KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, September 30, 2010

cermin mata hitam memudaratkan

Salam Kawan Sekalian. =D

Ok. Tak boleh taip banyak sangat.
Ada perkara yang lebih penting menanti.
Ada satu cerita nak cite.

Pasal Driver aku kat USM ini. Aku ada banyak driver. Itu, korang harus tahu! Antara banyak-banyak itu, ada seorang ini, dia cool giler. Senyum. Tak pernah nak marah-marah kalau aku lambat. Rilex habis. Aku pon cam da anggap dia Pak Cik sedara se Islam aku. Tabik spring sama kamu~~~! =)

Rupanya, dalam cool dia itu, dia tersangat marah. Ada ke patut, sebab kawan dia punya pasal, dorang hampir-hampir kehilangan kerja. Sadis! Aku memang kesian kat pekerja-pekerja ini. Tapi, itukan lumrah alam. Mana boleh nak lari-lari. Kena hadapi dan harungi. No complaination!

Nak tahu ape jadi? Salah seorang dari kawan dia itu, memakai cermin mata hitam semasa memandu. Alaaaa kalo omputih cakap, sunglasses. Isyh3. Siang hari itu, possible la. Tapi, kalo malam pun nak pakai kaca mata itu juga, tak ke pelik tu namanya. Rasional sikit la brader. Kang tak pasal-pasal terlanggar kami-kami ini yang ingin mencari ilmu. Eceewaaah!

Selain itu, org berkaca mata hitam itu juga telah cuba mengorat pelajar-pelajar ini. Yang ini, aku tak dapat nak pastikan kesahihan cerita. Tapi, dari pandangan aku, pernah gak kawan aku kena gurau-gurau ngan dia. Emm ntahla. Lelaki memang macam itu yer? Ops! Hehe.

Pemanduan orang berkaca mata itu juga sangat tidak berhemah. Laju. Kekadang, kenderaan terlebih muatan, tetap juga laju. Nasib baik, tiada kecederaan fizikal dilaporkan. Cuma, kesakitan dada disebabkan debaran yang tak henti-henti sebelum tiba di tempat yang diingini.

Tambahan pula, terdapat segelintir pelajar yang prihatin telah membuat aduan bahawa, orang berkaca mata itu tidak memberhentikan kenderaan untuk membawa mereka walaupun mereka sudah menghayunkan tangan ala-ala model gitu di tempat-tempat perhentian. Ok. Itu aku tambah. ;p Mereka sempat mengambil no plat kenderaan. So, selidik punya selidik, SAH!! Time orang berkaca mata itu bertugas. Dush! Amek ko. Banyak giler dah kesalahan. Kalo kesalahan kecil, mungkin dorang boleh maafkan kot. Tapi, ni melibatkan kesalahan besar. Too dangerous.

Pakcik itu bercerita lagi, disebabkan seorang punya onar, Fatwa Syarikat diorang telah mengHARAMkan pemakaian cermin mata hitam ketika memandu. Haaa! Kan da tak pasal-pasal. Terus HARAM. Takda dah makruh ke ape ke.

Oklah. Terpanjang pule. Selamat malam.

Assalamualaikum. (n_n)V

Haaaa! Ada sesapa yang pakai sunglasses tak masa baca entry blogger kesayangan korang? =P

p/s: untuk pengetahuan, orang yg membuat onar itu juga sudah diberhentikan kerja. Lagi. Kalau nak cari rezeki yang halal, pandai-pandailah menjaga diri.

p/s/s: Driver aku, Pak Cik Bus. Terima kasih ye Pak Cik-Pak Cik sekalian kerana menumpangkan aku dan teman-temanku. =D

Sunday, September 26, 2010

apabila mereka mula celik IT

Salam Ceria! =D

Hahaha. Ok. Aku gembira. Nak tahu kenapa? My brother. Chatting kat FB @ 'mukabuku'.

Wow! Pada aku, amazing la. Pada korang, mungkin rasa biasa je. Hehe. Masa raya hari itu pun, dia da mula berbual-bual dengan aku. Tak tahu la pula kalo Puan Ummi gtau kat dia. Hak3. Kalau betul la Puan Ummi gtau, malu ok. Actually, abang aku tak banyak cakap. Certain time je dia cakap. Kekadang, aku terfikir gak, dia kenal tak aku ni sapa? Hahaha. What a silly question right? Keh3.

Dulu, dia xda FB. Tapi, setelah tetibe kawan lama dia add + PM aku kat FB, aku yang paksa-rela suruh dia buat FB. Yela. Senang la kawan-kawan lama dia nak cari nanti. Tak la melalui perantaraan aku. Ye dak? Haha. Nasib baikla nama Encik Abah yang kacukan Bugis+Jawa ini memudahkan kenalan mengecam kami. Kalau tidak, susah gak, kenalan-kenalan mencari kami di 'mukabuku'.

Ok. Itu semalam. Ritu, My sister. Dia pun sama. Dorang bukanlah generasi Y macam aku dan kamu-kamu semua. So, aku juga yang memaksa beliau untuk mengaktifkan diri dalam bidang IT ini. Bukan apa. Anak-anak sedara aku, merangkap anak-anak beliau mungkin aktif dalam bidang IT. So, kalau beliau belajar, beliau boleh memantau aktiviti anak-anak itu. "Mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati".

Ehe. Aku ingatkan beliau-beliau sekalian memantau anak-anak beliau sahaja. Rupanya, dengan aku sekali mereka pantau. Aigooooo!! Hahaha.

Em tapi takpe. At least, aku tahu yang dorang masih concern kat adik kesayangan dorang ini. Ehe. I love that. But, certain people, mereka rasa terkongkong. But again, "lain orang, lain pendapat".

Ok. Sekian dulu. Assalamualaikum.

Cheerio! (n_n)V

Friday, September 24, 2010

masa kita sedih, orang lain mungkin bahagia

Salam Ceria sidang pembaca yang sudi baca.. =D

Minggu yang memenatkan. Dengan assignment yang baru tahu kena hantar sehari sebelum due date nyer, 3 upcoming test on next week, dan buat canning process gune chicken curry buatan kami sendiri + ice-cream yang rasa-rasa dia hampir kepada ice-cream di Mc Donald itu. Fuuuh! Lega. Tapi, belum lega lagi. Lab report pula akan menyusul selepas itu. Pas submit asgment itu, balik bilik, lunch, pastu tido. Sehinggakan roommate balik pon tak sedar. Pas bangun tuh,

"Aeh! Akak da balik? Baru balik yer?"
"Hehe tak la baru sangat. Emm tulah. Nampak penat muka tu masa tido tadi."
".........."

Dalam hati berbisik: Aduii! Malunya. Kakak tengok aku tido ler! Hahaha

Macam tajuk di atas itu, masa kita tengah susah, sedih, dirundung malang, kecewa, tidak semestinya orang lain juga bersedih. Mungkin mereka tengah bahagia, happy, gembira, ketawa dan pelbagai macam perasaan yang enak-enak belaka. Selalunya, kita dengar,

"Ko janganlah gembira sangat. Cuba ingat-ingat sikit kat orang yang tengah sedih terkena bencana alam itu"

Haaaa! Pernah dengar kan?? Cuma entry yang ini tukar versi. Kita yang menjadi orang sedih itu. Sebab apa aku buat macam itu? Supaya kita akan lebih menghargai setiap saat dalam hidup. Dah tak kan ada rasa duka yang hadir. Walaupon perit nak telan. Ingat! Itu lumrah alam. Semua orang akan rasa.

Jadi, bila kita tengah berduka cita, ingatlah kepada orang yang sedang gembira di saat itu. Lihatlah pada keadaan sekeliling anda.

Ada tak orang sedang ketawa?
Ada tak orang sedang tersenyum?
Ada tak orang sedang bercerita dengan gembira?

Kalau ada, apa salahnya, kalau kita turut berkongsi kegembiraan yang terpancar pada wajah-wajah insan ini. Doakan kebahagiaan mereka. Ukirkan senyuman.

Rahsia hati, let it be. Tak kan kemana pon kalau di fikirkan sangat.
Ape-apepon, alhamdulillah. Aku masih bisa bernafas.(n_n)V

Wednesday, September 15, 2010

dunia ibarat drama

Assalamualaikum... =D

Sihat? Raya bagaimana? Dapat byk duit raya tak? ehehe..

Yang pasti, syukur alhamdulillah kerana kita semua masih berpeluang meraikan syawal pada tahun Hijrah1431.

Ok. Berbalik kepada mauduk utama aku hari ini. "Dunia ibarat Drama". Pada aku, benar. Sebabnya, dunia yang kekal kat akhirat sana.

So, pada waktu sekarang ini, kita semua pelakon. Pelakon tanpa skrip. Tapi, jalan cerita itu sudah ditetapkan oleh Dia yang Maha Kuasa.

Bila kita mati.....
Bila kita dapat jodoh....
Bila kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...
Semua itu Dia dah tahu. Kita je yang tak tahu.
SURPRISE!!!! (n_n)V

Apa yang perlu, kita hanya mempersiapkan diri dengan amal dan melakukan segala suruhan sekaligus meninggalkan laranganNya.

Tapi, itulah kita. Terlupa. Tak perasan. Ingat nak main-main je.

Ini bukan bermakna, kalau sekarang kita miskin, kita terus redha dan pasrah. Taknak berubah langsung. Janganlah sampai macam tu ye. Not nice~~~

Sebab itulah kita digalakkan untuk berusaha berubah kepada yang lebih baik. Usaha itu penting!
Sebagai contoh, JODOH. Jangan duk tunggu. Cari! Bersuai kenal lah. Tapi, harus berpada. Jangan melanggar segala batas pergaulan yang telah ditetapkan.

Contoh lain, KURANG PANDAI. So, belajar lah. Rajin-rajinkan diri. Jangan duk menangguh. Jangan jadi malas. Ilmu itu luas. Jangan malu atau segan.
*pelik gak kalo benda maksiat, x reti nak segan..nak cari ilmu, punya la segan yang amat..semoga kita semua terlindung..Amiin ya Rabb*

Lain-lain contoh, boleh fikir sendiri. Hehehehe.. ;p

Drama hidup kita semua pelbagai warna kan? emmm coretkanlah di hati masing-masing.

Ok. Sekian untuk hari ini. Wassalam.. =)

p/s: Masih dapat duit raya lagi. Sila berasa jeles. Hak3.. ;p

"Let us keep in our hearts and our memories"

Wednesday, September 8, 2010

syahdu!

Ku menatap dalam kelam.
Tiada yang bisa kulihat.
Selain hanya namaMu, ya Allah.

Esok ataukah nanti.
Ampuni semua salahku.
Lindungi aku dari.
Segala fitnah.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.

Kau tempatku meminta.
Kau beriku bahagia.
Jadikan aku selamanya.
HambaMu yang selalu bertaubat.

Ampuniku ya Allah.
Yang sering melupakanMu.
Saat Kau limpahkan karuniaMu.
Dalam sunyi aku bersujud.
PadaMu.
Ooo….

PadaMu ku bersujud by Afgan

selamat menghayati bait-bait lagu ini...