KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, October 28, 2011

Awak! Datang Sini Cepat!!!

Salam. Hai Kawan-kawan!!! :)

Nak melompat dengan girangnya. Nak menangis keharuan. Nak...................

PELUK AWAK SEMUA KETAT-KETAT!!!!!




Sebab itulah saya nak awak semua datang sini!

Susah nak cakap. Tapi, saya memang sangat beruntung punya awak sebagai kawan saya. Real dan Maya.

Saya memang menjadi silent reader sekarang ini.

Tapi, awak masih sudi jengah blog saya ini.

Awak sudi memberi komen pada entry saya.

Awak sudi cakap "hai" kat saya.

Awak sudi nak menghiburkan saya.

Awak sudi nak belanja saya makan.

Awak sudi buat makanan untuk saya.

Awak sudi nak dengar kesedihan saya.

Awak sudi jadi group partner saya.

Awak sudi bergelak ketawa dengan saya.

Awak sudi memaafkan saya.

Most of all, AWAK SUDI KAWAN DENGAN SAYA! :')

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih sangat-sangat.

Saya bersyukur dapat awak!

Saya beruntung kenal awak!

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini!

Awak,
Saya tak tahu macam mana nak balas segala kebaikan dan budi yang awak taburkan. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa supaya Allah dapat membalas semua itu dengan sebaik-baik kebaikan. Saya, kadang-kadang tak mampu jadi seorang kawan yang baik. Saya minta maaf. Tapi, awak, memang baik sangat. Saya tahu itu.

Marah-marah awak pada saya pun, tetap awak masih maafkan saya. Kecil-kecil hati awak pun, awak tetap nak tegur saya. Malu saya pada diri ini.

Senang cite, saya memang bangga ada awak! Ya. Saya tak tipu.

Macam mana saya sayang keluarga saya, saya juga sayang awak! Sebab itulah, saya sedih kalau ada kawan saya kena buli, kena marah, bersedih. Sebab, saya rasa, tanggungjawab saya untuk protect awak. Walaupun, kadang-kadang tu, macam awak yang jaga saya. Haha.

Saya down, awak bagi ayat motivasi. Awak down, saya pulak bagi ayat motivasi. Tak ke comel tu? Hehe. Saya tahu. Sebenarnya, kita saling memotivasikan diri sendiri. Tapi, takpelah. Asalkan kita semua bahagia.

Hoyeaaaayyhhh!! Ok. Sampai sini dulu.

Assalamualaikum.

The beautiful things that I have right now, is YOU! =)


4 org berkongsi rasa:

yon [REPLY]said...

nges...:( love u tooo....

nabilah_2908 [REPLY]said...

akak tak tau nak komen apa...hehe..

tapi sangat sweet..!! :)

azana [REPLY]said...

salam...

teharunya... kata2 awak 2 sangat sedap dan manis untuk di dengar..hehe

pape pom... apa yang awak tulis ni saya tuju untuk awak sendiri jugak..hehe

adehhh...x mampu nk tulis cam Nur..hehe

nunama [REPLY]said...

Yon: saya tahu. Awak mmg baik. :D

Kak Nabilah: sweet mcm akak! U deserve that, akak. :D

Azana: wassalam. haha. awak tulis pun best la. ternanti2 walaupun x komen. hehe. papepun, thanks. terhasil sebab korang2 yg osem! dan dr Dia juga. :D