindu kat abang..
rindu kat zaman dulu..

waaaaaa :(( ase nak nangis lah..tapi kali ini, nak cite pasal kakak.

dulu kan..masa kami kecil-kecil dahulu, masa dia tak busy, masa dia x kerja lagi, kami selalu berkongsi cerita sebelum tido. Sekarang nih.....dia tido awal..penat sangat bekerja seharian kat pejabat. takkan saya nak ganggu..

ingt lagi..dulu kakak saya ada penyakit gastrik sbb x makan ikut waktu (suke tul dia skip meals). ada satu hari itu, masa tuh saya berumur 7tahun(darjah 1), dia kejut saya waktu malam sebab dia sakit perut sangat. Masa tu, saya kecil lagi apa..Tambahan anak bongsu lagi..Manja sikit la kowt.. Saya boleh pula tanya dia, 'nak buat apa ni kak?'.. Aduuuhhh! kesian sungguh.. Pastu saya pggl umi dan abah.. Dan kitorang g hospital malam itu juga.

ehehe.. macam remaja biasa yang lain, kakak x pernah terlepas dari cinta remaja. Di situ, aku tahu segala rahsianya. Siapakah yang meminatinya.. Hadiah sempena kelahirannya.. Surat yang berbedak-bedak.. hahahaha.. lawak pun ada. Tapi, tidak mengapalah.

Kemudian, kakak ku menjadi salah seorang orang penting kat sekolah (pengawas) ketika Tingkatan 2. Ehehehe aku masih ingat lagi. Ada suatu ketika, dia diamanahkan oleh guru untuk meng'copy' soalan ke atas kertas soalan ujian. Dulu, takda maknanya nak guna print colour ke ape. Guna kertas yang warna hijau with petak2 tuh. Itulah yang aku ingat. Sebab aku menolong kakakku membacakan soalan ujian itu. Hahaha. Bila aku masuk sekolah menengah barulah muncul kertas yang cantik sikit.

Masa dia sekolah menengah juga, aku pernah menemani dia menyiapkan Folio. Xtaulah time nih korang ada buat lagi tak benda alah nih. Time aku sekolah dulu pun masih ada tugasan yang macam nih. Tp, seperti biasa, aku pasti akan tertidur punyalah. hahahaha. Memang tak boleh blah. Apa punya adik daa.

Pastu, dia dapat masuk ke sekolah teknik di Johor Bahru. Waaaa masa tuh, nak je aku cakap kat dia, 'kak...!! xyahla g.....'. Tapi, aku cover tau waktu tuh. Aku cakap, 'pergilah kak. Dapat belajar best2 n dapat merantau'. Masa dulu, kalau ada orang kampung yang dapat masuk ke sekolah asrama, confirm dipandang tinggi punyalah walaupun hanya sekolah teknik. Lagi-lagi orang kampung macam aku nih. Sebab waktu tuh, tak ramai anak-anak muda kat kampung aku berhijrah ke sekolah teknik. Bukan bermaksud tiada ye. Ada tapi hanya golongan minoriti sahaja. Ada juga yang belajar hingga ke oversea.

Masa nih, ehehe ni yang malu nak cite nih kitorg berutus surat. Hahahaha. Maklumlah, dulu, mana ada telefon bimbit. Surat lah menjadi medium untuk kami berinteraksi. Permulaan surat-menyurat nih apabila aku tersalah faham kat kawan aku. Lepas tuh, kakakku nak 'backing' kawan aku tuh tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Peristiwa nih berlaku masa hujung minggu. Masa tuh cuti sabtu dan ahad. Dia balik sekejap je. Aku pun mula lah menulis surat sambil airmata mengalir dengan derasnya. Hahaha bila teringat balik. Lawak giler kowt. Ntah apa-apa. Aku tak bertegur sapa langsung dengan dia semalaman. Pastu, aku berpura-pura tidur sebelum dia masuk tidur. Macam budak kecil (eah hello...saya memang budak kecil ye waktu itu =P ).

Sebelum itu, aku meletakkan surat itu dalam beg dia. Rupanya, dia nampaklah aku letak. Aduisyhh!! Tak surprise langsung. Pastu, sebelum dia bertolak balik naik bas, sampai la part yang kami kena salam2 n peluk cium. Masa tuh, aku masih tak bercakap dengan dia tau. Tetiba, aku rasa dia letakkan sesuatu kat tangan aku. Haaaa! Surat jugak??? Meraung Meleleh sekali lagi airmataku. Uhuhu. Dalam tu, dia pun tulis la itu ini dan bla-bla-bla. Hahaha. Di situlah kami mula berutus surat. Sampai kalau aku ada masalah or tengah down bila ujian, (eleh, ujian sekolah rendah, bukan susah pon kan..ngengade je lebih..har3) aku bg surat kat dia. Nanti, dia balas la surat aku dengan kata-kata hikmah, lagu lah dan macam-macam lagi. Surat itu, masih aku simpan ok. Sampul (dia buat sendiri tau..ehehe orang dulu-dulu kan kreatif..) yang kakak aku bagi, warnanya sume cantik-cantik. Purple, hijau dan pink. Suka sangat! dan kekadang bila aku buka kotak itu, aku akan baca surat itu. Ketawa sendirian. Arghh! Indahnya waktu itu.

Kemudian, masa aku Tingkatan 3, dia sudah menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Masa itu, dia mendapat PTPTN. Masa itu juga, orang ramai sudah mula menggunakan telefon bimbit. Kemudian, dia berjanji, kalau aku dapat terbaik, dia akan membelikan aku telefon bimbit. Tanpa aku duga, keputusanku agak terbaik. Dan dia menggunakan duit PTPTN itu untuk membelikanku telefon ini. NOKIA 2300
 
RM400++ duitnya terbang melayang. Masa itu, telefon ini, baru je keluar di pasaran. Waaaa~~ serius! Sangat sedih. Bila aku dah berada kat U, aku teringatkannya. Bagaimanakah dia hidup dalam keadaan memerlukan duit yang banyak? Apakah dia makan ketika itu? Makan maggi sahajakah? Sedangkan aku yang mendapat tajaan pun masih berkira-kira untuk membelanjakan membeli barang-barang keperluan yang lain. Inikan pula dia. Terharu sungguh. Sehingga kini, aku masih menggunakan telefon bimbit itu walaupun, kalau dibawa ke kedai untuk di trade-in kan pun, belum tentu pekedai tu ingin.

Terdapat banyak lagi peristiwa yang dia sudah lakukan padaku. Ini hanyalah sedikit bingkisan hatiku untukmu yang bergelar kakak ku.
Terima kasih kakak! Aku sangat sayang padamu.
Biarpun kau melakukan kesilapan atau kesalahan, aku sekali-kali takkan meninggalkanmu.
Kerana engkau adalah kakakku.
Kerana engkau adalah semangatku.
Kerana engkau sentiasa mengalah demiku.
Kerana engkau telah membuka mataku untuk pandang kehadapan.
Kerana darah yang mengalir dalam badanmu juga mengalir dalam badanku.
Yang paling utama, kerana engkau dan aku merupakan hambaNya.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang diantara kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti dia menyintai dirinya sendiri. -Hadis ke-13.

SAYA RINDU dan SAYANG KAKAK SAYA... :((

Friday, April 2, 2010

USM cipta kit kesan daging babi

(DARI kiri) Azhar, Abbas dan Thuan Chew menunjukkan kit pengukur kandungan daging di USM, George Town semalam.

GEORGE TOWN - Industri makanan halal negara dimajukan lagi dengan penciptaan kit pengukur kandungan bagi membezakan daging ayam dan babi oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Diberi nama PC Indicator, ia dibangunkan oleh pensyarah Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Profesor Azhar Mat Easa yang dibantu oleh dua penyelidik iaitu Dr. Abbas Alkarkhi dan Tan Thuan Chew.

****ini adalah petikan kosmo-2 April 2010****

Alhamdulillah.. makanan halal sekarang semakin menjadi keperluan kepada kita semua. hal ini demikian kerana, hampir 2/3 daripada populasi di dunia merupakan orang Muslim. Jadi, perkara ini menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis terutamanya Teknologi Makanan untuk mencari alternatif supaya makanan halal dapat dikenalpasti dan dibezakan.

Kita dapat melihat bahawa makanan kita terdedah dengan bahan-bahan yang berkemungkinan datang dari sudut yang tidak halal seperti 'preservative', 'colouring agent', 'sweeteners', 'anti-caking agent', 'emulsifiers', 'additives' dan bermacam lagi rasa tambahan yang digunakan dalam makanan kita. Contoh yang paling jelas  ialah 'junk food'.

Saya memetik emel yang diberikan baru-baru ini oleh salah seorang rakan saya,

"Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging...... .nauzubillah. .

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan..... . Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama."

disini saya sertakan sekali kod-kod yang mengandungi :Bab1: (yang selalunya dari lemak binatang ini untuk dijadikan 'liquid form')

E 100  E 280  E 434  E 482  E 110  E 300  E 435  E 483  E 120  E 301  E 436  E 491  E 140  E 325  E 440  E 492  E 141  E 326  E 441  E 493  E 153  E 327  E 470  E 494  E 160  E 334  E 471  E 495  E 161  E 335  E 472  E 542  E 210  E 336  E 473  E 570  E 213  E 337  E 474  E 572  E 214  E 422  E 475  E 631  E 216  E 430  E 476  E 635  E 234  E 431  E 477  E 904  E 252  E 432  E 478  E 920  E 270  E 433  E 481

wait! nak share sket...

actually, the number that i show you at the above is called INS (International Numbering System). It is a system of numbering additives according to functions by Codex Alimentarius (pe plak la bende nih...) The Codex Alimentarius (Latin for "food code" or "food book") is a collection of internationally recognized standards, codes of practice, guidelines and other recommendations relating to foods, food production and food safety. Its name derives from the Codex Alimentarius Austriacus.[1] Its texts are developed and maintained by the Codex Alimentarius Commission, a body that was established in 1963 by the Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) and the World Health Organization (WHO). The Commission's main aims are stated as being to protect the health of consumers and ensure fair practices in the international food trade. The Codex Alimentarius is recognized by the World Trade Organization as an international reference point for the resolution of disputes concerning food safety and consumer protection.
**ini anda semua boleh dapat kat http://en.wikipedia.org/wiki/Codex_Alimentarius**

But, if you notice, in front of the number has capital letter of 'E'. E numbers are number codes for food additives and usually found on food labels throughout the European Union.

Jadi kawan-kawan, berhati-hatilah semasa membeli barang makanan. Kalau anda masih ingat lagi pada iklan 'Pengguna' (alaaa yg kartun2 bergerak tuh..ada lelaki, pompuan malay and chinese), ada menggalakkan kita melihat 'nutritional labels', 'expired date' sebelum membeli makanan itu. Jadi, sama ada kita nak praktikkan atau tidak jer..

emmmm... 'tepuk dada, tanya selera'. Consumer is right.. kan?

p/s: tidak silap saya, hampir semua makanan kita mengandungi E numbers tuh... lepas nih, balik rumah, produce product sendiri... xpun, makan sayur kat belakang rumah jer.. =P

Thursday, April 1, 2010

lemahnya...

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
namaMu ku sebut..

sesungguhnya...
walauku siram dengan air hujan..
dari tujuh langitMu..
sesungguhnya..
walauku kutip semua permata..
di dasar lautan..
namun cinta..
takkan hadir..
namun rindu..
tak akan berbunga..
jika tidak..
kerana rahmatMu..
jika tidak..
kerana simpati..

apabila diri terasa lemah..
aku masih tersenyum kepada orang yang tidak mengerti isi hati...
apabila diri tidak mampu melakukannya...
adakah aku masih mampu bertahan untuk membuat orang lain puas hati....?
apabila diri dianggap sebagai pencetus inovasi..
aku mula menangisi..
apabila diri tidak memegang prinsip yang sebelumnya..
aku mula hilang arah dan bukan menjadi diriku yang sebenarnya..
apabila matlamatku disalah erti..
adakah masih punya insan yang mempercayai....?
apabila diri dirundung pilu....
aku berbisik dan terus diam membisu...
apabila hati terasa disakiti...
ingatlah Allah sedang menguji...
apabila dugaan datang silih berganti..
ingatlah ini untuk mematangkan diri..

aku.....
tak mampu menghadapi keseorangan..
aku tersangatlah lemah..
Ya Allah..
berikan aku kekuatanMu..
kesabaranMu..
rahmatMu..
petunjukMu..
sesungguhnya, Engkau lebih Maha Mengetahui isi hati..

Firman Allah SWT yg bermaksud, " Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)". Surah Al-Mukminun 23:62.