KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, March 29, 2012

#4 JP

I really miss my first boyfriend. Ever.
:'((

It's too hurt.
It's too pain.

Kadang-kadang rasa kenapa kamu pergi dahulu.
Banyak benda yang aku janji aku nak buat kepada kamu.
Adakah aku seorang pemungkir janji?
Sedih tahu.

Ya.
I lied to myself.
Keep telling myself that I'm really ok.
But it's not.

Bila macam-macam terjadi,  makin ingatanku kepadamu utuh.

Warghhhh!! Crying out loud.

Semoga kamu di sana baik-baik dan tenang-tenang sahaja.
Di bawah rahmat dan perlindunganNya.
Sentiasa bercahaya.
Sentiasa luas.

Ooo Allah. Please make me strong for the sake of my ummi and abang.
I need you. Really need you.
:')

Tuesday, March 27, 2012

Lonely.

Salam kawan-kawan! ^^

Emm korang mesti pernah rasa lonely kan?

<lagu Mr. Lonely kedengaran>

wakakaka~

Takdelah. terdetik bercerita hal ini. Sebab, aku lihat, bila orang yang sedang kesunyian ini, ingin mendambakan teman dalam hidupnya, macam-macam hal yang dilakukan.

Kalau benda baik, alhamdulillah. Tapi........

Ok.
Selalunya, bila ditanya kenapa rasa sunyi,

"tiada pakwe la. Bosan!"

Ok. Serius terkedu. Tak sangka pula kalau takda pakwe itu bosan.

Jadi, jika ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya, (yang berlawanan jenis terutamanya) cepat benar dia melayan. Cara layanan juga kadang-kadang berlainan. Aku terasa sayang. Kalau dia menyimpan sedikit untuk yang halal baginya, mesti dia akan kelihatan paling cantik.

Ahhh! memandai je aku ni. Ok. Itu hanya pandangan aku. Harap maklum. ;p

Sebenarnya, banyak lagi benda lain yang korang boleh buat dari melayan kesunyian tiada pakwe/makwe.

haisyhh...Siapa kata takda pakwe/makwe tak bahagia? Ketuk kepala karang! Haha.
(Aeh3...Kalau sudah bersuami/beristeri itu lain ye. Tak da kaitan. Jangan salah faham.)

Apa yang korang boleh buat:

1. Keluar bersama kawan-kawan sejenis. Perempuan, keluar dengan perempuan. Lelaki keluar dengan lelaki. Comel tu. :)

2. Cari aktiviti di masa lapang dengan kawan sekepala. Kalau tiada, buat sorang-sorang pun boleh. Contoh, melihat pemandangan yang cantik. Tengok laut ke main badminton ke ape ke. Jangan gatal-gatal tengok anak dara/teruna orang ye. ;p

3. Baca buku-buku ilmiah/kartun/apa-apa yang dekat di hati. Alaaa...tapi, jangan yang tak senonoh pula tau. (garu-garu kepala)

4. Berkawan dengan kawan yang baru. Ohh. Yang ni, mungkin susah sikit bagi yang pendiam (macam aku. uhuk3). Jadi, masa nilah nak asah soft skill. <Poyo!>

5. Rajin-rajinlah tangan tu hantar mesej ke telefon ke video call ke kepada kaum keluarga. Macam mana nak mencari bahagia di tempat lain jika di rumah sendiri tidak memupuk bahagia? Huhu. Takpe, buat perlahan-perlahan. Baru boleh muncul keluarga bahagia, mawaddah dan rahmah. ^^

Waaahh! Impian aku, tinggi kan? Tapi, aku sendiri pun kadang-kadang alpa. (ketuk kepala sendiri). Dush!

Ok. Mungkinlah. Mungkin ye. Ada yang rasa jeles jika nampak kawan sebilik, sekelas, sekoridor duk gayut-gayut kat tepi-tepi tangga, berbual lewat malam, ketawa kecil-kecil, cakap halus-halus, keluar jalan-jalan dengan pakwe/makwe mereka.

Ohh. Wake up friend! Wake up!

Kamu juga boleh buat begitu dengan kawan kamu yang sejenis terutamanya. Dengan cara yang fitrah bukan fitnah. Berbeza ye antara fitrah dan fitnah. Hehe. ^^

Nak gayut, nak ketawa comel-comel, nak keluar jalan-jalan, dipersilakan. Tapi....kalau dah berkeluarga tu lain. Jangan salah faham lagi.  Haha. :D

Apa-apapun, kata orang dan para cendekiawan,

Carilah cinta Illahi, pasti cinta manusia akan datang kepadamu.

Jadi kawan-kawan, jangan cepat rasa sunyi, jangan cepat rasa bosan. Keluarlah. Carilah kebahagiaan yang kamu impikan.

Jika kamu tinggalkan yang haram kerana Allah, nescaya yang halal akan datang kepadamu dengan cara yang lebih baik.
(Kakak A)

:)

Sunday, March 25, 2012

#3 JP

Hidup....
Kalau tiada awekcomel/pakwebaik, masih punya bahagia.

Tapi takkan bahagia, jika.......
Tiada kawan.

Kawan is everything after family.

~Bogoshipda~

~Saranghaeyo~

^^

p/s: mencari satu motivasi diri untuk mendidik diri. Di mana perginya ya?

Wednesday, March 21, 2012

Nak Jadi Doraemon Boleh?

Something comes up.
Just crossed in my mind.

It's kind of a sad story.

Ok.
Aku pernah ditegur kerana ingin membantu semua orang yang ada disekeliling aku.
Ntahla.
Pernah juga terfikir.
Kenapa aku buat itu semua?

Bila direnung dan dihadam semula, itu membuatkan hati aku puas dan tenang.
Ah hati aku ni.
Macam-macam hal.

Apabila sesuatu yang ditolong itu menjadi, aku yang gembira bukan main.
Padahal, orang lain punya hal.
Tapi, bila sesuatu yang buruk terjadi kepada orang tersebut, dushh! Hati aku sakit tak terperi.
Oh hati...

Maafkan aku teman. Jika pertolongan ku mendatangkan kemudaratan kepadamu.

Oh. Hati. Please stop thinking bad things.


Aku nak jadi macam Doraemon.
Bantu Nobita pada bila-bila masa dan keadaan yang macam mana sekalipun.

Tapi, aku tak punya Poket Ajaib.
T_T

Tuesday, March 20, 2012

Su.....!!! ^^

Su...
Selamat Hari Lahir! ^^

Semoga sentiasa bahagia.
Semoga sentiasa comel-comel.
Yang paling penting, semoga sentiasa ingat kita. Boleh?
;p

Su...
Terima kasih sebab masih hubungi kita.
Terima kasih kerana tak pernah lupa tarikh lahir kita.
Terima kasih kerana bagi kita hadiah semua.
Walaupun awak kata tulisan awak comot, kita senyum je baca surat/kad awak itu semua.
I love it. Really love it.
:)

Su...
Walaupun, awak sakit, awak pendam sorang-sorang.
Kita je selalu tongteng2 cite pasal kita kat awak.
Emm mungkin awak berkongsi dengan kawan awak yang lain kot. Hehe.
Takpe. Nanti, awak boleh berkongsi dengan kita juga.

Aeh Su...
Kita rindu la awak telefon kita.
Bergayut macam tak ingat dunia.
Sampai orang ingat kita cakap dengan pakwe.
Alahai manusia.

Su...
Sebenarnya, kita sedih.
Kita nak call awak malam ni.
Tapi, kita terlupa yang nombor semua hilang sebab hp kena curi.
Alaa...awak tahukan cerita ni.
Pasal tett tettt tett.. ;)

Su...
Nanti awak telefon kita ye.
Kita tunggu.
Hehe. ^^

Apa-apapun,

SELAMAT HARI LAHIR SULIZA SUMARI!!
(20 Mac 2012)
^_^

semoga dipanjangkan umur.
bertambah-tambah rezeki.
diberi rahmat dan kasih sayangNya.
kekal bahagia bersama ... hingga syurga.

Miss You. Love you fillah.
:)

p/s: Aeh...Ni ucapan hari lahir awak tau, bukan luahan hati kita. Haha. ;p

Friday, March 16, 2012

Untuk Awak.

Memang perit.
Memang sedih.
Memang terluka.
Memang terputus asa.

Ini baru sikit.
Dunia luar penuh dengan dugaan.
Awak masih di dalam lingkungan baik-baik.
Alhamdulillah.

Faham akan kesedihan itu.
Faham akan kesakitan itu.
Bohong kalau kita tak rasa sedih sama.
Bohong kalau hati kita tak rasa sakit juga.

Macam kita pula yang hadapi itu semua.

Ok.
Awak yang rasa.
Awak yang tanggung.
Awak yang bertahan.
Awak juga yang kena bersabar.

Tapi ingat....
Allah lebih Maha Mengetahui.

Ok.
Kita pandai cakap sahaja.

Tapi ingat....
Kita juga pernah rasa duka.
Lebih teruk dari awak.
Dan, ada lagi orang yang lebih bersedih dari awak.

Mungkin, perkara inilah yang Dia nak didik awak.

Doa. Sabar. Redha. Bijaksana. Tawakkal.

Semoga awak tabah. Dan saya juga akan tabah bersama awak.
:)

ukhwah fillah. InsyaAllah, till Jannah. ^^

p/s: mungkin kerana umur bertambah, dugaan juga bertambah. Tapi, itu semua kerana Dia mahu kita selalu dekat denganNya. (",)

Monday, March 12, 2012

Tisu.

Di pejabat pos.

Pinjam gam pejabat pos.
Gamkan setem.

Dengan harapan, semoga hadiah yang tak seberapa ni, menggembirakan lagi perasaan Pengantin Baru. Ehem. ;)

Tiba-tiba, penutup gam terjatuh.
Arghhhh!!! Basah.

Sudahnya, aku meminta simpati ihsan kaum hawa yang berhampiran di situ. Kot-kot la ada simpan tisu dalam beg. Kehkehkeh. Kalau minta kat lelaki, ada ke? Uhuk3. ;p

Tapi, rupanya, mereka juga tidak mempunyai tisu.
Kecewa di situ.

Aku bergegas ke cafe siswa.
Perut berkeroncong.
Kawan menunggu.

Emmm macam nak makan mee kuah.
Ok. Dah ambil pun satu.
Haha.

Jom bayaaaarrrrrrrr!!!

Tiba-tiba, seorang lelaki berbangsa cina terlanggar mangkuk mee kuah yang sedang ku pegang.
Argh! Sedikit panas badanku.
Riaknya, kelihatan bersalah.
Tapi, aku senyum.
Padahal, ramai gila kot orang kat cafe time tu.
Entah kenapa aku senyum.
Sebab dia comel kot. Aeh takde-takde.
Haha.
Patutnya, malu lah kan. Marah ke. Aisyhh.

Entah. Aku macam tak rasa marah.
Mungkin silap aku juga.
Kikikiki.

Terus aku pergi ke sinki.
Bersihkan.
Tapi, tak bersih juga.
Takpelah.
Sayang pula nak tinggalkan mee kuah aku sorang-sorang.
Makan dulu la.
Nanti baru balik bilik tukar baju semua.

Aku kembali ke kaunter.
Dengan niat, membayar harga mee kuah.

Tiba-tiba.........
Lelaki itu, memberikan aku TISU!

Aeh???
TISU la......!

Aku tersenyum lagi.
Sambil mengucapkan terima kasih.
Tapi, dia menggelengkan kepala.
Mungkin kerana rasa bersalah kot pada aku.

Aku senyum sahaja.
:)

Nampak tak?

Tadi kat pejabat pos, beria aku meminta tisu.
Tapi, tiada. Tak dapat.

Ni, aku tak terfikir langsung pasal tisu.
Tapi.............Aku dapat TISU!

Tersengih aku sorang-sorang.

Hari yang tidak disangka-sangka.

Naahhh! Dia bagi sebiji kat aku.
Pengajaran yang nampak jelas. Takyah suluh-suluh.

Tak semua yang kita minta, Dia akan beri. Kerana, Dia memberi sesuai mengikut keperluan kita. Bukan kehendak kita.

seperti FirmanNya,
“…..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah 2 : 216)

Terima kasih Allah! ^^

Tersenyum lagi.
:)

Wednesday, March 7, 2012

Macam-macam.

Pagi sampai ke petang.
Disambung pula keesokan paginya.

Kadang-kadang sampai lewat pagi.
Disambung terus sampai ke petang.

Hidup tiada pengiraan hari.
Terus melangkah menyiapkan suatu tugasan.

Kadang-kadang penat. Letih. Malas. Silih berganti hadir.
Kerana tanggungjawab dan amanah, harus bangkit.
Tanpa menyerah.
Walau terkadang tewas.
"Hujan" tetap turun membasahi bumi.

Tapi, tidak mengapa.
Dia Maha Mengetahui segalanya.

Hinggakan terlupa.

Lupa ada kelas lain yang perlu hadir.
Lupa hari apa.
Lupa ada perjumpaan lain.
Lupa sudah buat atau belum suatu perkara.
Lupa untuk makan.
Lupa untuk minum.

Kerana itu, pernah 'pengsan' selama 3 hari.
Kerana itu, emosi terkadang tak stabil.

Mungkin nampak bahagia.
Alhamdulillah jika itu pandangan manusia.

Setiap insan mempunyai pelbagai tafsiran.
Biarkan mereka menafsir.
Biarkan mereka menelaah.
Asalkan hati mereka puas.
Asalkan hati mereka bahagia.

Hidup,
Kadang-kadang di atas.
Kadang-kadang di bawah.

:)

Monday, March 5, 2012

Diam-diam

Diam-diam.
Senyum dan tawa.

Diam-diam.
Putaran alam.
Rahsia Dia.

Diam-diam.
Bermuhasabahlah.

Diam-diam.
Simpan dan pendam duka.

Diam-diam.
Tahan derita.

Diam-diam.
Hari esok masih ada.

Diam-diam.
Senyum sahaja.

:)

Saturday, March 3, 2012

3 Lelaki. 3 Abdul?

Cerita malam di lab.

Budak perempuan seorang-seorang.

Tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu.

Arghhh!! Budak perempuan itu cuak. Mana taknye, dia berada di dalam lab itu seorang-seorang.

Kot-kot penjenayah ke. Ape ke. Arghhhh!! X mo!

Dia melihat di balik cermin. Ada 3 orang semua sekali. Bertambah cuak.

Orang diluar suruh membuka pintu.
Orang di dalam mengeleng dengan laju.

Orang diluar mengatakan dia pak guard u.
Orang didalam menunjukkan surat kebenaran dari dalam lab itu.

Geleng-geleng orang diluar sambil tersenyum-senyum.
Geleng-geleng orang di dalam sambil hati berdegup laju.

Akhirnya, masuk juga lelaki yang berpakaian uniform SG.
Budak perempuan duduk di luar sambil menahan pintu.

"Kenapa awak tak beri kami masuk? Kamikan berpakaian uniform. Awak ada buat salah ea?"

"Aeh...bukan-bukan. Em em em. Kalau kat rumah kan, kalau duk sorang-sorang, saya tak berani buka pintu."

Mereka tergelak kecil. Aduh! Malu budak perempuan itu.

"Haaa.....sebab itulah awak kena berteman. Taklah takut seorang-seorang macam ni."

"Hehe baik."

"Haa...Ni kenapa pakai selipar je masuk lab? Kalau kaca pecah ke kena kaki, kan susah nanti."

"Bukan.."

"Bukan lagi....!"

"Hehe. macam ni Encik. Tadi hujan lebat. Nanti kasut saya basah."

Dorang tergelak lagi. Budak perempuan terpinga-pinga.

"Haha. Dahla. Kali ni, kami lepaskan awak. Lain kali, ingat ape yang saya pesan tu. Nasib baik, awak pakai lab coat. Kalau tak, kami ambil nama awak. Bahaya tau."

"Baik Encik."

"Jangan cakap 'baik-baik', tapi tak buat."

Dushh!!

Padan muka budak perempuan itu.

Di brain wash di malam hari.

Lain kali, buatla lagi.

;)