KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, June 27, 2014

Kisah Minggu Ini.

Assalamualaikum.
Hai.

Minggu ini minggu tak duduk diam.
Isnin dan Selasa ada kursus.

Masuk hari Rabu da mula ada kes.
Sebab dorang hilang ingatan.
Allah.
Sabarkan sahaja hati.
Menangis sekejap sebab geram.

Perempuan.
Menangis bukan sebab lemah tau.
Cuma sedang membina kekuatan dalaman.
Korang yang lelaki ape tahu?

Haha.

Masuk hari Khamis.
Customer datang melawat.
Semua bersiap sedia.
Dan aku pon ada trainer datang.
Tak wujud sekejap dalam plant.

Suddenly, budak office call.
Ada kes pasal orang hilang ingatan juga.
Haih.
Tak tahulah aku.

Takkan setiap kali ada kes nak kena ingatkan.
Dah tak pepasal glamour kejap aku.
Sebab semua orang cari aku.
Lol!

Emm nama aki dah kena banned dah dengan dorang nih.
Emm..saya hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh bos saya.

Dah femes dah aku.

Buruk wallahualam.
Baik, hopefully.

Oklah.
Bai.

Penat dah ni.
Drained product harini.
Pheww.

Selamat malam.
😊

Monday, June 23, 2014

Nur 'Aisyah.

Assalamualaikum.
Hai.

Semoga harini lebih bahagia dan gembira.

Macam nak update dekat twitter. Tapi, macam panjang nak tulis. So, end up tulis dekat blog jelah.

Boleh membebel panjang sikit.

Nur 'Aisyah.
Seorang lagi anak saudara yang aku jaga. Bukanlah jaga keseluruhannya, tapi boleh la dalam 10 bulan ni membesar depan mata aku.

Semalam had a conversation dengan kakak aku. Sebenarnya, macam aku yang manjakan budak kecil ni.

Haha. Mana taknya, pantang aku balik keje aku lah membebel bebel dengan dia.

Semalam, bila aku balik keje, tersengih bukan main. Haiih geram!

Pastu, bila aku tak ambil dia, mula lah merajuk. Budak kecil budak kecil.

Macam mana aku tak rasa gembira dan teruja tengok budak kecil?

Entah bila dapat pegang anak sendiri.
Ohh so sweet.

😊

Sunday, June 22, 2014

Publish.

Assalamualaikum.

Hai. Lama tak bercerita di sini.

Terasa berpaling tadah dari blog. Hehe.

Bila ada kawan ingatkan aku tentang blog, terus terasa ingin mencoret sesuatu.

Mungkir janji.

Dulu, pernah berjanji nak buat satu buku tentang kenangan di sekolah menengah. Tapi, terasa payah. Banyak kenangan telah hilang disebabkan garis masa yang terlalu jauh. Kenangan itu hanya wujud dan "pop up" bila sinaps bersambung pada memori lama.

Haih.

Bilakah? Cuba mencungkil tapi tidak terukir.

Tidak mengapa.

Masih ada peluang dan ruang. Cuma perlu diingat, masa lapang begitu sebentar. Untuk memikirkan kenangan silam, kadang-kadang, hanya menggores hati sendiri. Baik menjadi pemikir untuk masa hadapan supaya boleh terus mengorak langkah.

Masa silam, jadikan panduan untuk membina sahsiah yang lebih unggul dan jitu.

Semoga tabah pada hati-hati yang rapuh.

Doa supaya Allah masih menjaga hati-hati kita.
Cuba maafkanlah orang yang telah melukakan hati-hati kita.

Semoga kamu beroleh mendapatkan hati yang bahagia.
Aamiiin.
😊

Publish!