KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, November 29, 2012

Sombong.

Pergh!

Tak sangka aku pernah dapat status ni.

Kakakaka.

Bagi yang da kenal aku, memang mungkin macam tak percaya.

Tapi, yang baru first time tengok, mungkinla kot. Er. Tak tahu la ek. Haha.

Kes benar masa kat praktikal.
Ada abang engineer dan technician ni p check kat bahagian aku merekacipta makanan. Sebab masa tu, apebende ntah rosak kat situ.
Dia pun borak-borak ngan aku. Aku bual jela. Tanya-tanya gitu.

Tapi, yang takleh blah, dia kata at the end of our conversation,

"Aeh..peramah gak ek ko ni. Ingatkan sombong."

Haha. Aku nak tergelak. Tapi, aku senyum je la.

Sombong itu tak bagus.
Tapi, kadang-kadang, sombong itu ada baiknya.

Jeng3.

ps: aku tak sombong. :)


Wednesday, November 7, 2012

Negatif.

Assalamualaikum. :)

Aku happy sebenarnya bila ada internet kat rumah. Boleh cari kerja. Boleh hilangkan rasa-rasa asing yang nak muncul. Tapi, not all the time aku online. Bila rasa-rasa nak muncul, aku munculla.

Dulu, aku pernah kena tegur dengar seorang kawan. Dia cakap, "why am I keep saying a positive and motivated words or phrases?"

Erk! Terkedu disitu.

Lama aku fikir.. Nak kata aku selalu fikir positif, tak juga. Ada juga time otak aku fikir yang negatif.

Tapi, bila diingat-ingat, baru aku perasan. Sila alert bagi yang nak tahu kenapa aku selalu keluarkan ayat-ayat yang berbaur kepositifan.

Sebab;

1. Aku ingin jadi seperti yang aku katakan (especially, positive side la). Kata-katakan doa.

2. Aku tak nak fikiran aku terus kata negatif. Well, perempuan kan. Negatif nye satu, tapi, bila dilayan negatif tu, dia akan membiak menjadi sedozen. Takmo3!

3. Aku banyak baca buku yang ayat-ayat dia macam motivated gitu. Kakaka. Ni, memang aku nak termuntah. Huhu. Tapi, that is a fact! Sebab aku terpengaruh dengan ayat yang positif tu.

Hemmm.

Kadang-kadang tu, macam kat twitter, facebook aku teringin gak nak tulis ayat yang negatif, merepek. Tapi, bila aku baca semula, ayat tu buat aku rasa malu pada diri aku. It is just not like me. Huhu.

Tapi, aku tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Mungkin aku berubah. Tapi, harapnya, taknakla. Sebab benda tu, will affecting me in my future. Takda sapa dalam dunia nak terus jadi tak baik.

Kan?

Di sebalik itu, kata-kata positif ni sebenarnya, makanan rohani kita. Kalau kita semai dan baja dia dengan positif, terlahirlah jiwa dan minda yang positif.

Semua orang nak jadi baik. Tapi jangan pura-pura baik. Tak kemana pun nanti.

*Sentap dengan ayat sendiri!

Okla.
Marilah kita mempositifkan diri.
Nak negatifkan diri pun boleh. Tapi, jangan amalkan. Takut terbiasa.
Gulp~

Sekian, entry on the spot.
:)

p/s: 3 hari lagi, hari apa ek? ;p

Sunday, November 4, 2012

EntriJameela.

Assalamualaikum! :)

Sesiapa yang ada Astro, dan tengok AstroOasis jam 7.30pm tadi, mesti tahu benda ini.

Pada aku, okla.

Ada sedutan fashion, lifestyle wanita moden zaman ini.

Dikatakan, blogger ni sebenarnya attention seeker. Oh iyeke? Bila dengar pendapat 2 orang blogger terkenal, ada benarnye.

Tapi aku suka nak pinjam pendapat Maria Elena. Lebih kurang macam ni. "Kita menulis ni, nak ingatkan diri sendiri. Nak jadi yang lebih baik. Mungkin kita x macam tu, tapi, nasihat itu untuk diri. Dan mungkin juga untuk orang lain yang baca."

Kan? Tak semua nak jadi attention seeker. Susah juga tau kalau orang kenal sangat. Nak pakai selipar jepun pergi shopping complex pun orang pandang. Tak gitu? ;p

Pastu, ada juga slot bersama Prof. Muhaya. Petikan kata-kata dia,

"Kalau anda isteri, jangan mencari suami hebat. Tapi, carilah kehebatan pada suami.
Kalau anda suami, jangan mencari isteri yang cantik. Tapi, carilah kecantikan pada isteri."

"Kalau nak bahagia esok hari, lihat sebanyak mana kita bersyukur pada hari ini.
Selalu orang melihat pada benda yang dia tiada daripada melihat benda yang ada di depan mata."

Papepun, okla rancangan tu. Ada something.

Take care!
:)

p/s: macam nak buka satu hub online macam tu. Teruja! Tapi, aku nak bisnes ape ek? Heemmm. =_="

Saturday, November 3, 2012

Ihtifal.

Assalamualaikum! :)

Masa mula-mula dengar, aku sendiri tak tahu benda apa ni. Maklumlah. Tak ambil bahasa arab sampai expert.

Setakat waahid, ithnani, qittun, arnabun tu tahu la juga kan.

Rupa-rupanya, ihtifal = convocation.

Pergh! Tak macam gempaq plak ada ihtifal bagai. Haha.

Takpelah. Untuk meraikan budak-budak kecik ni da tamat pengajian masing-masing.

Tahniah pada yang berjaya! ^^

Emm.
Adala dalam sebulan aku mengajar. Kesian ada juga aku tengok budak-budak ni. Kurang kasih sayang. Sebelum ni, cikgu depa ambil tak kisah. Sampai ada yang tak kenal huruf.

Memang balik rumah, aku bebel la kat umi kan. Ngadu kesian kat depa. Sobs.

haiihh. Takpelah. Itu urusan beliau dengan Tuhan. Jawabla sendiri nanti.

Masa kecil ni la kita nak terapkan amalan-amalan mulia. Dah besar panjang, x lut dah nasihat bagai. Tapi, kalau ada yang tersedar tu, bonus untuk dia.

Macam aku ni, tak tahula sama ada tersedar atau masih lagi tidur! Kasi ketuk je.

Aku harap, apa yang aku ajar tu, walaupun sikit, dapat dihadam dan dipraktikkan. Bekalan untuk aku juga nanti. Harapnya bermanfaat.

Oh. Aku dapat juga ingat-ingat balik bahasa arab dulu-dulu. Dulu, belajar sebab nak periksa je. Kakaka. Kira revise la ni. Isyh3.

Okla. Till then, take care!
:)

Sayonara!
Aeh? Ini bukan bahasa arab. Damn! Belum passed lagi.

p/s: nak ingat balik, ada tak budak comel masa tadika yang aku suka. Tapi....blank! Argh! Rugi. T_T