KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, October 29, 2011

Siapa yang nak isi minyak, ajaklah saya. :D


Salam dan Haiiii! :D

Nak dengar satu cerita tak? Hehe.


Teringat suatu waktu dahulu. Masa aku kecil-kecil.

Pantang Abah bersiap kacak-kacak. Pasti, aku orang pertama bertanya,

"Abah, nak pergi mana?"

Kalau tidak diberi ikut, aku menangis macam apentah. hahaha. Mengada! Kelakar pun ada.

Dulupun, akulah orang yang paling rajin teman abah isi minyak. Bukan buat apa pun. Duduk sahaja dalam kereta sampai tangki minyak penuh. Haha. Seronok tahu! Lagi-lagi, bila abah isi minyak waktu malam.

Malam-malam, sejuk! Tengok lampu-lampu yang cantik.

Dan, aku juga 'awek kecil' abah. Selalu juga abah bawa aku pergi ngeteh. Ummi ditinggalkan. Wakaka~

Selalunya, abah akan bawa kat tempat makanan baru. Macam baru-baru nak cuba. (emm mungkin sebab itu kot aku suka rasa makanan baru, dan SUKA MAKAN. hehe)

Berlakulah perubahan zaman.

Aku bukan lagi anak kecil itu. Aku sudah menjadi sedikit dewasa.

>>>>


Ramadhan 2011. Selepas solat terawikh.

"Adik....Abah nak isi minyak ni."

"Ok. Hati-hati."

"Taknak ikut ke?"

"Taknaklah. Malas. Hehehe."

"Abah nak pergi ngeteh sekali."

"Hehe. Alaaa. Adik nak tengok tv ni."

Dia berjalan ke dapur ke depan. Tak gerak-gerak lagi untuk mengisi minyak.

"Abah tak pergi lagi? Dah malam ni."

"Em jap lagi."

Berjalan ke depan ke dapur lagi. Sambil mencuri pandang ke arah aku.

"Oklah. Jom Abah. Adik ikut," kataku. Dalam hati, adeeehh! Malasnya nak bersiap semua. Nak pakai tudung, baju lengan panjang.

Lantas, dia senyum.

Haha. Mungkin taktiknya berjaya.

Dalam kereta, aku bercerita benda yang biasa. Lesen kereta. Belajar. 'Hasut' dia suruh jangan bawa van sekolah lagi. Lampu-lampu sudah menjadi perkara biasa. Tidak macam masa aku kecil dahulu. Ada je mulut ini bertanya itu dan ini. Ada je perkara yang aku tak faham. Budak-budak kan. Cerita pun, benda yang comel-comel. Hahaha!

Terasa macam nak diputarkan waktu. Tapi, itu mustahil. Amat mustahil.

Rindu zaman kanak-kanak.

p/s: dah besar ni, rasa lain sangat. Banyak tanggungjawab. Yooooooosssssssshhhh!!!!! :D

Friday, October 28, 2011

Awak! Datang Sini Cepat!!!

Salam. Hai Kawan-kawan!!! :)

Nak melompat dengan girangnya. Nak menangis keharuan. Nak...................

PELUK AWAK SEMUA KETAT-KETAT!!!!!




Sebab itulah saya nak awak semua datang sini!

Susah nak cakap. Tapi, saya memang sangat beruntung punya awak sebagai kawan saya. Real dan Maya.

Saya memang menjadi silent reader sekarang ini.

Tapi, awak masih sudi jengah blog saya ini.

Awak sudi memberi komen pada entry saya.

Awak sudi cakap "hai" kat saya.

Awak sudi nak menghiburkan saya.

Awak sudi nak belanja saya makan.

Awak sudi buat makanan untuk saya.

Awak sudi nak dengar kesedihan saya.

Awak sudi jadi group partner saya.

Awak sudi bergelak ketawa dengan saya.

Awak sudi memaafkan saya.

Most of all, AWAK SUDI KAWAN DENGAN SAYA! :')

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih sangat-sangat.

Saya bersyukur dapat awak!

Saya beruntung kenal awak!

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini!

Awak,
Saya tak tahu macam mana nak balas segala kebaikan dan budi yang awak taburkan. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa supaya Allah dapat membalas semua itu dengan sebaik-baik kebaikan. Saya, kadang-kadang tak mampu jadi seorang kawan yang baik. Saya minta maaf. Tapi, awak, memang baik sangat. Saya tahu itu.

Marah-marah awak pada saya pun, tetap awak masih maafkan saya. Kecil-kecil hati awak pun, awak tetap nak tegur saya. Malu saya pada diri ini.

Senang cite, saya memang bangga ada awak! Ya. Saya tak tipu.

Macam mana saya sayang keluarga saya, saya juga sayang awak! Sebab itulah, saya sedih kalau ada kawan saya kena buli, kena marah, bersedih. Sebab, saya rasa, tanggungjawab saya untuk protect awak. Walaupun, kadang-kadang tu, macam awak yang jaga saya. Haha.

Saya down, awak bagi ayat motivasi. Awak down, saya pulak bagi ayat motivasi. Tak ke comel tu? Hehe. Saya tahu. Sebenarnya, kita saling memotivasikan diri sendiri. Tapi, takpelah. Asalkan kita semua bahagia.

Hoyeaaaayyhhh!! Ok. Sampai sini dulu.

Assalamualaikum.

The beautiful things that I have right now, is YOU! =)


Tuesday, October 25, 2011

Mempositifkan Segala yang Negatif

Salam Kawan-kawan. :)

Ye. Aku sedang lakukan ini.

Mempositifkan diri sebab banyak sangat negatif yang aku nampak.

Kalau susah sekali pun, aku cuba menjadikan ia neutral.

At least, takdala sampai negatif itu semakin bertambah kan?

hehehe.

My ATTITUDE will always be based on how you TREAT me.

Simple.

I can bear it alone. (konon jela)

I'm sorry.

I can take it if you just criticize me. But, once you've criticizes my friends, I don't know how to interact with you anymore.

Privasi aku dicabuli. Auuuuwww..hoho.

Ya Allah.
Bukakanlah pintu hatiku untuk memaafkan orang lain. Kerana, aku juga tak sempurna. Pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.

Aku harap, aku boleh bertindak seperti kata-kata ini;

2 perkara yang kita perlu ingat
1) KEBAIKAN ORANG pada kita
2) KEBURUKAN KITA pada orang

Amiin. :)

Ok. Jom sambung baca ayat yang panjang-panjang semula. Sekian.

Saturday, October 22, 2011

Kesedihan

Salam.

Terasa ingin mencoretkan sesuatu.

Semalam.
Seperti biasa, aku dan kawan-kawanku bersarapan terlebih dahulu di Kafe Siswa. Makan ringan-ringan dahulu. Kuih-muih selalunya.

Makcik di kaunter itu membuka radio apentah. Banyak lagu keudara. Ada di antaranya merupakan lagu kegemaran kami, jadi, kami bernyanyi perlahan-lahan mengikut rentak. Kadang-kadang mengikut di dalam hati. Normal.

Tiba-tiba.....
Lagu Andaiku Tahu-Ungu keudara.

Aku dan teman-temanku mula ingin mengikut rentak lagu itu. Memuhasabahkan diri. Tapi, baru sahaja perkataan itu mahu menyanyi, Makcik kaunter itu menutup radio tersebut.

Automatically, kami tercakap "alaaaaa". Tanpa pengetahuan kami, Makcik di kaunter itu telah mendengarnya. Terkejut sebenarnya sebab makcik itu membalas "alaaaaa" kami dengan............

"Maafkan makcik ye nak. Anak menantu makcik baru meninggal."

Tidak semena-mena kami semua terdiam. Menyesali dengan perkataan yang tidak sepatutnya itu.

Mungkin, kematian itu baru berlaku.

Aku faham perasaan makcik itu.

Sedih. T_T

********************

Apakah pengajaran yang kita dapat dari cerita di atas?

1. Jangan cakap perkataan yang tidak sepatutnya. Senang cite, berfikir sebelum berkata. Huhu.

2. Tak semua orang tahu kita sedang bersedih. Yelah. macam makcik itu, kalau kami tahu dia sedang bersedih, sudah tentu kami menjaga pertuturan kami. Huhu.

3. Korang rasa ape lagi? Emmmm.

Thursday, October 20, 2011

kejam

ehehe.

Rasanya, aku macam kejam. Pada diri, kawan dan Ummiku. Yes I am.

Tak patut? entahla.

Aku ada alasan kenapa aku buat macam tu. Tapi, bila aku renung balik, itu bukan alasan, tapi lebih seakan melarikan diri sebenarnya. Sangat tak patut. Sangat tak bagus.

Haha. Ayat aku pun sudah tunggang terbalik. Macam-macam aku fikir.

Keluarga. Kawan. Diri sendiri.

Kadang-kadang tu, nak je jadi lembik, mengada, buat sikit, tak boleh..

yelah..sebab ramai orang kata aku kuat (kononnyala). Mungkin, sebab aku kuat inilah, banyak dugaan hempap atas aku.

Astaghfirullah.....Ya Allah. Hina sungguh hamba Mu ini. Lemah sungguh hambaMu ini. Sangat tak bersyukur! Engkau ampunilah aku ya Allah. Ampuni aku atas keterlanjuran kata-kataku, tindak-tandukku, bisikan hati nuraniku. Aku sangat tak berdaya ya Allah. Lemah. Hanya Engkau yang Maha Mendengar isi hatiku.

T_T

Memang. Aku tahu ramai yang sudi dengar masalah aku. Tapi, aku tak reti bercerita. That's my bad!! Damn BAD!

To tell all of you the truth, sudah 3 malam aku tak boleh tidur. Air mata aku kering.

Emm itulah. Kadang, malas nak taip pape kat sini. Macam meminta simpati dan blablabla. Tapi, sekali lagi, ini hanya luahan hati aku. Apa yang aku rasa di lubuk hati aku.

Dan aku tak suka diri aku sekarang ni sebenarnya.

Kejam!

too harsh!

Seriously........... T_T

Maafkan saya semua.

Saturday, October 1, 2011

Kenapa private?

:)

Mula-mula ingat nak tutup atau delete terus.

Delete? Amat mudah bagi aku. Tapi, fikir, sangat tak adil bagi kamu, kenalan alam maya aku. Selama ini, kamu yang bagi dorongan, semangat, nasihat pada aku.

Kamu sudi membaca tulisan aku.

Yang kadang-kadang itu hanya luahan kesedihan aku semata. Tiada langsung input-input yang baik yang boleh dijadikan pedoman mahupun tauladan.

Tak adil juga pada diri aku. Kerana aku sudah mula menyayangi kamu seperti kawanku di dunia sebenar.

Masa inilah aku boleh bercerita sebebasnya kepada kamu yang berada dalam 'private list' aku.

Diary aku.
Muhasabah diri aku.
Perjalanan hidupku.
Apa-apa sahaja yang aku terasa nak berkongsi.

Ini juga salah satu cara untuk aku kembali ke titik asal. Menjadi seorang yang tidak dikenali. Menjadi diri aku yang selayaknya untuk aku.

Biarlah.
Biarlah blog ini hanya untuk aku dan kamu wahai kawan-kawanku yang sudi membaca dan menyelami hati.

Aku sangat berterima kasih kepada kamu sekalian kerana sudi bersama-sama aku walaupun di alam maya.
Sudi menyelami dan memahami.
Sudi membaca segalanya.
Hehe.
Thanks tau.

Aeh-aeh...Tapi minta maaf tau kalau blog ini membosankan. Jangan menyesal naa. Hihi. ;)

Sampai di sini dahulu.

Terima kasih sekali lagi. :)

p/s: blog selamat ditutup jam 10:20am (plus minus 5), 1 Oktober 2011. Peace! ^^V

nunama, 2011

Sebulan Berlalu..

Salam Semua. :)

1 September lalu, abah pergi tinggalkan kami.

1 Oktober ini, merupakan hari kelahiran abah.

Angka yang mudah. Senang nak ingat.

:)

Bila tengok handphone, nombor pertama dalam list aku, "Abah".

Selalunya, bila jauh, masa besday abah, aku akan call dan nyanyi. Nanti mesti abah ketawa dengar aku nyanyi.

"kekekekeke"

So sweet!
Abah... Selamat Hari Jadi! :)
Semoga Abah punya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dulu, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dulu, isteri yang lebih baik daripada isteri yang dulu. Dimasukkan di dalam syurga dan dihindari daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab neraka. (sebahagian terjemahan Doa Tahlil)

p/s: Kalau dulu, bila telefon nak cakap dengan Ummi, mesti Abah sengaja lengah-lengahkan waktu. Nak cakap dengan aku. Nak borak dengan aku.
Rindu betul!

Sebulan. Terasa macam bertahun.

Ya! Aku akan cuba dengar nasihat kawan aku. Jangan bersedih terlalu lama. Aku cuba. Tapi, bila teringat, memang tak boleh nak berhenti.

People never dies...really. Death only a transition, from this life to another. Goodbye is not forever. Goodbye is not the end. Goodbye is just another word to say I'll miss you. After all, in the end, we all will go through the transition and meet the one we missed on the other life.
(NIS, 2011)


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid 57: 22-23)

Maka, sudahlah! Janganlah kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Terima kasih ya Allah kerana pernah meminjamkan Abah dalam hidupku. Abah yang baik. Abah yang memahami. Abah yang cukup segalanya. Terima kasih banyak-banyak. :')

I am proud to have you as my Abah even just for a while.
I am proud to put your name behind mine.
Love you so much! :D



1 OKTOBER 2011.
Genaplah umur Abah 73 tahun. Abah... We will miss you. Always. :)

Oh ye..
1 OKTOBER 2008.
Abah disahkan menghidap penyakit jantung.
Sempat juga aku dan kakak aku 'menginap' di IJN.

"Kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran. Perginya ditangisi kerana kehilangan"

Abah.. Damailah dikau di sana. :)