KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, September 8, 2013

Awkward.

Assalamualaikum.

Permulaan ayat. Harus sopan. Eceh!

Sejak dah lama tak berhubung dengan lelaki, menjalin ikatan dengan lelaki buat aku rasa awkward kalau ada orang lelaki nak berkenalan tapi tak kena gaya.

Ya. Admit.

Dulu, masa sekolah dulu, dulu punya cerita, memang ramai kawan lelaki daripada perempuan.
Tapi, start kat matric, aku dah susah nak ada kawan lelaki. Setakat classmate, kuliyyahmate, groupkhemah-mate. Hanya itu kawan lelaki. Itupun hi hi bye bye.

Masuk u lagi. Classmate mmg ramai perempuan. Mana nak datang nye mingle-mingle dengan kaum lelaki. Memang taklah. Setakat budak kelab yang pangkat abang-abang (tapi tak panggil abang pon) adalah.

Nak cerita raya lepas sebenarnya.

Bila brader polis tahan aku dengan kawan2 semasa kitorang ontheway balik bandar daripada beraya. Siap kena tahan woi! Kena tulis nama dengan NO TELEFON!

Tapi tak kena saman. Alhamdulillah di situ.

Tapi yang taklehblah tu, brader polis tu guna no telefon add wechat.

Gaya tu buat aku rasa tak kena. Tak sesuai. So, memang cold je la.

Pastu, ada jugak member-member suruh layan je. Mana tahu jodoh. Hey people! It is not easy. Dan aku bukan jenis macam tu. Haha. Macam hape.

Aku ni kalau kawan, kawan betul-betul. Bukan setakat nak isi kekosongan nafsu. Nak tell the world, "Hey, I have a boy!"??? Huh! Pufffftt.

So, kalau nak kawan, kawan betul-betul.
Nak kenal, kenal betul-betul.

Entah.

Ada gak kawan aku kata, kalau macam tu, masa bila nak jumpa jodoh.

Nak tanya sikit.
Jodoh datang melalui cara itu je ke?
Tak kan?

So, rilek-rilek. Keep praying.

And, aku rasa aku tak bersedia lagi.
Tapi, kalau si dia sudi "menyediakan" aku ke arah itu, mari berdoa!

:)

Friday, July 26, 2013

Antara Kisah Indah.

Assalamualaikum.

Random.

Aku cuma rasa nak luahkan rasa. Supaya lepas ni aku punya rasa. Eh?

Bulan 7 bulan Reunion.
Berjumpa dengan antara kawan-kawan baik aku.
Satu di USM.
Satu di KMJ.

Memang tak sangka.
Zaman KMJ yang penuh kebudak-budakan.
Zaman USM juga begitu.

Jumpa semula macam baru berpisah semalam.
Masih boleh bergelak ketawa dan bercerita pelbagai.
Ahh. Indahnya persahabatan.
:)

Itu kisah indah.
Antara kisah indah.

Saturday, June 8, 2013

Kembali.

Alhamdulillah... :)

Rasa bahagia.
Bau rumah sendiri.
Tido atas lantai pon rasa bahagia.
Rasa yang aku rindu sangat.

almost 4 months x balik rumah sendiri.
baru rasa kenikmatan itu.
lega.
itu yang aku rasa sekarang.

Walau rumah ini rumah lama.
walau rumah ini bersepah.
rasa rindu tu tetap ada. Wujud.
sebak dalam diri tahan sendiri.

rindu.
sangat rindu.

terima kasi ya Allah.
Bagi peluang utk aku kembali kesini lagi.

:')

Sunday, May 19, 2013

Pengangkutan Awam.

Alhamdulillah.
I feel blessed.
:)

Ok. Duduk kat Shah Alam ni, takdelah teruk mana.
Banyak kemudahan.

Dari segi kedainya.
Dari segi kawasannya.
Dari segi orangnya.
Dan yang paling penting, pengangkutan awamnya.

Semua di tahap yang memuaskan.

Okla juga. At least, aku masih rasa, ni negara Malaysia.
Bukan negara lain-lain.

Bagi aku yang tiada kenderaan bermotor buat masa sekarang ni, pengangkutan awam ni tersangatlah penting dan IT IS A MUST!

Kalau tak, macam mana aku nak pergi balik keje kan?
Hadoi.

Tapi, yang paling bestnya, dalam masa 5 minggu aku duduk di sini, aku dah berjaya pergi tempat-tempat berikut dengan menggunakan pengangkutan awam yang tersedia.

KWSP : naik bas 529 berhenti kat Hentian Shah Alam, jalan kaki sikit sampai jumpa bangunan UMNO.

KL Sentral : naik bas U64 terus sampai ke KL Sentral.

Sogo, Jalan TAR : ada dua cara. Satu, terus ambil KTM dari KL Sentral > KTM Bandar Tasik Selatan > tukar ke LRT Masjid Jamek. Takpun, naik bas 529 berhenti kat KTM Shah Alam, dan terus pergi ke KTM Bank Negara.

Times Square : Turun kat LRT Hang Tuah. LRT ni, boleh tukar kat KTM Bandar Tasik Selatan. Pastu jalan kaki sikit sampai la ke TS. Tapi, kalau malas, boleh je naik monorel. Aeh? Jangan malas boleh tak? lalala~

Tempat keje aku tu, takyah cite la kannn. Memang aku expert. Sampai da dapat budget waktu segala! Nak tahu cara p tempat keje aku? Takyahlaaaa...Keje kilang je. Unknown factory. :p

Nasib baik ada member yang sanggup menemani aku jalan-jalan. Thanks to her! :D

Motor aku tu, baru je pos hari Jumaat lepas. Katanye, tak hari Isnin, Selasa la dapat.

Actually, I'm bit worried about something that comes up last week. Someone stranger. That's why I want deeply to ride my motorbike! Hehehe.

JLU###, please come to me!!

;)

Tuesday, May 14, 2013

Licin.

Assalamualaikum warga maya!

:)

Tak sabar menanti hujung minggu.

Today's topic : LICIN.

Aeh2, bukan pasal dahi licin. No no no! Saya tak tergolong dalam golongan itu. Harap maklum. hehehe.

Tapi.....

















Pinggan yang LICIN.

Ye.
Aku ni, appreciate pada makanan. Selagi mampu, aku akan cuba habiskan.

Haritu, ada kawan belanja makan. Padahal, time tu, aku da kenyang giler. Tapi, macam tak sampai hati tgk makanan atas meja tu, aku pun makan, tapi slow movement nak bagi kasi habis.

Sampaikan, dia cakap,
"Ko ni ada bela ea?"

Huhuhu. Nak je aku sekeh dia. Tapi, nasib baik dia cover balik,
"Haha. Takpe. Aku suka."

Alaaaa..Semua kawan aku macam tu. Suka buli aku. Nak tengok aku marah la tu. Sebenarnya, dorang sajeeeee.. Mengusik! Tapi, itu salah satu indahnya kawan.

:)

Dan ketika ini, aku sedang cuba menghabiskan bubur sup yang aku buat. Alaaa...Tapi, termasin sikit. huhuhu. Macam ginilah hidup bujang. Masak sendiri. Makan sendiri.

Huhu.

Sekian, marilah kita bersama mengahbiskan makanan yang ada!

Yeayhhh!
V(n_n)V

Friday, April 26, 2013

Aku Rasa Semua.

Aku rasa macam mana susahnya nak cari wang.
Aku rasa macam mana penatnya menunggu bas tak kunjung tiba.
Aku rasa macam mana sedihnya bila takda wang.
Aku rasa semua.

Aku juga rasa pelik bila ada yang tak sembahyang.
Aku juga rasa pelik bila menggunakan kemudahan ofis tanpa kesal.
Aku juga rasa pelik bila masing-masing cuci tangan.
Aku juga rasa pelik bila ada yang suka mencari salah.

Aku nampak pakcik itu marah.
Aku rasa sedih.
Aku rasa mungkin dia penat.

Aku nampak pakcik itu baik hati.
Berikan aku duit baki.
Buat hatiku senang hati.

Aku kadang-kadang sedih hati.
Tapi, adakalanya aku hargai semua ini.
Sekurang-kurangnya, aku tak sesusah mereka.
Sekurang-kurangnya, aku pernah rasa senang berbanding mereka.
Sekurang-kurangnya, aku punya keluarga tidak seperti mereka.

Aku hargai ini.
Aku rasa semua ini.
Ini pengalaman aku selama 2 minggu ini.

Buat aku lebih mensyukuri nikmat kurniaan Illahi.
Walaupun kadang-kadang hati menangis sendiri.

Menangis itu perlu.
Muhasabah itu lagi perlu.

Terima kasih ya Allah.
Atas semuanya.
:')

Thursday, April 18, 2013

Shah Alam

Salam.

Ye. Aku berada di sini.

Travel again.

Entah kenapa, di Johor, mungkin bukan punca cari makan aku.

Setakat ini;
1 interview dari kerajaan di Johor
1 exam dari kerajaan di Johor
2 interview di kawasan KL
2 kursus.

Dan kini, aku di Shah Alam. Bekerja. InsyaAllah.

So far, ok. Tapi.......aku blurr!

Scope keje aku banyak sangat.

Tak tahu nak cerita dan nak mengadu kat kawan-kawan aku.

Hehehehe.

Tapi, my kakaks faham dan tahu semuanya. Tapi, tak semua la kan.

It's tough!
It's hurt!

Aku rasala, setiap hari aku menangis. Tak pernah aku macam ni kecuali masa abah pergi dulu.

Sedih.

Semoga aku tabah.

Yeaayhhhh!

:')

Saturday, March 23, 2013

TRIP HEP.

[Spotted where I am?]

Haha.

Saje nak menggedik letak gambar.

Jom usyar!






Emm. Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat.

Antaranya;

1. Don't ever believe on what people said without any reference from the trusted site or person.

2. Halal sekarang ni dah jadi isu global. Bukan lagi isu agama. Tapi, malula kan kalau kita yang Muslim (ISLAM) ni tak nak memperjuangkan halal yang sememangnya sudah termaktub dalam Al-Quran.

3. Ada perkara yang perlu dirahsiakan. Ada perkara yang perlu diperjelaskan. Tapi, yang rahsia itu tak semestinya niat untuk menyembunyikan. Tapi, ada beberapa hak yang perlu dijaga. (Cth: Makmal Untuk Analisis Halal)

4. Pasal isu global tadi tu. Emm. Negara luar da alert. Negara luar nampak effort kita. Tapi, kenapa masyarakat kita sendiri tak nak ambil peluang yang ada? Masih berada di takuk yang lama "seperti katak di bawah tempurung".

5. Time management. Benda ni, penting sangat. Kalau tidak, ada beberapa input dan ilmu tak dapat disampaikan dengan baik dan sempurna. Agak sedih la.

6. Last but not least, semua benda ni takkan jadi kalau tiada kerjasama antara kita. Apa yang penting, KERJASAMA!

Papepun, banyak dapat hadiah. Banyak dapat beg. Dapat makan roti free!! Kekeke~

Ok.

Till then, Take Care!

Salam GO HALAL!!!

:)

Friday, March 22, 2013

Promoter Tak Bertauliah.

[Jurnal Peribadi]

Alahaiii. Rasa nak tergelak, tersengih, tersenyum. Semua ter rasa nak ada di saat tulis ni.

Hehehe.

Nak dijadikan cerita, petang tadi, aku membeli belah untuk tidak lapar selama almost 14 days lagi di Kota Bharu ni.

Sedang aku menolak troli yang sudah diisi dengan beras dan beberapa kelengkapan, tiba-tiba di tegur oleh seseorang...

"Assalamualaikum kak. Tumpang tanya."

Sambil senyum. "Waalaikumussalam. Ye dik. Nape?"

"Akak beli tudung ni kat mana?"

Erk! "Oh. Akak beli online."

"Berapa kak?"

"RM21 je. Murah kan? Cantik pun cantik juga."

"Aah. Saya memang nak sangat tudung ni. Akak ingat tak blog dia?"

"Oh. Akak beli by Facebook. Annur Nida. Oh tapi, kalau nak no telefon dia, akak ada sekarang ni. Nak?"

"Nak!"

End of the conversation.

Hikhikhik.
Adik tu siap pegang tudung aku lagi.
Dan aku ni, "ohh pegang jela."

Hadoiii.
Jadi, itulah cerita seorang promoter-tak-bertauliah.
Haha!

Dan sebenarnya, benda ni membuatkan aku berfikir.
Ada yang memerhatikan what are you wearing selain Allah.

Jadi, sila pastikan pakaian yang dipakai itu bersesuaian dan sopan.
Semoga pakaian yang kita pakai itu mampu menjaga diri kita.
Semoga pakaian yang kita pakai itu tidak mengundang fitnah kepada diri kita dan orang di sekeliling kita.
Semoga Allah redha dengan pakaian yang dipakai kita itu.

Ok.

"First Impression Itu Penting"

:)

ps: Dulu, aku pernah pakai yang macam anak-anak muda sekarang ni pakai. Aku berharap semoga Allah terbitkan rasa keinsafan dan memberi hidayah kepada mereka. Aamiin. :)

Sunday, March 17, 2013

Go HALAL!

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Selesai sudah program Go HALAL! Batch HEP08.

Banyak perkara yang dapat diambil sebagai tauladan.

Takpe. Itu semua mematangkan kita kan? So, ok la.

Apa yang best, TEAM kitorang sangat sporting dan bekerjasama walaupun terpaksa tukar tempat last minute.

Haha.

Terus teringat pada geng-geng KPRS.

"Bersedia Terhadap Benda-benda Yang Tidak Bersedia"

Yes.
Benda itu masih diamalkan lagi.

Apa yang seronoknya lagi, pengunjung-pengunjung yang mengunjungi booth kami. Dorang sangat interested nak tahu pasal isu halal ni.

Bila aku cerita pasal rumors, industrial politics dan banyak lagi....ekspresinya akan begini...

"Ohhhhh...."

"yeke kak?"

"Aah kak. Ingatkan JAKIM tak buat keje."

Haha. So, bila sudah diterangkan dengan panjang lebar, barulah mereka mengangguk lega dan faham.

Hemmm. Bukan mudah nak memperjuangkan HALAL ini, walaupun sekadar LOGO HALAL.

Ramai lagi yang tak tahu LOGO HALAL yang sebenar-benarnya.

Ni la LOGO HALAL JAKIM. Jadi, takmo konpius2 lagi tau. ;)

So, harap, perkara kecil yang kitorang buat dan lakukan semalam, mampu tersemat dalam pemikiran adik-adik itu.

Semoga Allah redha.

Salam Go HALAL!

"Halal Bukan Sekadar Logo"

:)

Wednesday, March 6, 2013

Orang KL.

Mungkin, tak lama lagi, aku jadi orang KL sekejap.

Mungkin la. Mungkin.

InsyaAllah.

Aku dapat tempat praktikal kat KL.

Tapi, kilang kecil je. Kilang biasa je.

Trainer aku kata,

"Awak kena belajar dulu pasal kilang-kilang SME ini. Sebab, kat situ, pasti banyak benda yang awak kena betulkan. Baru boleh jadi Profesional Auditor yang mantapp!"

So, aku akan bermula sedikit-sedikit.

Aku akan belajar supaya tak tamak.
Aku akan belajar supaya sentiasa bersyukur.

Sabar. Syukur.

Haa seperkara lagi...
Supaya aku tak ego jika bertambah ilmu.
Supaya aku tak sombong bila dah tahu.

Doakan aku dapat bilik sewa pula.
:)

ps: Ohh ye. Budak kelas aku yang lain, belum dapat tempat praktikal lagi. Jadinya tadi, aku jadi konsultan kepada dorang macam mana nak hantar surat. Hikhikhik. Macamlah hebat sangat ayat aku tu... Kekeke~ Segan.

Terima kasih Allah! Terima kasih GEMS!
:)

Tuesday, February 26, 2013

Ukhwah.

Makin lama, aku rindu pada ukhwah yang terbina....dulu.

Aku rindu kawan sekolah rendah.
Aku rindu kawan sekolah menengah.
Aku rindu kawan masa matrikulasi.
Aku rindu kawan masa universiti.
Aku rindu kawan masa gems.

Aku rindu semua orang.

Nak je aku call semua orang yang dekat dengan aku. Yang rapat dengan aku.
Rindu serindu-rindunya.

Serius tak tipu.

Aku takut sangat tak dapat nak jaga ukhwah yang telah terbina ini.

We share our thought.
We share beds, foods, story, experience.
Top of it, we share happiness and sadness.

Wise people always said,
Ukhwah ini tak kan pernah terputus kalau niat kita berkawan itu kerana Allah.

Aku rindu mereka.
Kadang-kadang tu, pada kawan yang baru, aku cerita pasal kawan aku.
Apa yang aku boleh nampak dan rasa, kawan-kawan yang aku kenal sekarang ni, ada je nak sama sikit-sikit perangai dorang tu.

Alahaiii... Sweettnyeee~! ;)

Dalam aku kawan dengan orang baru, mesti aku teringat kat kawan aku yang sedia ada.

Friends...
Once we're friends, FOREVER FRIENDS!

Miss you a lot!

:)

ps: aku sedang kawal perbelanjaan. InsyaAllah. One fine day, I'll call you. Mungkin masa besday aku. Haa...Call free kot! Hikhikhik. ;)

Friday, February 22, 2013

Halal dan Baik.

Assalamualaikum. :)

Budu haram?
Status sosej pulut pula bagaimana?
Adakah makanan yang anda makan semuanya halal?

Haaa..pernah fikir tak benda ini semua?

Kalau anda pernah berfikir dan mengamalkannya......

TAHNIAH! 
ANDA TELAH MEMILIH MAKANAN HALAL SEBAGAI MAKANAN UTAMA!
:D

Tanpa kita sedar, benda yang kita anggap halal itu tak sesungguhnya thoyyib.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, YANG HALAL LAGI BAIK, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu."
[Surah Al-Baqarah 2: 168]

Jom hafal ayat ini bersama!

:)

ps: tak sangka kamu tengok blog kita. wink!

Tuesday, February 5, 2013

Belajar.

Assalamualaikum. :)

Kalau dulu, belajar untuk exam.
Sekarang, belajar untuk bekerja.

Kalau dulu, belajar untuk sekeping ijazah.
Sekarang, belajar untuk sekeping sijil.

Dua-dua belajar.
Dua-dua ilmu.
Dua-dua penting.

Semakin aku tahu dan belajar tentang sesuatu itu,
Semakin banyak benda yang aku tak tahu.

Oh. Sungguh mencabar.

Aku perhatikan, rezeki aku selalu di tempat orang.

Semoga ilmu ini diberkatiNya.

Aku sayang ilmu.
:)

ps: Top of it, aku suka kalau tiba main game. Aku selalu dapat hadiah. Hihi. ;)

Saturday, January 19, 2013

Fitnah Wanita.

Haiiiihh.

Bila cakap pasal wanita, pasti ada kaitan dengan fitnahnya.

Suaranya.
Perlakuannya.
Pergaulannya.

Senang cite, apa sahaja kaitan dengan wanita, pasti ada fitnah atasnya.

Kadang-kadang aku heran dan pelik juga pada lelaki zaman ini.
Bukan semua. Segelintir sahaja.
Macam da tak dapat bezakan batasan.
Tepuk tampar amalan biasa.
Mungkin salah wanita itu sendiri.
Membiarkan diri mereka dilakukan sesuka hati.

"Alaa...setakat tercuit sikit, tak rugi pon!"

Wehh. Siapa kata?
Rugi kat alam sana tau.
Huhu.
Tak sanggup aku.

Ko sanggup?

Sometimes, aku perhatikan, macam benda itu perkara biasa pada dorang
Tiada salah kononnya.
Betulkah tiada salah?

Haihhh.
Actually, I'm motivate myself.
Supaya aku terus mampu menjaga diri dan anggota yang Allah pinjamkan kepadaku.

Ohh, this is just my 20cents.
:)

Sunday, January 6, 2013

Decision.

Previous entry, I've already stated that I can't make decision.
Especially, for any important thing in my life.
I always ask my sisters to seek their opinions.
To heard what I should do's and don'ts.

Perhaps, I have to take training course about that.
Hemm.

So, again, I have to choose.
To think the consequences.
To act what I've should do.
To make it reality.

Oh Allah.
Again and over again, I really seek for Your guidance, Your blessed, Your Merciful.
Please don't let me do the wrong thing.
Please don't make me hesitating the fate that already written for my life.

Oh Allah.
Please lead my way.

Thank you Allah.
:)