KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, July 29, 2011

Lelaki. Emmmm

Sedih sebenarnya sekarang ni.

Perempuan. Macam-macam perlu digalas dan dipikul. Fikiran juga harus sentiasa stabil untuk memikirkan keputusan yang terbaik. Sebab itulah perempuan itu gagah.

Sumber kekuatannya air mata.

Di saat dia mengalirkan air mata bukanlah bererti dia sedang lemah dan mudah dipijak. Tapi dia sedaya upaya cuba mengumpulkan kekuatan yang ada untuk suatu jangka yang panjang pada masa hadapan.

Wahai wanita. Jangan berduka hanya kerana lelaki. No worth of it! Sila tabahkan hatimu. Sesungguhnya, aku juga seperti terasa kesakitan dan keperitan kamu itu.

Bila sudah berumahtangga, ketiadaan zuriat mendatangkan kebosanan kepada lelaki. Salahkah kami wahai lelaki jika itu takdir dari Azali?

Bila sudah beranak-pinak, kesibukan melayan anak-anak pula menjadi punca katanya. Salah kami jugakah jika kamu tidak menolong bersama?

Bila nampak yang lagi cantik, bergetah dan sebagainya, tinggalkan kami sendiri. Salahkah kami jika kamu sendiri yang mengatakan "tak ape. Awak cantik dah tu", "saya suka awak begini", "awak ok je" dan kata-kata manis yang lain konon ingin menyedapkan hati tapi tetap memandang kepada yang lain?

Tolonglah. Jangan permainkan hati perempuan lagi.

Pesanan Khas:
Dear suamiku yang tak tahu siapa....

Awak jangan buat saya macam ni tau. Kalau tidak suka, hantar saya secara baik seperti mana awak ambil saya dari Ummi dan Abah saya.

Awak beritahu saya tau kalau ada sesuatu layanan saya yang kurang kepada awak. Saya tahu saya tak sempurna. Tapi, sekurang-kurangnya izinkan saya sempurna di mata awak.

Kalau saya tak dapat berikan anak kepada awak, maafkan saya tau. Itu bukan niat saya. Saya juga mahukan anak.

Kalau saya beremosi tak tentu hala, awak cubalah menenteramkan saya. Sebab kalau awak nak tahu, saya dan kaum-kaum perempuan yang lain mudah sangat terpujuk dengan kata-kata suaminya.

Suamiku.
Ku harap kamu tidak seperti lelaki-lelaki yang diluar sana yang memandang perempuan hanya untuk memuaskan nafsu sahaja.
Ku harap kamu menjadi pembimbingku. Takpun, kita bersama-sama membimbing diri kita ke arah kebaikan.
Ku harap kamu tidak mensia-siakan kepercayaanku terhadapmu.
Ku harap kamu mampu membezakan keinginan dan keperluan dalam alam berumahtangga.

Tapi siapalah aku untuk menidakkan takdir yang sudah tertulis.

Apa yang harus kulakukan sekarang, aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
Kita hanya merancang, dan Dia jualah perancang yang terbaik.

p/s 1: kadang-kadang, apa yang kita nampak dan rasakan tak sama seperti tuan empunya badan rasai dan alami.

p/s 2: jangan berfikir yang tidak-tidak. aku menulis bagi pihak yang lain.

p/s 3: kadang-kadang, aku nak baca juga isi hati seorang lelaki. boleh dijadikan sebagai pedoman di kemudian hari.

p/s: 4: wahaha. serius tak entry nih? ehem! sekali sekala. keh3.

Wednesday, July 27, 2011

Conversation #1

Salam Ceria kawan-kawan!! :)

wahaha. Gembira giler hari ini. Dapat makan Pulut Sotong. Kau ada? (sila buat intonasi seperti Sepah) Hehe.

Sedap sangat. Ratah sotong dan hirup kuahnya. Yummy!! Jgn jeles. :P

Oh3. Kembali ke tajuk asal.

Aku ini pantang betul kalau budak-budak terus terkam aku bila balik sekolah. Rasa gembira sangat. Haha.

Dengar kereta abang aku masuk di kawasan rumah. Buat relax. Belek-belek surat khabar yang bila ntah tarikhnya.

Mamabila mamabila............! Esok kita kena bawa berus gigi. Ada orang nak datang.

Oh yeke? (Muka aku yang excited)

Ye. Ni haa surat yang cikgu bagi.

(Aku pun baca la surat tu.)
Oh. Ni surat untuk ibu bapa dan penjaga. Mamabila ni sape?

Ntah. Hehehe.

Hahahaha. Ok-ok.
Haaa! Nanti, malam ni suruh Ummi atau Abah beli jagung. Letak kat gigi yang dah takda tu.

Eeeeeei taknak! Nampak kuning.

Hahaha. Alaaa takpe. Biar nampak penuh sikit gigi tuh.

Dia sengih-sengih. Mungkin fikir macam mana nak beritahu Ummi dan Abah dia. Wahahaha. Makcik yang best kan? :P

Tuesday, July 26, 2011

Putus.

Salam..

Putus Kasih. Serius. Memang sakit. Mana taknye, selepas segalanya dikongsi bersama, tidur sekatil, berkongsi rasa. Tup tup, pergi tinggalkan kita. Rasanya tak sama seperti putus cinta. Walaupun putus cinta sakit juga. Tak sesakit dan sesedih putus kasih.

Putus kasih lebih parah apabila ada anak hasil perkongsian bersama.

Segala-galanya seperti hilang arah. Apabila teringat, terasa sebak hati. Kalau tak dirawat secepatnya, mungkin boleh membawa kepada penyakit. Rabun mungkin. Akibat nangis yang terlalu.

Bukan sengaja untuk mengingatkannya. Tapi, apabila masih berada di kawasan bermadu asmara, pasti terasa kesayuan itu.

Siapa yang menginginkan? Tiada!

Perit. Pedih. Semua itu ditanggung sendiri apabila pihak sebelah sana mabuk cinta dengan yang baru. "Habis madu, sepah dibuang". Begitukah?

Sadis sungguh.

Senang sahaja melafazkan. Kadang-kadang rasa tak adil. Tapi, Allah lebih tahu.

Wahai hati yang sakit, bersabarlah. Hanya kamu yang merasai sakitnya hati itu. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya."

Syaitan amat suka dan riang ria apabila suami isteri bertengkar dan akhirnya bercerai.

Oleh itu, bersabarlah dalam melayari bahtera perkahwinan. Jangan fikir seronok sahaja. Kedua-dua pihak harus percaya, buang prasangka buruk, elakkan salah faham dan toleransi.

Mood: Masih lagi tertarik dengan watak hero KCB, Abdullah Khaerul Azzam. Begitu sabar melayan karenah isterinya, Anna Althafunnisa'.

"Bangunlah isteriku. Aku sudah memaafkan kamu."
Aku yang sejuk hati dengar dia cakap macam tu. Hahahaha. :P

p/s 1: Antara poligami dan putus kasih, keduanya akan rasa sakit juga. Kalau aku, ntahlah. Tak mahu memikirkannya.

p/s 2: Tiada kaitan antara yang hidup dan yang sudah pergi.

Kaf Alif Wau Alif Nun

Salam Ceria Kawan-kawan!! :)

Ada yang rindu saya lagi? Aisyh. Patutlah asyik tersedak dan terbatuk. Haha. Perasan giler!

Ok. Tahu kan tajuk tuh? Yup! KAWAN.

Hari ini nak cerita pasal itulah. Hehe.

1. Tak mesej selalu.

2. Tak telefon selalu.

3. Kurang bertanya khabar.

Tapi...............

Sentiasa ingat selalu.

Rindu selalu.

Sentiasa ada bila kita perlukan dia.

Faham kita.

Menerima kita apa adanya.

Menghormati kita.

Bangga bila bersama kita.

Cuba memberikan yang terbaik untuk kita.

Kadang-kadang itu, bila sudah lama tidak bertanya khabar, rindu itu makin bertambah dan sentiasa mekar mewangi.

Aku tak mahu banyak kenalan jika ianya hanya suka aku bila aku senang dan baik. Tapi aku mahu sahabat. Kawan. Teman. Sentiasa ada untuk memperbaiki dan menemani ketika aku senang, susah, baik mahupun jahat.

Ya! Aku ada kamu wahai KAWAN. Alhamdulillah.

Terima kasih banyak-banyak.

Ukhwah Fillah. Love you. Rindu kamu. ^_^

p/s: kadang-kadang, tanpa kata dan bertemu muka, tetap terasa seperti dia ada untuk kita. Ukhwah itu memang indah jika kita nikmati. Syukur ya Allah. :)

Thursday, July 21, 2011

Jadual.

Siapa yang nak dating dengan saya? Jom!

10am: Cinta Untuk Ain (TV3)
11am: Trilogi Cinta (TV1)
12pm: Princess Hours (NTV7)

3.23pm: The Accidental Love (KBSworld)
5.15pm: Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan (Bintang)

10.30pm: Annisa (TV3) ni sebab dah nak habis. baru je tengok. Ehem! Kak Nabilah tengok kan? hehe.

**Berubah mengikut keadaan dan suasana. Haha.

Dulu jam 10am tu, tengok Laverage. Tunggu musim baru pula. :)

Aeh2...kenapa dating? Haha. Sebab suka cakap gitu kat Ummi.

"Ummi. Ada benda lagi tak nak buat? Nak g dating nih." Lalalalala~

p/s: ada modal nak tulis something, tapi, nanti-nantilah. Takda mood.

Tuesday, July 19, 2011

Percaya. Salah faham.

Salam kawan-kawan!! :)

Update laju-laju. Ada hal sikit. Aeh, kita baca tau korangnye entry. Cuma tak komen. Huehehe. Em macam sibuk sikit minggu ni.

Ok. Baru 2 episod tengok KCB spesial Ramadhan. Perghh! Memang bestlah. Ini pun tak tahu episod keberapa. Bila buka je, cite dah mula. Start jam 5.15pm. Mula tengok jam 5.30pm. Haha.

Ok-ok. Episod kali ini, pasal si Anna jeles pada Azzam sebab Aprilia berada dalam bilik mereka. Aprilia ini memanglah. Cari nahas betul! Geram kot tengok dia. Rasa nak papp2 je. Banyak sangat buat cerita. Sampai si Anna ni percaya. Adeeeh! itulah perempuan. Tak pernah lari dari cemburu.

Tapi, aku puji sifat Azzam sebab dia cuba nak neutralkan keadaan. Dia beritahu Anna hal yang sebenar, tapi Anna tengah sedih dan macam seakan-akan kecewa. Yelah. Sampai keluar perkataan ini,

"Kalau ternyata kata-kata Aprilia benar, maka Mas Furqan lebih baik dari Mas Azzam!"

Hoho. Aprilia buat cerita yang Azzam inginkan anak sebab Anna ada penyakit endometriosis. Tak dapat lahirkan anak. Tu yg kononnya Azzam ajak Aprilia masuk dalam bilik. (Huh! Isyh lelaki-lelaki. Cuba jaga perempuan elok-elok boleh? Hehe. Tapi bukan Khairul Azzam la ea. Orang lain di luar sana yang mudah nak cari perempuan lain bila tak dapat apa yang dihajati.) Kurang garam betul kan si Aprilia ni.

Lepas tu, scene seterusnya menyusul. Azzam cuba slow talk ngan Anna. Tapi, Anna taknak dengar. Sebab hati dia tengah sakit. (Isyh3. Anna Anna.... Patutnya dia cuba dengar kan? Patutnya Anna kena bertenang dan dengar apa yang dikatakan oleh Azzam. Dah baik apa Azzam beritahu cerita sebenar. Daripada dia tak beritahu langsung dan berdiam diri, itu lagi menunjukkan dia bersalah.)

Itu yang akhirnya Azzam keluarkan perkataan ini,

"Lebih baik hidup sendiri dari hidup berteman tapi tidak saling mempercayai."

Sebab dia pun sedih Anna taknak dengar dia cakap apa.

Apa yang aku dapat simpulkan kat sini, kepercayaan itu harus diberikan keutamaan selepas mendengar penerangan. Jangan kerana terus-terusan salah faham, merosakkan hubungan yang indah.

Sebab itulah aku puji sifat Azzam bercerita hal yang sebenar.

Aku ni pun cemburu juga. Tapi, aku boleh bersabar untuk mendengar penerangan orang itu. Bila dia berdiam tanpa memberikan sebarang penerangan, yes! Aku memang akan rasa yang apa yang aku syak itu benar. Tambahan lagi, diiringi bukti-bukti yang lain. Haaa! Lagi lah kan? Hehe.

"Kepercayaan yang diiringi penerangan yang jelas mampu menutup salah faham yang tidak elok"

Haha. Ok. Dah macam review episod pulak.

Sekian. :)

p/s 1: KCB spesial Ramadhan ada ditayangkan di Astro 141 setiap hari bekerja kot (sebab aku tak pasti. hehe. Kalau sesiapa yang tahu, update to me k. Thanx. ^_^) jam 5.15pm-6.30pm.

p/s 2: Ada sesiapa yang tahu tak nak download cerita macam mana? Serius jahil bab download-download nih. Hihi. :)

Jomlah tengok beramai-ramai!!

Sunday, July 17, 2011

Yassin

Salam Ceria semua! :)

Alhamdulillah. Sudah kembali ke semenanjung. Semalam bulan sungguh cantik. Terpesona dengan keindahan bulan. Tengok tak? Hehe.

Dulu kan, bila baca Yassin ataupun kenduri arwah, aku mesti terbayang-bayang wajah arwah atok-atok aku tengah tengok kat tepi tingkap. Haha. Ini bukan nak cite seram ke ape. Cuma itu macam perasaan aku.

Kalau tidak baca Yassin pun, masa takbir raya Aidiladha atau Aidilfitri.

Nanti mula lah aku terbayangkan wajah arwah atok aku menitiskan air mata. Ntah. Macam mana ntah boleh terfikir macam tu. Mungkin sebab masa kecil-kecil dulu, ustazah dan ustaz ada cerita pasal mereka yang telah kembali ke rahmatullah ini sedih bila kita baca Yassin untuk dorang. Dan bila takbir tu pula, mereka rasa sayu. Hoho.

Haisyh. Imaginasi aku terlalu melebih sangat kah?

Monday, July 11, 2011

Nak cakap sikit je.

Salam Ceria kawan-kawan!! :)

Ape khabar? Mesti sihatkan diri tau. Sila minum air masak secara berlebihan. Bagus untuk kesihatan. Lagi-lagi sekarang ni cuaca sangatlah tak menentu. (Jomlah minum air RIBENA bersama-sama. Hihi)

Em dulu, selalu cakap kat member lepas update blog. "Aeh2, kita dah update. Sikit je tulis". Haha. Nak tahu dia jawab pe? Dia jawab, "Kalau kamu yang tulis, takda maknanya sikit". Hahahahaha.

Macam mana diorang tahu ek? ;p

Hari itu pun macam tu juga. Masa buat slot nasihat kat budak-budak. Intro.

"Akak nak cakap sikit je......Emm mungkin banyak kot."

Hahahahahaha. Dah member-member aku dok gelak guling-guling kat belakang. Kurang asam jawa betul! Hehe.

Tapi, memang ia. Memang niat tu nak cakap sikit. Ter...banyak pula. Mungkin idea itu datang secara tidak disengajakan. Huehehe.

Kalau tak caya, boleh tengok (kalau rajin, bacalah :P) entry-entry yang lepas. Haha. Mesti korang akan cakap macam ni, "Adooooiiiii!! Panjangnye. Malas lah nak baca". Haha.

Aisyhhh banyak betul cakapnya.

Tapi, kawan aku cakap, "takpe-takpe. Asalkan ada isi.". Ok. Angguk-angguk. :)

Tapi kadang-kadang itu, termelalut juga. Huhu. Otak tengah ting-tong la tu kot. Haha.

Tak kisahla ape-apepun, Ya! Inilah aku. Inilah Bingkisan Hatiku. Inilah merupakan satu cara aku mencoretkan kenangan UKHWAH dan luahan HATI aku.

Hoho. Ok. sampai sini dulu. Kita berjumpa di lain waktu.

Salam Bahagia!! :)

p/s 1: Haaa! "tingtong", aku ngan kawan-kawan aku guna untuk show yang dia di dalam keadaan tak stabil.

p/s 2: Korang-korang, em maaf tau. Mungkin tak beronline selama beberapa hari. Jangan risau. Entry korang memang akan dibaca punya selepas itu. Hehe.

p/s 3: Jangan rindu-rindu saya k. (Hehe perasan2. Macam ada orang yang nak rindu ;p)

p/s 4: Ini ialah scheduled entry. Yeaaayhh! Masa korang baca ini, saya mungkin sudah tiada di semenanjung. Wooohooo!!! Doakan saya selamat pergi dan balik ye.

"Aku mengasihi kawanku sepertimana aku mengasihi diriku sendiri"

Ye! Saya sayang kawan-kawan saya. ^_^

Friday, July 8, 2011

*no subject*

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina


“Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya”


p/s: ni copy ye. Sila rujuk di sumber yang telah di'link'kan.

Salam Ceria!! :)

*no subject*

Ok. Dah lewat malam.

Kengantukan.

Blogspot dah bertukar wajah.

Itu je nak cakap.

Selamat malam. Assalamualaikum. (n_n)V

p/s: saya baru tahu baru-baru ini yang saya punya pembaca setia sejak 2 tahun lepas. wahaha. Tak sangka. Terima kasih ye sekali lagi. :)

Nah! Ambil ini. Senyuman untuk kamu.


Korang-korang yang lain pun, jangan lupa untuk senyum juga yar! ^_^

Thursday, July 7, 2011

Ada Yang Masih Sayang.

Di update laju-laju. Haha.

Salam Ceria untuk semua!!! :)

Tiba-tiba teringat satu kisah ini.

Kak Y: Em kenapa tak pakai stokin?

.................. (Diam jap. Malu.) Aeh, akak perasan ea kita pakai stokin hari-hari? Hehehe. Stokin basuh kak. Yang lain kat tempat baju kotor. Pastu, ada satu lagi patutnya. Tapi, hilang sebelah. Ntah kat mana ntah. (Walaupun fakta, tapi ini semua alasan bukan? Huhuhu)

Kak Y: Em macam pelik bila tengok Bella tak pakai stokin. Carilah lagi sebelah tuh. Akak rasa macam nampak ritu.

Hehe ok. (still dalam mood malu. Hoho.)

Kak M: A'ah la Bella. Akak pun macam nampak ritu.

Hohoho. Tak sangka ada yang memerhatikan tindak tanduk aku (dan sayang aku). Padahal, aku baru je kenal beberapa bulan.

Apa-apapun, istiqamah harus ada walaupun untuk benda yang simple tapi ke arah kebaikan.

Kalaulah aku tidak ditegur, mungkin aku buat tak tahu je kot. Tambahan pula, masa ritu, musim hujan. Sangat malas nak basuh hari-hari. Oh. Aku ada banyak stokin. Cuma dah koyak. Tinggal tiga. Itu yang kena basuh hari-hari. Ntah. Tak berbelanja pun untuk itu. Huhu. Nampak sangat iman aku senipis bawang (mungkin lebih nipis dari itu).

Terima kasih Ya Allah kerana tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa menasihati aku, menyayangi aku dan mengingatkan aku terhadap suruhan dan laranganMu.

Alhamdulillah. :)

p/s: Mungkin sebab itulah Allah timpakan ujian dan dugaan kepada kita. Itu mungkin cara Dia menegur kita betapa alpanya diri kita dalam mengingatiNya kan? Itu juga tanda Dia ingat dan sayang kat kita. Sebab itu jangan mudah lupa untuk ucapkan alhamdulillah kepada Dia. InsyaAllah. (n_n)

Wednesday, July 6, 2011

Mood manusia juga berubah.

Salam ceria! :)

Alhamdulillah. Masih mampu menghirup udara pada hari ini. Walaupun bukan udara di luar disebabkan hujan. Korang di sana hujan tak? Best juga ek kalau dapat berhibernasi nih. wahaha. Giler ke ape nak tido je. Bukan hidup tuh namanya.

Pasal mood nih. Perghh! kalau dapat mood bahagia atau gembira, sure-sure hidup best je kan sepanjang waktu tuh. Lama-lama pun takpe. Apedehal?! Hati bahagia beb. Tak rasa bosan, tak rasa marah, tak rasa alone. Memang bahagia la wa cakap kat lu. Dalam hati ada taman la katakan. Hihi. *blushing*

Tapi....bila mood bukanlah seperti yang diharap-harapkan, mesti gloomy je rasakan. Yelah. Hati sedih. Nak makan pun tak senang. Haha. Tapi, kalau aku, masa aku nangis giler-giler dan aku cuba nak hide dari orang lain, memang aku makan je tak berhenti. Takut wooo! Kalau berhenti makan nanti, air mata aku keluar. Takmaulah! Tak dapat nak control cun. Aeh, cun ke? (haha sila muntah semua. :P)

Bila hujan ni, pokok pun macam happy jugaklah. Dapat rasa nikmat Tuhan juga kan? Oh3. Tadi, terkena hujan permulaan itu. So scary bila teringat pasal bahan radioaktif yang disebarkan oleh nuklear di Jepun suatu waktu dulu.

Ok-ok. Kembali ke tajuk asal. Em sebab itulah kawan-kawan, kalau mood kita sedang bersedih, ceria-ceriakanlah ia. Nanti, takdelah rasa hambar je. Aeh, kata nak awet muda. Haruslah ceria kan kan kan? :)

Em jadi, jangan nak pelik sangatlah kalau tetibe aku punya entry sedih pastu gembira pastu sedih balik. Haha. Bukan nak menipu korang. Tapi, apa yang aku tulis saat itu, menunjukkan aku pada waktu itu. Bila aku baca balik entry yang sedih-sedih itu, rasa macam aeh betul ke? Haha.

See. See. Sebab mood manusia ni memang akan berubah.

Ada juga orang kata, aku ni macam tipu diri. Boleh pula ketawa-ketawa walaupun hati tu memang rasa nak nangis je semedang.

Kadang-kadang tak perlulah kot nak tunjuk yang aku sedih di saat kawan aku sedang bergembira kan? Tak best lah! Kita harus meraikan orang yang sedang berbahagia. hehe. Yeaaayhhh! (Korang boleh refer entry sebelum-sebelum ini pasal hal gembira sedih ni.)

Ok. Itu je.

Selamat malam! (n_n)