KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, June 30, 2011

Serius Terharu!

Bismillahirrahmanirrahim..... :)

Buka je blog hari ini, baca emel, tengok shoutbox, macam pelik. tengok pula live traffic blog. Nampak sumber dari blog Keen banyak giler!

Aeh-aeh... Melaka itu dari Kak Nabilah. Haha. ;)


Hati serius berdebar. Macam-macam duk fikir. Apa yang aku dah buat? Ada komen yang sensitif ke? Aku ada buat salah ke? Hisyh. My heart beat faster.

Terus buka blog Keen. Nampak entry itu. Terkejut! Terharu! Tak terkata!

Serius tak sangka!

Huhu. Sebak juga rasa hati ini. Tak sangka dihargai sebegini rupa. :')

Padahal, aku hanya tinggalkan link blog Keen sahaja. Beserta blog-blog yang lain. Yang aku rasa menepati piawai standard yang Mr K tetapkan. Tak terfikir langsung hal lain. Masa itu aku hanya fikir untuk isi blog yang memberi manfaat kepada orang lain. Blog aku? ooh! Please.. Tak layak langsung. Haha.

Kalau aku linkkan blog aku kat Mr K, dah jadi tak privacy lah kan? Hihihihi.

Yup. Untuk pengetahuan teman-temanku sekalian, aku sudah banyak kali bertukar URL blog. (takdelah banyak mana. Masuk yang ini, 3 URL la. hihi.) Sebenarnya, blog aku ni, tak ramai sangat kawan-kawanku yang tahu.

Sebab sedia maklum, blog aku hanya untuk memuhasabahkan diri aku ni. Dan aku bukanlah rajin sangat update blog. Segan bila blog cikai ni diwarwarkan di blog Keen. Dulu, Kak Nabilah pun buat benda yang sama. Waaah! Serius terharu. Malu pun ada. Sebab memang tahu, blog ini tak seberapa mana. Hana pun sama. Pernah buat hal ini juga. Cuma tak mention nama blog aku. Hehe. (Selamat)

Papepun, terima kasih yang tidak terhingga kepada Keen. :)

Semoga Keen sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. ^_^

Tidak lupa juga kepada yang menjadi teman mayaku (yang baru mahupun yang lama), diharap supaya kalian sentiasa ceria selalu. Terima kasih kerana sudi jadi teman mayaku. Cuma, jangan mengharap lebih dariku. Aku masih belajar, dan sedia untuk diajar. (n_n)

Sekian dahulu, Terima kasih sekali lagi.

Ukhwah fillah. =)

"hidup ini indah jika kita yang mengindahkannya"

p/s: korang-korang....Kalau rajin, sila lawat blog mereka k. Pasti tak kerugian. Ada sesuatu yang boleh korang dapat. Peace2!! ^_^

Wednesday, June 29, 2011

Sangat Rindu.

Assalamualaikum.

Ummi... Rindu betul nak makan masakan Ummi.
Rasanya, berat badan ni makin susut kot.
Emmm.

Serius tak best makan masakan sendiri.
Walaupun Abah kata sedap dan makan bertambah.
Ummi pun kata sedap dan makan bertambah.
Tapi still orang makan sikit. Ntah.

Sejak 2 bulan ni, orang betul-betul rindu!
Sejak tangan Ummi dah tak berapa kuat lagi.
Orang sedih.
Dan yang paling orang tak tahan, orang rindu masakan Ummi.
Rindu sangat-sangat.

Bila orang masak je, orang sangat berharap Ummi yang akan ambil sudip di tangan orang.
Ummi yang memasukkan perencah semua.
Ummi yang merasa masakan itu.
Ummi yang buat lauk pauk tu semua.
Tapi, itu hanya anganan orang.

Ummi hanya mampu duduk di meja dapur.
Memerhatikan orang masak.
Orang tahu Ummi sedih.
Orang tahu itu. Sebab Ummi pernah cakap, "Kesian kat Adik. Tak masak apa-apapun sejak Adik balik".
Dan pernah je orang nampak Ummi nangis.

Ummi tahu. Orang rasa nak menangis juga waktu itu.
Tapi, orang buat-buat tak nampak.
Sebab orang taknak Ummi bertambah sedih.

Kalau dulu, bila orang balik je, pasti soalan pertama yang Ummi tanya,
"Adik nak makan apa?"
Kadang-kadang tu, Ummi tak tanya. Ummi terus buat Pulut Sotong.
Sedap sangat! Rindu itu semua.

Sekarang ini, orang dah tak boleh request makanan lagi.
Kalau nak, orang kena buat sendiri.
Tak dapat buat macam dulu.
Buat bersama-sama dengan Ummi.
Emmm.

Bilalah agaknya, dapat rasa masakan Ummi lagi?

Semoga Ummi cepat baik dan sihat. Amiin. :)

Posto posto!!!
Dear Ummi,
Tak lama lagi bulan Ramadhan. Kemudian Syawal. Orang nak makan Ayam Masak Merah, Sayur Lodeh dan Laksa Johor. Boleh tak Ummi masakkan? hehe. :']

p/s: I really miss my Ummi's cook. :'(

Tuesday, June 28, 2011

A..U..A :)

Salam Bahagia semua!! :)


Kali ini bercerita pasal Abah Ummi dan Anak.
Nothing special. Just to remind myself and keep it as my memory. (^_^)

Pulau Pinang, 9.30pagi.

Anak: Abah. Adik nak bertolak dah ni. Bas dah gerak pun ni. Sampai nanti adik beritahu.
Abah: Ok. Jangan lupa telefon Angah.

JB, 7.00malam.

Anak itu baru sahaja keluarkan telefon. Kring........Kring......!!!

Anak: Aeh abah. Adik baru nak beritahu. Baru je turun bas.

Abah: haha. Abah dah agak dah. Abah dah dapat rasa.
Anak: Hihihi. Yelah tu.

Abah: Ni ummi nak cakap.

Ummi: Dah telefon angah belum? Angah kat mana?
Anak: Dah-dah. Haaaa. Ada nun. Dah nampak kereta dia. Tengah pergi ke sana ni.


Ummi: Oh.. Em adik. Kalau nak duduk lama kat JB tu, duduklah. Manalah tahu nak jumpa kawan-kawan ke.
Anak: Iyeke? Hahaha. Habistu, Ummi dan Abah sapa nak jaga?
Ummi: Hehe. Iye. Takpelah. Macam tak biasa. Abah jaga Ummi. Ummi jaga Abah. Hehe.

Anak: Ok2. Tengoklah macam mana.

Keesokan harinya.

Rumah Angah, 11.00pagi.

O'o! Telefon berbunyi. Ada siapa dalam kesusahan di sana?
(sila nyanyi macam Wonderpet. Harap maklum. ;p)

Abah: Adik bila nak balik sini?
Anak: Aeh? Bukan semalam kata boleh duduk lama-lama ke? Haha.
Abah: Hehe. Saje tanya.
Anak: Hehehe. Tahu punya. Takpe. Dapat bas nanti, adik mesej.
Abah: Ok.

Nampak sangat apa yang terlahir di bibir hanya untuk menggembirakan anak-anak. Kepentingan sendiri, ditolak tepi.

p/s: Nampak sangat rindu kat "anak". Baru berapa hari. Huahahaha.

Bila angkat phone, benda pertama sebelum perkataan-perkataan seterusnya ialah....."Hello...Assalamualaikum......". Dan pasti akan dijawab, "Adik/Abah...Waalaikumussalam..". :)

Pengakhiran perbualan pun begitu juga. Kadang-kadang ada juga selitkan "bye". Hehehee. :)

Friday, June 24, 2011

Budak-budak vs Warga Emas

Salam Ceria kawan-kawan! :)

Alhamdulillah. I've got some fresh air this morning. No more sad. No more tears. InsyaAllah. Senyum-senyum. (n_n)

Ok. Hari ini nak berkongsi pandangan.

Sebenarnya, tiada beza yang banyak sangat pun antara Budak-budak dan Warga Emas ni. Sikap, hampir sama. Perangai, lebih kurang nak sama. Watak, adalah sikit-sikit. Hehe. Cuma, umur. Yes! Faktor umur yang membuatkan benda itu rasa lain. Selain itu, pengalaman hidup. Haha. Budak-budak mana banyak lagi pengalaman hidup.

Kalau budak-budak, boleh sahaja kita layan mereka 24/7. Sebab kononnya dorang comel. Sebab kononnya dorang tak faham sangat hal dunia-dunia ini. Sebab kononnya dorang masih belajar.

Same goes to Warga emas.

Mereka pun macam tu actually. Cuma, kita perasan yang dorang dah punya banyak umur, jadi, kita tak treat mereka sama macam budak-budak. Kita treat mereka macam orang dewasa. Kononnya tiada masa untuk bermain dan berseronok bersama warga emas. Ya! Itu mungkin silap kita.

Pernah dengar tak, "bila kita dah meningkat usia dan berumur (warga emas), perangai dan tingkah laku kita akan seperti budak-budak"?

Bila aku dengar ini, ya, ada betulnya.

Makanya, layanan kita haruslah sama seperti kita melayan budak-budak. Mungkin terasa berat sebab dorang petah berkata-kata. Bila kita mengutarakan begini, mereka akan menjawab begitu. Sebab, kononnya dorang dah melalui hidup ini semua. Jadi, ego itu mungkin wujud.

Sebab itu kita kena banyak-banyak bersabar.

Firman Allah SWT:

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar"
(Surah An Nahl 16: 96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
(Surah Az Zumar 39: 10)

Tapi, tak semua macam itu. Sesetengah sahaja. Dengan berleternya. Dengan merajuknya. Semua itu kita harus pandai kawal. Macam mana kita boleh bersabar dengan budak-budak yang menyepahkan rumah dan pecahkan pasu bunga atau cermin antik, kita juga harus bersabar dengan perangai warga emas.

Mungkinlah. Kita akan marah. Tapi, cuba kawal kemarahan itu. Hoho. Ada satu kisah. Kisah benar. Kawan punya kawan.

...Ada sorang budak ini. Kat rumah dia ada seorang atok. Biasala kan. Orang tua. Macam-macam ragamnya. Ada sahaja tak kena. Yelah. Banyak pengalaman hiduplah katakan. Huhu. Nak dijadikan cerita. Satu hari tu, budak ni penat. Letih. Macam-macam masalah. Tiba-tiba si atok ini marahkan budak ini. Macam-macam dicakapnya. Budak ini tahan marah dia sampai merah padam kot muka dia. Pastu, dia terus ambil wudu' dan solat sunat.....

Sabar betul kan? Kalau kitalah, entah apa yang kita marahkan semula. Hehe. Aeh? Tapi, kita pun boleh jadi macam budak itu tau. SABAR! ^_^

Lain-lain hal, cubalah kamu gurau-gurau dengan mereka, pasti mereka suka. Mereka kan macam budak-budak. Sentiasa ingin dimanja dan diberikan kasih sayang. Padahal, sah-sah kita sayang kat mereka. Mungkin, lepas ini, kita boleh ubah cara meng'express'kan our love. Hehe. (Ingat untuk gf dan bf je ke, nak express love2 ni? Haha). Gunakan segala strategi dan taktik yang menambat hati. Pasti dorang tak sabar menanti kepulangan korang. Hihi.

Ingat! Nanti, kita pun akan jadi tua juga. Entah macam mana agaknya anak-anak kita layan kita nanti. Entah macam mana rajuk kita nanti. Mungkin lebih teruk.

"What you give, you get back"

Makanya, bersabarlah. ^_^

p/s: Pagi-pagi dah online? Oh. Ummi dan Abah tiada di rumah. Hihihi. Kerja? Dah siaplah. :)

update: Mungkin sebab itu lah kot orang selalu cakap....
"Menjaga anak sepuluh orang lebih senang dan disukai daripada menjaga ibu dan bapa"


Hoho. Sadis sungguh~ (T_T)

Tapi, again, kena banyak bersabar. Macam mana dorang boleh sabar dengan kita masa kita kecil, kita pun harus sabar dengan perangai mereka. :)

Thursday, June 23, 2011

Terus Jadi Tak Sihat.

Salam Semua.

Oh. Hanya mampu tersenyum di kejauhan.

Hari ini. 2 orang anak kucing aku, mati. Sedih tahu.

Sekor nama Kekot.

Sekor lagi nama Kido.

Dorang mati depan mata aku. Yes. Lumrah alam. Ntah. Tapi, rasa bersalah giler pada Comot (Mak dorang) bila mana aku tak dapat selamatkan mereka. Aku kan lebih besar dari kucing jahat tu. Tapi, tak mampu nak buat apa-apa. Apela. Shame of me.

Huhuhuhuhuhuhu~~~

Dorang sangat manja. Bila pagi-pagi je aku g dapur, dorang mesti kejar kaki aku. Sangat sweet. Takda lagi scene macam tu lepas ni.

Harap aku tabah.

Dan mungkin aku tak kuat bila tengok wajah Comot yang tinggal Tamtam dan Kotam. Teringat Kekot dibawa lari. Teringat Kido menghembuskan nafas terakhir.

Aku bukanlah seorang peminat kucing. Kalau ada, ok. Kalau takda, tak kisah. Cuma, mereka ini aku dah jaga since baru keluar dari perut Comot. Pastu, dorang macam mesra je. Tengah main-main, boleh pula lari-lari g duduk kat atas aku. Siap bertolak-tolak lagi. Macam mana aku tak sedih. Huhuhu. Nama dorang, aku yang bagi. Belum sebulan pun umur dorang. Sedih. Huhu.

"Bertemu dan berpisah kerana Allah"

Rindu kamu Kekot.....Rindu kamu Kido.....

:"((

p/s: nangis lagi. Huhu.


Diri,
Jangan nak emo sangat! Mengada-ngada nak nangis-nangis!

Wednesday, June 22, 2011

Mimpi Yang Dulu.

Salam Ceria! :)

Hey! Dulukan, saya ada mimpi pasal seseorang ini mendapat bahagia. Selepas mimpi itu, hati saya tersangat tenang. Bahagia je. Walaupun, mimpi itu bukan berkenaan dengan saya. Tapi, saya gembira.

Dan sekarang, macam terbukti, bahawa mimpi itu sudah menjadi kenyataan. Alhamdulillah. :)

Rasa seronok. Tak sangka pun ada juga. Haha. Mungkin mimpi yang dulu itu merupakan petunjuk. Kalau betullah merupakan petunjuk, Alhamdulillah. Amiin. :)

Saya pernah bercerita mimpi ini kepada teman saya, dorang kata....

"Selalunya, apa yang kita mimpikan itu, sebaliknya berlaku...."

"Mainan tidur je tu...."

Tapi, perasaan saya waktu itu hingga saat ini, saya yakin dengan mimpi itu. Sebab hati saya tenang. Walaupun masa itu masih tak tahu lagi sama ada ia adalah satu alamat ataupun mainan tidur.

Dan sekarang.............

Wallahua'lam.

Allah knows better. hehe. (^_^)

Tuesday, June 21, 2011

Penat Tapi Seronok.

Salam Sejahtera buat sekalian temanku! :)

Hai3. Ada yang merindui saya? Eceh! hihi. Em. Actually baru sampai rumah Abah dan Ummi 4 ptg tadi. Penat! Ya Allah. Tengok keadaan rumah, tutup mata jap. Haha.

Itulah. Bukan sengaja taknak tinggalkan mereka di rumah. Tapi, macam nilah jadinya nanti. Dorang tak berapa sihat sangat nak kemas rumah, nak buat itu ini. Ini jugalah antara sebab napa aku tak terima tawaran tuan punya kedai itu untuk bekerja.

Kadang-kadang tu fikir juga, macam mana nanti kalau semester baru bermula. Adoiiii!

Sebenarnya, baru pulang dari Pulau Pinang. Pergi hari Jumaat malam, sampai Sabtu pagi. Buat progam sikit, dan Isnin pagi pulang ke Johor. Supposed Ahad malam itu naik bas. Tapi.........tertinggal bas. Huahahahaha. Salah sendiri. Tak tengok tiket betul2. Sebab beli dalam keadaan mamai dan penat kot. Mana taknya, selepas habis program terus p beli tiket. Patutnya bas naik dari Butterworth, tapi p tunggu kat Sg Nibong. Terbaikkkkk tak? Huhuhuhu.

Oleh kerana Isnin malam sampai di JB, makanya hari ini (Selasa) baru pulang ke Mersing.

Oklah. Saje je nak share ngan kamu semua. Manala tahu ada yang tertanya-tanya kan...

"Napelah budak ini tak harvest-harvest tanaman..."

"Napelah budak ini tak hantar gift dan tolong apa-apa yang patut...."

"Napelah budak ini tak komen-komen entry baru...."

"Napelah budak ini tak jawab komen yang sudah dipost....."

Haaa. Itu yang beritahu ni. Hihihi.

Ok semua. Cukup setakat ini. Entry-entry kome itu, akan dibaca keseluruhan dan dibalas kemudian. Mahu merenggangkan pinggang.

Salam Ceria! Peace2!! (n_n)V

p/s: ada sesiapa yang reti urut? Aduuuuh! Sakit. huehehe.

Friday, June 17, 2011

Hopefully.

InsyaAllah. Mungkin ini yang terbaik.

Doakan yang baik-baik. :)

p/s: awak nak tahu, status saya di FB bukan totally bermaksud saya. Most of the status is for my friends and my family. Saya tahu ramai yang salah anggap. Sorry for this misunderstanding.

Game? Yes! That is totally me. Hehehe. ;p

Tuesday, June 7, 2011

Budak-budak #2

Salam Ceria! :)

Diharap semuanya sihat. oh! saya baru baik demam. Tinggal batuk sikit-sikit je.

Kalau yang ada Fb saya, mungkin tahu kisah ini. Kes ini baru je berlaku semalam. Kira agak fresh dari ladang jugaklah.

Macam ni ceritanya.

Semasa tengah melayan bacaan Asma'ul Husna di Astro 106, tiba-tiba anak sedara saya ni tanya selepas berkerut-kerut muka dia.

Qusyairi: Mamabila.. Apa MAHA tu?

Kuasa yang paling besar. Besar giler.

Qusyairi: isyh. Pelik la. Abah kita pun ada jugak.

Dalam hati biar betik budak ini!

Qusyairi: yaMAHA. Motor abah kita yaMAHA. Banyak juga orang guna yaMAHA tu. Tok Bahnye motor, suzuki.

Hahahahahahahaha~~ Macam-macamlah anak sedara aku ni. :)

Boleh pula dia berfikir begitu kan? Biasalah budak-budak. Baru nak bereksperimen dan bereksplorasi. Haha. Mentang-mentang dah pandai baca. Hehe. Alhamdulillah.

Semoga menjadi anak yang soleh ye. :)

p/s: selamat dia tak tahu nama penuh TokBah dia. Kalau tidak........entah apa la yang dia akan kata nanti. tehehehe~~ ;)

Sunday, June 5, 2011

Perancangan Yang Agak Gila.

Salam kawan-kawan! :)

Dah lama kan, tak buat segmen muhasabah. Hehe. Nantilah ye. Bila diri dalam keadaan yang tenang dan dapat ilham dariNya. Wahaha~ 

Ok-ok. Ada yang rindu tak? Dah lama tak share story kat sini. Bagi pengetahuan rakan-rakan saya yang tidak tahu, 31 Mei 2011 jam 8malam ritu, saya pergi ke Kelantan. Memang tak diduga. Sangatlah tak plan. Nak tido mana. Nak mandi kat mana. Nak pergi mana. Hanya tahu satu tujuan, pergi ke perkahwinan YDP persatuan saya merangkap teman saya, senior berlainan course saya iaitu Ukhtiza Fariza dan bakal suaminya (pada masa itu. Sekarang sudah sah menjadi suaminya. Hihi.)

Tapi pergi juga. Sebelum itu memang dah telefon Kak Mira untuk tolong tengok-tengokkan rumah tumpangan segala bagai. Kak Mira juga cadangkan menginap sahaja di rumah beliau. Segan! Hihi.

Last-last, menginap juga di rumah Kak Mira. Best giler masuk kampung situ. Memang macam kampung betul lah. Ada pokok getah, ada kawasan pikat burung, ada kuda (kaya kot), lembu (ini biasalah), ada jalan yang tak bertar. Oh! Macam jakun pun ada juga. Masa mula-mula tu, excited kot sebab Kak Mira kata kena naik perahu untuk sampai ke rumah beliau. Tapi, dia tipu je. Ciiissss! Haha. Baru nak rasa naik perahu. Yelah kan, rumah aku ni, memanglah kawasan kampung, tapi bukan lah macam tuh. Hihi. Macam ntah apa-apa je kan?

Sebenarnya, aku plan g Kelantan ni dengan Cik Sai. Cik Sai duduk Pulau Pinang. Mak dia dah risau dah. Yelah. Sebab dia mana pernah naik bas pergi jauh-jauh macam ni. Pastu pergi separate lak tu. Dia dari Penang. Aku dari Johor. Amacam? Gila tak kitorang? Haha.

Cik Sai sampai petang 1 Jun 2011. Aku sampai pagi 1 Jun 2011. tengok muka masing-masing, "Aeh? Kita kat Kelantan kan ni?". Macam tak percaya. Macam bukan di Kelantan. Dan setiap pagi, memang itulah ditanya bila bangun. Haha. Sampai je rumah Kak Mira, boleh pula kami menghabiskan koleksi novel-novel Kak Mira karya Hlovate. Hihi. Macam hape je. Yelah, sebab Kak Mira g kerja. Hihi. Duduklah dalam bilik diam-diam.

Gurindam dan Pelangi itu, tak baca. Baca 4 novel sahaja. Pinjam gambar kat sini. [cari-cari kat Google. hihi]. Terlupa nak snap. Haha.
Esoknya, 2 Jun 2011, siap-siap pergi Rantau Panjang! Waaah. Tempat shopping kat situ. Em aku nak cari baju kurung. Katanya murah. Tapi tengok, mahal jugaklah. Mungkin tak betul-betul cari kot. Hihi. Last-last beli 2 helai blouse (blouse la kot.hehe) bercorak bunga-bunga. Haha. Saja. Tak pernah ada blouse bunga-bunga nih. Cik Sai beli 3 helai baju dan satu seluar. Kak Mira dan adiknya, Fawwaz, peneman kami dan tukang bargain. Kikiki.

Gambar takda motif. Haha. Tapi, inilah kawasan rantau Panjang itu.  Belakang photographer ini, lagi ramai orang dan banyak benda dijual.
Petang itu, Kak Mira kena lecture dengan neneknya untuk membawa kitorang g kenduri sepupu beliau. Kami memang takda bawa baju kurung spare. Ape lagi, pinjamlah baju kurung Kak Mira. Adeeeh! Bantai je. Kami kan rock! Huhu. Pergi juga ke Gua Musang. Hoho. Jauh kot. Tanah merah ke Gua Musang. Sampai tertidur-tidur. Hihi. Slumber jek. Selamat ayah Kak Mira ok. Kikiki. Perjalanan sangat berbaloi sebab dapat makan BUDU!! haha. Kami kan kuat makan. Asal makanan itu sedap (dan tidak memudaratkan. hihi).

Lusanya, 3 Jun 2011, acara yang dinanti-nanti. Kalau tidak pagi itu, mahu pergi ke pasar tani sekejap. Tapi, terus siap-siap g Bachok. Hoho. Sesat jap kat bandar mana ntah. Sebab jalan ke Bachok tu dah macam "Amazing Race". Selamatlah Fawwaz begitu cool membawa kami. Haha. Susah nak cari adik macam tu. Sanggup jadi driver demi kakak-kakaknya ini. Hihi. Thanks again, Fawwaz! :)

Nak cari simpang nih, adeeeh!! Sabar sahajalah. Hihi.
Tepat jam 1, sampai di rumah Kak Fariza. Fawwaz terus cabut cari masjid. Solat Jumaat. Cool kan? Hehe. Kitorang, apelagi, seranglah Kak Fariza. Oh3! Sangat comel ye beliau. Seri pengantin mungkin. Hihi.

Hoho. Sweet. Simple. Cute. :)
Borak-borak, snap-snap, jam 2, kami cabut dulu sebelum kaum adam tiba di rumah itu. Hehe. tunggu Fawwaz di Petrodesa (bukan Petronas tau). And again, cool kan fawwaz? Lapar kot. Tapi, dia segan nak makan kat walimah itu. Hihi.

Tu yang kitorang g Pantai Irama. Makan lagi. Haha.

Bebola dan Coconut Shake. Sungguh enak! Dorang gelarkan "makanan pantai".
Antara suasana di Pantai Irama itu.
Sampai rumah jam 6.30 petang. Siap-siap, kemas-kemas, jam 8.15 gerak g stesen bas. hoho. Bas lambat. Patutnya 8.30 da gerak, 9.30 bas baru sampai. Perlu kesabaran yang tinggi. Hihi. Kak Mira kata, memang macam itu. Wallahualam. Cik Sai lagi lah. Tiket jam 11malam, bas sampai jam 1 pagi. Amacam? Hihi.

Bermulalah perjalanan pulang ke Mersing. Tiba-tiba......ACCIDENT!! Bas itu langgar kereta. Sebab kereta itu memecut dan ingin membelok tetapi tidak memberi signal. Isyh3. Bertapa jap depan pejabat polis sebab polis takda. Adeeh! Kalau tidak, sampai sama waktu dengan Cik Sai. Takpelah.

Papepun, alhamdulillah. satu kenangan yang tidak boleh dilupa. Terima kasih pada Kak Mira dan keluarga (especially, Fawwaz) dan Cik Sai. Memang happening dan enjoy. Thanks a lot korang! :)

Kita hanya merancang, Allah lebih tahu kan?

peace! ^^V

Amah.

Macam biasala. Pagi-pagi, pekerjaan anak rumah tangga bermula. Mandi, ah! Lepas beres semua kerja nanti. Normal lah kan. Tiba-tiba.....

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam. Ye makcik." (sambil melemparkan senyuman manis)

"Umi ada?"

"Umi takda. Pergi berurut. Nak pesan apa ye?" (bagi lagi senyuman manis)

"Takpelah. Petang nanti, datang semula."

"Oh. Ok-ok. Nanti beritahu dia." (senyum lagi)

Petang itu, memang makcik itu datang semula. Takda hal. Buat macam biasa. Tetamu kan. Si budak senyum tadi pun, hidangkan air teh bersama pisang goreng yang dibeli di kedai hujung. Starting soalan makcik tu....

"Mana amah pagi tadi?"

"Amah? Haha. Mana ada amah. Anak saya ni je yang ada kat rumah."

ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz.....

What? Amah? Mentang-mentang pakai sarung je tudung umi. Dan mentang-mentang, petang tu dah siap mandi semua. Boleh pula tak kenal si budak senyum yang manis itu. Hohoho.

Pengajaran: Selepas ini, kena sediakan topeng ultraman untuk dipakai bila ada tetamu datang pagi-pagi. Sekian.