KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, December 23, 2011

Kosong.

Di saat waktu berhenti, kosong!
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga.
Lalu diri menjadi hampa.
-Dian Sastro-

Semudah A B dan C semasa darjah 1.

Masing-masing punya jalan hidup masing-masing.
Kata-kata hanya tinggal kata-kata.
Entah kemana pergi kata semangat.
Entah kemana pergi seribu janji.

Diam.

Yang dengar menjadi pekak.
Yang celik menjadi buta.
Yang bersuara menjadi bisu.

Hilang.

Promise is like a snowballs. Easy to make. But hard to keep.

Semoga jalan yang dipilih memberi suatu kepuasan dalam diri.

Kepuasan yang bagaimana yang kamu inginkan?
Sendiri ada jawapannya.

Ketuk-ketuk meja, berfikirlah.

Sunday, December 18, 2011

Masa!

Salam Ceria! ^__^

(botanical garden, 20102011)

Tadi, dapat planner free through email.

Cuak!

Masa,
Sekali terlepas, takkan hadir lagi peluang kedua.

Hari,
Sentiasa berganti.

Bulan,
Datang bersilih.

Tahun,
Tidak perasan bila habisnya waktu.

Sekejap sangat.

Tanpa sedar, beberapa saat sudah berlalu.
Tanpa sedar, beberapa minit sudah terlepas.
Tanpa sedar, beberapa jam sudah habis.
Tanpa sedar, hari sudah berganti.
Tanpa sedar, bulan sudah bertukar.
Tanpa sedar, tahun baru akan menjelma.

Apakah amal kita sepanjang ini?

Hargai masa anda!

Tuesday, December 13, 2011

Ukhwah dan Hati


Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua. :)

Ukhwah itu Tautan Hati

Alhamdulillah. Rasa nikmat berukhwah. Walau jauh dimata, tapi tetap dekat di hati. Indah. Sungguh indah.

Walau jasad terpisah jauh.
Walau tidak bertemu muka.
Terasa dekat.
Terasa harum.
Terasa nikmat.
Sehingga senyum sampai ke telinga. :)

Kadang-kadang ramai orang yang salah anggap akan aku.
Apabila aku senyum tengok handphone.
Apabila aku senyum baca mesej.
Apabila aku senyum sorang-sorang.
Apabila aku senyum dapat hadiah.

Kononnya dari pujaan hati.
Ah! Pemikiran yang tipikal.

Padahal, diorang tidak mengerti.
Itu merupakan pemberian daripada kaum sejenisku.
Aku teringat akan kenangan pahit, manis, suka dan duka bersama mereka.
Kami berukhwah.
Kami saling sayang.
Kami saling rindu.

Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya.
Dia sakit, aku rasa.
Aku sakit, dia dapat hidu.
Sangat manis macam madu.

Kalau ada yang menganggap bukan-bukan, kamu perlu muhasabah diri sendiri.
Takut-takut, kamu yang lakukan itu.
Takut-takut, ada titik hitam dalam diri.
Kan tidak elok?
Atau, kamu cemburu lihat keakraban kami? Senyum dalam hati. Hehe.

Ukhwah ini memang indah.
Paling utama, kerana Mu, Ya Allah.

:D

Sunday, December 11, 2011

Bersendiri

Salam Semua. :)

Alhamdulillah. Rasanya, sudah cukup lama aku private blog ini.
Kini, biarlah, blog ini menjadi satu medan ilmu yang mungkin sedikit sebanyak menambahkan amalku.
Medan muhasabah diriku.
Medan aku berlawan dengan nafsu.
Medan untuk ketenangan diriku.

Entry yang sebelum ini akan aku cuba sorokkan sikit-sikit (simpan dalam hatiku).
Tinggalkan beberapa yang baik untuk dijadikan tauladan dan pedoman.

Sangat mendahagakan tarbiyyah untuk makanan rohani.
Terasa hidup terumbang ambing.

Hidup untuk apa?

Berfikir sejenak. Aduuh! Malu pada diri.

Kayuh pelan-pelan mencari semula diri aku yang semakin hilang.
Entah kemana.
Balik la semula. Sini sini. Hehe.

Sebab itu aku macam nak bersendiri sebentar.
Deactivate sekejap FB.
Harap-harap classmate aku tak bagi apa-apa news kat sana. Walaupun, dorang memang akan bagi kat sana. Adeeeh!  =_="

Ok. Sementara itu, mari kita layan lagu ini.


Ehem! Bukan bermakna aku sudah berpunya. Harap maklum.
Best kan? ;)

Akhir sekali, jom puasa sunat Isnin Khamis.
Jangan lupa baca Al-Mathurat dan Solat Sunat Dhuha sekali.
Sibuk je semedang. Haisyh!

Dear My Imam yang tak tahu siapa,
Nanti kita buat sama-sama ye. ;)

Saturday, November 26, 2011

Pengakhiran Tahun. Permulaan Tahun.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Dengan keizinanNya juga, aku masih bernafas di bumi ini.
Dengan keizinanNya juga, aku dapat membaca doa akhir dan awal tahun.
Dengan keizinanNya juga, bermulalah satu tahun yang baru.

Terasa rindu,
Untuk ditarbiyyah.
Untuk di'brain wash'.
Untuk menambahkan amal yang semakin berkurang.

Kerana,
Diri terlalu sibuk dengan FYP (kononnya).
Diri terlalu sibuk dengan ujian dan tugasan (kononnya).
Diri terlalu sibuk dengan hiburan yang melalaikan yang (kononnya) mampu memberikan ketenangan.

Ya Allah..
Apakah ertinya semua ini?

Adakah Engkau sedang menguji aku?
Atau adakah tiada lagi cintaMu untukku?

Menitik air mata ku ini.

Menitik air mata lagi.

Menitik air mata untuk entah keberapa kali.

Terasa sayu sungguh malam ini.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepadaku.
Kerana aku tak mampu hidup tanpa hidayah dan cahayaMu ya Allah.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Kau ampunkanlah dosa-dosaku. Yang kini atau sebelumnya dan yang mendatang.
Aku takut ya Allah. Aku takut sekiranya Engkau tidak redha akan kehidupanku selama ini.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Engkau berikanlah aku sahabat,teman dan sesiapa sahaja yang sering mengingatkan aku kepadaMu.
Tidak lari dari mengingatiMu.
Tidak meninggalkan Mu.
Tetapi, sekiranya itu merupakan dugaan ke atas diriku, ku pohon dariMu,
bawalah kami bersama-sama supaya sentiasa mengingatiMu dalam keadaan senang mahupun susah.

Ya Allah,
Kau ampunkanlah kami. Kau ampunkanlah kami. Kau ampunkanlah kami.

Sesungguhnya, kami hanyalah hambaMu yang hina.
Yang sentiasa memerlukan Engkau dalam setiap perbuatan
Yang sentiasa perlu bergantung harap kepada Engkau dalam setiap tindakan.
Yang sentiasa ingin Engkau dalam hati kami setiap waktu dan ketika.

Ampunkanlah kami.... Ampunkanlah kami.... Ampunkanlah kami....
Amiin Ya Rabbal Alamin.

"Adik...Malam ini awal Muharram. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun."
Baik Abah. Adik tak lupa. :') 

Thursday, November 24, 2011

Hari Lahir

Sampai satu tahap, tak teringin nak sambut besday.

Tak tahu kenapa. 2 3 tahun ni, mesti pada malam besday aku, aku adalah orang yang tido awal. Bukan sengaja, tapi ter. Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi itulah realitinya.

pernah sahaja kawan aku nak buat surprise tapi, aku tertido dengan lena. Last-last bangun jam 3 pagi. Huahaha. Berterima kasih kepada Dia kerana memanjangkan umur aku. Alhamdulillah. :)

Ada peristiwa sedih yang aku dapat semasa menyambut besday seseorang.

Abah...
1/10/2008
Abah tiba-tiba sakit dada. Waktu ini adalah first day raya bagi tahun itu. Sedih! Hari berikutnya, kami dapat tahu abah ada sakit jantung.
Sejak itu, abah buat medical check-up every 3 months kat IJN sampai sekarang.

Ummi...
22/4/2011
Bangun pagi keesokannya, Ummi tiba-tiba tidak boleh mengeluarkan suara. Kaki juga terasa berat. Ummi kena strok! Padahal, kami adik-beradik sudah merancang untuk menyediakan sedikit jamuan makan-makan untuk beliau. Kebetulan, abang aku ada di rumah. Dengan segera, Ummi diurut. Petang itu juga, Ummi dibawa untuk berurut.

Apa-apapun, sekarang ini, kesihatan diorang baik sedikit. Alhamdulillah. :)

******

Ini entry yang aku buat 23 hari sebelum kehilangan Abah. Entah kenapa, aku tak publish.

Bukti:


Lagu yang aku tengah layan sekarang ini:

PATAH SERIBU by Shila Amzah

Seriously, bila dengar lagu ini, memang teringat kat Abah. :)

Oklah. Selamat menjalani hidup ini dengan bahagianya. Disamping tidak lupa mengingatiNYA. =)

Saturday, November 12, 2011

Alhamdulillah. =)

Salam Kawan-kawan! :)

Semoga semuanya mendapat kasih sayang dan rahmat dariNya yang MAHA ESA. Amiin. :D

Alhamdulillah.

Umurku sudah pun menginjak 22 tahun pada 10 November 2011 yang lalu. Terasa sekejap benar masa berlalu.


Subhanallah. Alhamdulillah. Tak sangka ada yang mengingati saat kelahiran aku.

Terima kasih temansahabat, kaum keluarga. Terima kasih semua! :')


Walaupun Cik Sai lambat mengucapkan selamat ke atas ku, tapi beliau sudah awal-awal lagi memberikan aku hadiah. CD yang bermanfaat. Dan aku sudah perdengarkan kepada Ummi ku. Hehe.

Tepat kul 00:00 10/11/11, dapat mesej dari Cik Ida. Hehe. Terkejut saya. Ingatkan beliau tidur awal.

Kemudiannya, kakakku Ain bagi mesej. Hehe. Nangis baca mesej beliau. Tapi, tak reply pun. Sebab, lepastu, mesej benda lain. Kehkehkeh. Tapi, beliau belanja makan sate Wak Radol sebelum bertolak pulang ke Penang.

Dan dapat mesej dari Fiera, Yuni, KakCik, Alang dan Aidhill. Hehe. Walaupun agak lewat, tapi tidak mengapa. Aku masih tersenyum (da macam dapat mesej dari pakwe je lagaknya. haha). Bak kata omputih, "Better late than never."

Di FB, terkejut aku bila Eng Keng (classmate kat USM) wish besday! Haha. Yelah. Aku memang invisible kan tarikh lahir aku. Tiba-tiba dia wish. Memang terharu la.

Kemudiannya, Abang Zaki belanja makan KFC. Kak Ina pula masak udang rendang. Haisyh! Sedap2! Makngah aku, buat daging masak kicap. Walaupun bukan pada hari lahirku, tapi itu semua untuk meraikan aku. Hehe. Makan-makan ini masa hari Jumaat. Alhamdulillah. Rezeki!

Malamnya, Angah aku belanja aiskrim McFlurry dan waffle. hehe. Seronok tahu makan aiskrim! Bahagia. Hehe. Dan aku juga dapat topup free. Huahaha. Silalah jeles! heee

Sebelum Abg Zaki pulang ke Mersing selepas hantar aku di Johor Bahru, beliau sempat bagi aku marshmallow. hehe. Padahal, aku yang minta. Sebab macam sedap tgk anak dia makan. Haha!

Sampai USM pula, aku check emel. Jengjengjeng............

Surpriseeee!!!

Rupanya, Cik Umairah bagi aku puisi dan sekeping ala2 kad hari jadi pada aku. Masa malam hari lahirku tau dia hantar emel itu. Waaaaah! Terharu aku dibuatnya. Ingatkan beliau tak tahu. Huhu. Rasa nak cubit dia kuat-kuat. Lalalala~ Haha!

Kak Nabilah pula post di comment blog ku. Alahaiiii... Comel betul! hehe

Dan tadi, semasa buat group discussion ngan Cik Ida, beliau bagi aku calendar. Dalam kalendar itu, hehe....dia bagi 'ayat-ayat cinta'. Malu saya. Haha!

Papepun, terima kasih banyak-banyak pada awak-awak semua!!! :D

Rasa dihargai. Rasa disayangi. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Semoga doa yang kalian titipkan akan dapat juga kepada kalian semua. Amiin. 

Sayang sangat kat korang. Semoga Allah pelihara hubungan kita. Amiin.

=)

Ok. Aku sebenarnya tak teringin nak menyambut hari lahirku. Tak mahu mengingatkannya langsung. Tak mahu ketahuan langsung oleh sesiapa.

Sebab, tahun ini macam tahun kesedihan buatku.

Hehe. Macam-macam yang berlaku. Tidak mengapa. Ujian adalah tarbiyyah dari Allah.

Tapi, aku bersyukur kepadaMu ya Allah. Engkau memberikan aku orang-orang yang turut menyayangi aku. Yang meraikan hari jadi ku. Bukan bermakna kalau mereka tidak meraikan, mereka tidak menyayangi aku.

Cuma, mereka yang mengucapkan selamat dan kirimkan doa ke atasku telah menyedarkan aku.

Bahawa, hidup ini cuma sementara dan buatlah amal sebanyaknya dengannya. Manfaatkan umurku. Hiduplah dengan terus pandang kehadapan.

Kalau difikir dan direnung kembali sepanjang 22 tahun aku hidup di bumi Tuhan ini, apakah yang telah aku lakukan?

Apakah amal kebaikan yang aku perbuat?

Apakah solatku, puasaku, senang cite ibadahku selama ini diterima?

Apakah aku benar-benar ikhlas melakukan sesuatu kebaikan?

Apakah aku layak dapat ganjaranNya?

Semua itu membuatkan aku tersentak! Semua itu membuatkan aku terdiam!

Siapa aku?

Ya Allah.
Terasa sungguh kerdil diri ini.

Ada dengar cerita. Katanya, saat kematian kita dekat dengan hari kelahiran kita.

Bila teringat itu, teringat aku akan arwah abah. Kematiannya, sebulan sebelum ulangtahunnya. Tapi, pada tarikh ulangtahun perkahwinannya (dalam Islam).
Bila teringat itu, teringat aku akan ummi. Strok yang menyerangnya pada hari lahirnya.

Berdebar hatiku bila tiba hari lahirku.

Arwah abah selalu pesan. Dan insyaAllah setakat ini, kalau termampu, aku memang lakukan.

Bila tiba hari lahir kita;
>>Bangunlah sepertiga malam. Mengucapkan syukur kepadaNya atas nikmat umur dan segala nikmat-nikmat yang lain.
>>Puasa. Tanda kita menghargainya.
>>Kalau susah nak bangun malam, subuh itu, bersujud syukurlah. Jangan pernah lupa ucapkan syukur kepadanya.
>>Kalau boleh, lakukan solat sunat taubat. Mana tahu, ada lagi dosa kita yang tidak terampun.

Ada baiknya. Ada benarnya.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan hambaNya yang bersyukur. Amiin. :D

Ok. Setakat ini dahulu. Wassalam.

Thursday, November 3, 2011

Seronoknyeeee...!

Salam. :D

Semalam, ziarah Kakchik Izzah (mantan sebuah organisasi yang aku join kat USM ni) dan keluarga. Seronok! Dapat makan free. Aeh2. Dapat mengeratkan lagi ukhwah. Hehe.

"Terasa sihat bila adik-adik datang rumah. Itulah ukhwah."

Waaaah! Terharu. :')

Ok. Itu intro je.

Pastu, malam tadi, lebih kurang jam 12.30 (awal pagi). Baru je ingin melelapkan mata dan tarik selimut, tiba-tiba, handphoneku berbunyi..

Emm agak pelik jugala. Jarang malam-malam hp ni keluarkan nadanya.

Baca jugakla message tersebut.

"I'm sorry I have to cancel our discussion for your project tomorrow due to other meeting that I have to attend."
-Prof XXX-

terus segar bugar mata aku yang hampir nak tertutup ni.

Wowww! Hebatnya Prof aku ini. Pagi-pagi buta kot. Agaknya, dorang tidur jam berapa ea? Huhu.

Pastu, berlakulah perbuatan berbalas-balas mesej antara kami sehingga 1.20am.

Kata sepakatnya,

"You should get more literature reference and you can send me your methodology through email during sem break. Selamat hari raya. Bring literature readings for next discussion after sem break."

Mmg aku tidak boleh tidur la lepastu.

Bangun pagi tadi, macam blurr. Arghhhh!

Cuti ni, saya tidak bercuti..............!

Sangat "seronok"! :D

p/s: masa aku hantar proposal aku minggu lepas, jam 3am lebih kurang, jam 8am tu jugak da dapat feedback dari beliau. Pantas, tangkas dan tuntas! Baguskan?

Terasa kecil diri ini. =_="

Saturday, October 29, 2011

Siapa yang nak isi minyak, ajaklah saya. :D


Salam dan Haiiii! :D

Nak dengar satu cerita tak? Hehe.


Teringat suatu waktu dahulu. Masa aku kecil-kecil.

Pantang Abah bersiap kacak-kacak. Pasti, aku orang pertama bertanya,

"Abah, nak pergi mana?"

Kalau tidak diberi ikut, aku menangis macam apentah. hahaha. Mengada! Kelakar pun ada.

Dulupun, akulah orang yang paling rajin teman abah isi minyak. Bukan buat apa pun. Duduk sahaja dalam kereta sampai tangki minyak penuh. Haha. Seronok tahu! Lagi-lagi, bila abah isi minyak waktu malam.

Malam-malam, sejuk! Tengok lampu-lampu yang cantik.

Dan, aku juga 'awek kecil' abah. Selalu juga abah bawa aku pergi ngeteh. Ummi ditinggalkan. Wakaka~

Selalunya, abah akan bawa kat tempat makanan baru. Macam baru-baru nak cuba. (emm mungkin sebab itu kot aku suka rasa makanan baru, dan SUKA MAKAN. hehe)

Berlakulah perubahan zaman.

Aku bukan lagi anak kecil itu. Aku sudah menjadi sedikit dewasa.

>>>>


Ramadhan 2011. Selepas solat terawikh.

"Adik....Abah nak isi minyak ni."

"Ok. Hati-hati."

"Taknak ikut ke?"

"Taknaklah. Malas. Hehehe."

"Abah nak pergi ngeteh sekali."

"Hehe. Alaaa. Adik nak tengok tv ni."

Dia berjalan ke dapur ke depan. Tak gerak-gerak lagi untuk mengisi minyak.

"Abah tak pergi lagi? Dah malam ni."

"Em jap lagi."

Berjalan ke depan ke dapur lagi. Sambil mencuri pandang ke arah aku.

"Oklah. Jom Abah. Adik ikut," kataku. Dalam hati, adeeehh! Malasnya nak bersiap semua. Nak pakai tudung, baju lengan panjang.

Lantas, dia senyum.

Haha. Mungkin taktiknya berjaya.

Dalam kereta, aku bercerita benda yang biasa. Lesen kereta. Belajar. 'Hasut' dia suruh jangan bawa van sekolah lagi. Lampu-lampu sudah menjadi perkara biasa. Tidak macam masa aku kecil dahulu. Ada je mulut ini bertanya itu dan ini. Ada je perkara yang aku tak faham. Budak-budak kan. Cerita pun, benda yang comel-comel. Hahaha!

Terasa macam nak diputarkan waktu. Tapi, itu mustahil. Amat mustahil.

Rindu zaman kanak-kanak.

p/s: dah besar ni, rasa lain sangat. Banyak tanggungjawab. Yooooooosssssssshhhh!!!!! :D

Friday, October 28, 2011

Awak! Datang Sini Cepat!!!

Salam. Hai Kawan-kawan!!! :)

Nak melompat dengan girangnya. Nak menangis keharuan. Nak...................

PELUK AWAK SEMUA KETAT-KETAT!!!!!




Sebab itulah saya nak awak semua datang sini!

Susah nak cakap. Tapi, saya memang sangat beruntung punya awak sebagai kawan saya. Real dan Maya.

Saya memang menjadi silent reader sekarang ini.

Tapi, awak masih sudi jengah blog saya ini.

Awak sudi memberi komen pada entry saya.

Awak sudi cakap "hai" kat saya.

Awak sudi nak menghiburkan saya.

Awak sudi nak belanja saya makan.

Awak sudi buat makanan untuk saya.

Awak sudi nak dengar kesedihan saya.

Awak sudi jadi group partner saya.

Awak sudi bergelak ketawa dengan saya.

Awak sudi memaafkan saya.

Most of all, AWAK SUDI KAWAN DENGAN SAYA! :')

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima kasih sangat-sangat.

Saya bersyukur dapat awak!

Saya beruntung kenal awak!

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini!

Awak,
Saya tak tahu macam mana nak balas segala kebaikan dan budi yang awak taburkan. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa supaya Allah dapat membalas semua itu dengan sebaik-baik kebaikan. Saya, kadang-kadang tak mampu jadi seorang kawan yang baik. Saya minta maaf. Tapi, awak, memang baik sangat. Saya tahu itu.

Marah-marah awak pada saya pun, tetap awak masih maafkan saya. Kecil-kecil hati awak pun, awak tetap nak tegur saya. Malu saya pada diri ini.

Senang cite, saya memang bangga ada awak! Ya. Saya tak tipu.

Macam mana saya sayang keluarga saya, saya juga sayang awak! Sebab itulah, saya sedih kalau ada kawan saya kena buli, kena marah, bersedih. Sebab, saya rasa, tanggungjawab saya untuk protect awak. Walaupun, kadang-kadang tu, macam awak yang jaga saya. Haha.

Saya down, awak bagi ayat motivasi. Awak down, saya pulak bagi ayat motivasi. Tak ke comel tu? Hehe. Saya tahu. Sebenarnya, kita saling memotivasikan diri sendiri. Tapi, takpelah. Asalkan kita semua bahagia.

Hoyeaaaayyhhh!! Ok. Sampai sini dulu.

Assalamualaikum.

The beautiful things that I have right now, is YOU! =)


Tuesday, October 25, 2011

Mempositifkan Segala yang Negatif

Salam Kawan-kawan. :)

Ye. Aku sedang lakukan ini.

Mempositifkan diri sebab banyak sangat negatif yang aku nampak.

Kalau susah sekali pun, aku cuba menjadikan ia neutral.

At least, takdala sampai negatif itu semakin bertambah kan?

hehehe.

My ATTITUDE will always be based on how you TREAT me.

Simple.

I can bear it alone. (konon jela)

I'm sorry.

I can take it if you just criticize me. But, once you've criticizes my friends, I don't know how to interact with you anymore.

Privasi aku dicabuli. Auuuuwww..hoho.

Ya Allah.
Bukakanlah pintu hatiku untuk memaafkan orang lain. Kerana, aku juga tak sempurna. Pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.

Aku harap, aku boleh bertindak seperti kata-kata ini;

2 perkara yang kita perlu ingat
1) KEBAIKAN ORANG pada kita
2) KEBURUKAN KITA pada orang

Amiin. :)

Ok. Jom sambung baca ayat yang panjang-panjang semula. Sekian.

Saturday, October 22, 2011

Kesedihan

Salam.

Terasa ingin mencoretkan sesuatu.

Semalam.
Seperti biasa, aku dan kawan-kawanku bersarapan terlebih dahulu di Kafe Siswa. Makan ringan-ringan dahulu. Kuih-muih selalunya.

Makcik di kaunter itu membuka radio apentah. Banyak lagu keudara. Ada di antaranya merupakan lagu kegemaran kami, jadi, kami bernyanyi perlahan-lahan mengikut rentak. Kadang-kadang mengikut di dalam hati. Normal.

Tiba-tiba.....
Lagu Andaiku Tahu-Ungu keudara.

Aku dan teman-temanku mula ingin mengikut rentak lagu itu. Memuhasabahkan diri. Tapi, baru sahaja perkataan itu mahu menyanyi, Makcik kaunter itu menutup radio tersebut.

Automatically, kami tercakap "alaaaaa". Tanpa pengetahuan kami, Makcik di kaunter itu telah mendengarnya. Terkejut sebenarnya sebab makcik itu membalas "alaaaaa" kami dengan............

"Maafkan makcik ye nak. Anak menantu makcik baru meninggal."

Tidak semena-mena kami semua terdiam. Menyesali dengan perkataan yang tidak sepatutnya itu.

Mungkin, kematian itu baru berlaku.

Aku faham perasaan makcik itu.

Sedih. T_T

********************

Apakah pengajaran yang kita dapat dari cerita di atas?

1. Jangan cakap perkataan yang tidak sepatutnya. Senang cite, berfikir sebelum berkata. Huhu.

2. Tak semua orang tahu kita sedang bersedih. Yelah. macam makcik itu, kalau kami tahu dia sedang bersedih, sudah tentu kami menjaga pertuturan kami. Huhu.

3. Korang rasa ape lagi? Emmmm.

Thursday, October 20, 2011

kejam

ehehe.

Rasanya, aku macam kejam. Pada diri, kawan dan Ummiku. Yes I am.

Tak patut? entahla.

Aku ada alasan kenapa aku buat macam tu. Tapi, bila aku renung balik, itu bukan alasan, tapi lebih seakan melarikan diri sebenarnya. Sangat tak patut. Sangat tak bagus.

Haha. Ayat aku pun sudah tunggang terbalik. Macam-macam aku fikir.

Keluarga. Kawan. Diri sendiri.

Kadang-kadang tu, nak je jadi lembik, mengada, buat sikit, tak boleh..

yelah..sebab ramai orang kata aku kuat (kononnyala). Mungkin, sebab aku kuat inilah, banyak dugaan hempap atas aku.

Astaghfirullah.....Ya Allah. Hina sungguh hamba Mu ini. Lemah sungguh hambaMu ini. Sangat tak bersyukur! Engkau ampunilah aku ya Allah. Ampuni aku atas keterlanjuran kata-kataku, tindak-tandukku, bisikan hati nuraniku. Aku sangat tak berdaya ya Allah. Lemah. Hanya Engkau yang Maha Mendengar isi hatiku.

T_T

Memang. Aku tahu ramai yang sudi dengar masalah aku. Tapi, aku tak reti bercerita. That's my bad!! Damn BAD!

To tell all of you the truth, sudah 3 malam aku tak boleh tidur. Air mata aku kering.

Emm itulah. Kadang, malas nak taip pape kat sini. Macam meminta simpati dan blablabla. Tapi, sekali lagi, ini hanya luahan hati aku. Apa yang aku rasa di lubuk hati aku.

Dan aku tak suka diri aku sekarang ni sebenarnya.

Kejam!

too harsh!

Seriously........... T_T

Maafkan saya semua.

Saturday, October 1, 2011

Kenapa private?

:)

Mula-mula ingat nak tutup atau delete terus.

Delete? Amat mudah bagi aku. Tapi, fikir, sangat tak adil bagi kamu, kenalan alam maya aku. Selama ini, kamu yang bagi dorongan, semangat, nasihat pada aku.

Kamu sudi membaca tulisan aku.

Yang kadang-kadang itu hanya luahan kesedihan aku semata. Tiada langsung input-input yang baik yang boleh dijadikan pedoman mahupun tauladan.

Tak adil juga pada diri aku. Kerana aku sudah mula menyayangi kamu seperti kawanku di dunia sebenar.

Masa inilah aku boleh bercerita sebebasnya kepada kamu yang berada dalam 'private list' aku.

Diary aku.
Muhasabah diri aku.
Perjalanan hidupku.
Apa-apa sahaja yang aku terasa nak berkongsi.

Ini juga salah satu cara untuk aku kembali ke titik asal. Menjadi seorang yang tidak dikenali. Menjadi diri aku yang selayaknya untuk aku.

Biarlah.
Biarlah blog ini hanya untuk aku dan kamu wahai kawan-kawanku yang sudi membaca dan menyelami hati.

Aku sangat berterima kasih kepada kamu sekalian kerana sudi bersama-sama aku walaupun di alam maya.
Sudi menyelami dan memahami.
Sudi membaca segalanya.
Hehe.
Thanks tau.

Aeh-aeh...Tapi minta maaf tau kalau blog ini membosankan. Jangan menyesal naa. Hihi. ;)

Sampai di sini dahulu.

Terima kasih sekali lagi. :)

p/s: blog selamat ditutup jam 10:20am (plus minus 5), 1 Oktober 2011. Peace! ^^V

nunama, 2011

Sebulan Berlalu..

Salam Semua. :)

1 September lalu, abah pergi tinggalkan kami.

1 Oktober ini, merupakan hari kelahiran abah.

Angka yang mudah. Senang nak ingat.

:)

Bila tengok handphone, nombor pertama dalam list aku, "Abah".

Selalunya, bila jauh, masa besday abah, aku akan call dan nyanyi. Nanti mesti abah ketawa dengar aku nyanyi.

"kekekekeke"

So sweet!
Abah... Selamat Hari Jadi! :)
Semoga Abah punya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dulu, keluarga yang lebih baik daripada keluarga yang dulu, isteri yang lebih baik daripada isteri yang dulu. Dimasukkan di dalam syurga dan dihindari daripada azab kubur dan ujiannya serta daripada azab neraka. (sebahagian terjemahan Doa Tahlil)

p/s: Kalau dulu, bila telefon nak cakap dengan Ummi, mesti Abah sengaja lengah-lengahkan waktu. Nak cakap dengan aku. Nak borak dengan aku.
Rindu betul!

Sebulan. Terasa macam bertahun.

Ya! Aku akan cuba dengar nasihat kawan aku. Jangan bersedih terlalu lama. Aku cuba. Tapi, bila teringat, memang tak boleh nak berhenti.

People never dies...really. Death only a transition, from this life to another. Goodbye is not forever. Goodbye is not the end. Goodbye is just another word to say I'll miss you. After all, in the end, we all will go through the transition and meet the one we missed on the other life.
(NIS, 2011)


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid 57: 22-23)

Maka, sudahlah! Janganlah kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Terima kasih ya Allah kerana pernah meminjamkan Abah dalam hidupku. Abah yang baik. Abah yang memahami. Abah yang cukup segalanya. Terima kasih banyak-banyak. :')

I am proud to have you as my Abah even just for a while.
I am proud to put your name behind mine.
Love you so much! :D



1 OKTOBER 2011.
Genaplah umur Abah 73 tahun. Abah... We will miss you. Always. :)

Oh ye..
1 OKTOBER 2008.
Abah disahkan menghidap penyakit jantung.
Sempat juga aku dan kakak aku 'menginap' di IJN.

"Kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran. Perginya ditangisi kerana kehilangan"

Abah.. Damailah dikau di sana. :)

Thursday, September 29, 2011

Hanya Untuk Yang Sudi

Salam. :)

Hanya sebagai pemberitahuan. Blog ini akan diprivate sepenuhnya.

Terima kasih kepada rakan blogger. Harap ukhwah kita bukan setakat di blog.

Oh. Jangan risau. Hehe. Blog anda pasti saya lawat. Sekarang ni pun melawat juga. Cuma tidak tinggalkan jejak. Be a silent reader again. It's cool babe! ;)

Boleh berikan emel (kalau sudi menyelami dan membaca blog yang entah apa-apa ini) di ukhwah.hati@gmail.com.

Ok. Assalamualaikum. :)


sometimes when I say I'm okay, I want someone to look me in the eyes, hug me tight and say, 'I know you are not'..
(NHI, 2011)

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
-Siti Nurhaliza-

Akan ditutup sepenuhnya pada 1 Oktober 2011.
jam berapa, x tahu lagi. Tapi, insyaAllah pasti hari itu. Beserta entry terakhir untuk umum. :)

Will miss your comments, your concern. Seriously.
Tata [waving hands]~

Tuesday, September 27, 2011

Kenapa you nampak lain?

Hehe.

Tak sangka ada yang perasan.

Tadi, masa sibuk-sibuk nak ambil 'lab manual', salah seorang classmate aku tegur aku.

Chinese. Lelaki. (ohh..kelas aku ramai chinese.)

"Nabila..kenapa diam je?"

Aku senyum. "Saje. Saya nak jadi budak baik."

"Lain sangat la. Awak kan selalu happy."

"yeke? Sekarang pun saya happy la."

"Tak. Awak lain. Tak macam dulu. Tak macam sem-sem lepas."

Aku senyum. Terus tukar topik lain.

:)

Tuesday, September 20, 2011

This is for now.

Salam semua!! :)

Pertamanya, terima kasih kepada rakan blogger yang ambil berat. Sangat menghargai. Kak Nabilah, Dr Puding Karamel dan kepada sesiapa yang tidak tinggalkan jejak juga. Terima kasih banyak-banyak. :)

Minta maaf juga kepada semua. Mungkin, blog ini akan bersawang sikit. Hehe. Tak tahu entah bila boleh seceria macam dulu di alam maya. Sebab alam maya ini merupakan hati aku. Perasaan aku. Segala perasaan memang di sini.

Maybe the people out there can see me as happy as I used to be. But, I am not actually. Di luar, aku boleh bergelak ketawa. Bergurau senda. Bercerita. Tapi, dalaman terasa sakit. Perit. Mungkin aku belum cukup kuat hadapi semua ini. Macam hypocrite kan?

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bergelak ketawa tetapi dalam masa yang sama hati aku risau. Berfikir macam-macam. Aku tak reti nak bercerita perasaan aku. Tak reti bercerita betapa sakitnya aku. Tak reti bercerita aku sedih. Aku hanya boleh pancarkan aku gembira. Kononnya la kan.

Teringin nak berkongsi. Tapi tak reti. Huhu. Sakit.

Sebab, bila aku dah puas nangis, aku akan lega sendiri. Dan dah takda apa untuk aku bercerita dengan orang. Untuk aku tangiskan dihadapan mereka. Sebab, aku dah nangis puas-puas dahulu.

Aku tahu. Ramai kawan aku yang marah. Tak puas hati dengan aku. Aku tak berkongsi rasa sedih aku. Nak buat macam mana. Aku dah termenangis terlalu banyak sebelum jumpa dorang. Jadi, aku jadi macam biasa. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Konon la kan.

Minta maaf ye.

Serius. Fikiran aku tak berapa fokus sangat. Nasib baik, kelas tak banyak sangat.

Aku memang sibukkan diri. Baca buku. Hang out with my friends. Tapi, bila once aku terkenang atau berseorangan, perasaan sedih memang tak dapat dibendung.

Macam mimpi semua ini berlaku.

Bila dengan kawan, tiba-tiba perasaan sayu datang, aku cepat-cepat muhasabah diri sendiri. Fikir yang baik-baik. Waaah!! Kejamnya aku pada diri sendiri.

Tapi, itu je yang mampu aku buat.

Masa nak bertolak balik Penang, aku cium Ummi. Aku pesan itu pesan ini. Aku memang tak nangis depan dia. Aku tahan sedih aku dalam hati. Naik je kereta, air mata aku terus keluar. Memang perit. Aku taknak beliau sedih. Mungkin aku tak dapat tahan nanti kalau teringat dia sedih. Sebab itu aku cuba kuat.

Bila adik beradik aku nangis depan aku, aku memang tak nangis sama. Aku cuba menenteramkan mereka semula. Cakap benda yang baik-baik. Macam aku dah kuat. Tapi, lepas itu, aku masuk bilik air, takpun pergi keluar kejap, aku nangis. Nangis sungguh-sungguh.

Ya. Aku dah pandai nangis tanpa keluar suara. Dan mata aku pun tak nampak sangat kalau aku nangis. Hehe.

Tapi, takpelah. Mungkin awal-awal kot. Mungkin nanti, aku dah terbiasa, jadi dah tak sedih-sedih lagi. Kan? Yeaaayyhhh!! :)

Kalau aku sedih macam ini, Ummi mesti lagi terasa sedih kan? Bila fikir itu, aku cuba jadi kuat semula.

Sekali lagi, terima kasih kepada yang sudi baca dan yang datang sini. Semoga Allah balas dengan sebaik-baik kebaikan. Jasamu ku kenang. InsyaAllah. :)

Untuk kali ini, dan tak tahu bila lagi aku mampu coret sesuatu di sini.

Sehingga bertemu lagi, jaga diri baik-baik. :D

Thursday, September 15, 2011

ST #2

Orang memang takkan tahu aku menangis macam mana teruk sekalipun.
Mata aku nampak sama.
Ha ha ha.
Mungkin itu kelebihan yang aku ada.

Mungkin itu juga kekurangan aku.
Rahsia hati, pendam sendiri.

Monday, September 5, 2011

Abah... Pergimu Tiada kembali

Bismillahirrahmanirrahim....

Semuanya secara tiba-tiba. Biasa bagi kita sebagai manusia yang khilaf, terleka. Tanda-tanda sudah diberi. Tapi, menganggap ianya tiada apa-apa. Perkara biasa.

#1 Duit Raya
Biasanya, kami adik beradik mengumpul duit untuk diberikan kepada budak-budak yang datang beraya di rumah. Abah dan Ummi takkan keluarkan sesen pun. Tapi, entah kenapa, sebelum raya (dalam 10 hari terakhir Ramadhan), Abah masuk ke bilik aku....

"Adik...Ni RMsekiansekian. Bagilah kat budak-budak nanti."

"Aeh, betulke Abah? hehe"

"Lah..ape pulak tak betul. Tapi, diam-diam je. Hihihi"

"Haha. Beres!"

#2 Mandi
Kalau dahulu, Abah cukup pantang kalau aku mandi sebelum berbuka. Katanya, makruh. Tapi, Ramadhan kali ini, beliau yang mandi sebelum berbuka. Katanya, panas. Aku tegur juga. Tapi, beliau diam sahaja.

#3 Berak-berak
2 Syawal, Abah asyik pergi membuang air besar. Katanya sakit perut. Aku pun macam pelik. Tapi, mungkin sebab perubahan badan. Yelah. Dari berpuasa selama 29 hari tiba-tiba makan macam-macam kan..

#4 Pergi Kubur
Sepatutnya, kami pergi pagi 3 Syawal. Tapi, Abah kata...

"Tak payahlah. Kita pergi esok (Jumaat, 4Syawal) je. Boleh pergi beramai-ramai. Baru meriah. Kemudian, boleh kita beraya bersama-sama."

Rupanya untuk menghantar Abah.

Itu semua petanda. Badan panas. Mencuci perut. Kita je tak perasan. Tapi, apa-apapun, semuanya mudah. Cukup mudah. Alhamdulillah.

Semoga Allahyarham Mahabar bin Abdullah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, beriman dan mendapat keampunan dariNya. Amiin. 

Al-Fatihah.


Arwah pergi meninggalkan kami pada 3 Syawal 1432H bersamaan 1 September 2011 (Khamis) jam 10 malam. Arwah selamat dikebumikan pada 4 Syawal 1432H bersamaan 2 September 2011 (Jumaat) jam 10 pagi.

Sangat terasa kehilangan.

p/s: Mohon maaf kepada semua yang membaca entry sebelum ini. Tadi, lihat surat nikah Abah dan Ummi. Rupanya, Ulangtahun perkahwinan mereka ialah pada 3 Syawal. Bukannya 1 Syawal. Semuanya sudah ditakdirkan. InsyaAllah, buat masa sekarang, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah. Semoga semuanya baik.

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H

Tak menang tangan.
Tak sempat ambil gambar. Tetiba, "aeh? sudah pukul 6.30pm."
Ok. (angguk-angguk kepala)

Antara ayat-ayat yang keluar dari tetamu-tetamu,

"Haaa.. Mamabila...! The favourite auntie."

"Haha. Budak ini memanglah." (sebab aku paksa dorang makan kuih aku. Haha)

"Amboiii sopannya duduk." (kerusi dah penuh. Aku kena duduk bawah.)

"Nape makin kurus nih?" (Maknanya, dulu, aku ada isi sikit.)

"nabila mana?" (paling banyak orang tanya. Sebab em sebab orang penting la katakan. Ehem! Oh. Masa ni aku kat dapur. Tengah sediakan apa yang patut.)

Papepun, Syawal kali ini lain dari yang lain.
Zaman berubah.
Orang juga sudah berubah.
Kita kena terima.
Ada hikmahNya.

Oh ye 1 Syawal juga ulangtahun Perkahwinan Ummi dan Abah. :)
Mari ucap selamat untuk mereka.
Semoga kami sekeluarga dapat berkumpul di Syurga nanti. Amiin. :D

p/s: x baca korangnya entry lagi. Ini quick post. Tunggggguuuuu!! ^_^

Wednesday, August 24, 2011

Macam Sengaja, tapi Tidak Sebenarnya

Kita lebih cenderung melukakan hati orang yang kita sayang daripada hati orang yang kita benci.

Kan?

Kita juga sukar memaafkan kesalahan orang yang kita sayang daripada musuh yang paling kita benci.

Macam tak logik. Tapi itu kenyataan.

Mungkin tak semua begitu.

Sesetengahnya sahaja.

Anak yang baik, disanjung tinggi, ditatang bagai minyak yang penuh boleh berubah menjadi anak derhaka dengan satu perkataan atau perbuatan yang mengguris hati ibu atau bapanya. Na'uzubillah hi minzalik. Harapnya tidaklah sampai begitu.

Dan Rabb (Tuhan)mu telah memerintahkan supaya kamu jangan mempertuhankan selain Dia (Allah) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, dan janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "uf" dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah mereka perkataan mulia.

Dan hamparkanlah sayap kerendahan dirimu terhadap mereka berdua dengan kasih sayang, dan ucapkanlah: "Rabbi (Wahai Tuhanku!) Kasihanilah mereka berdua , sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu kecil"
(Surah Al-Isra' 17: 23-24)

Semoga Syawal yang bakal menjelang nanti, kita semua mendapat keampunan daripada ibu dan bapa kita. Ya! Allah yang utama. Sebenarnya, tidak perlu tunggu Syawal pun tidak apa. Mungkin tidak sempat untuk sampai ke hari itu. Jadi, lakukannya sekarang. Sebelum kamu menyesal di kemudian nanti.

Tapi ingatlah anak....

Redha Allah terletak pada redha ibu bapanya

Ya Allah. Ampunilah kami ini. Kasihanilah kedua orang tua kami. Lindunglah kami daripada azabMu yang amat pedih. Sesungguhnya Engkaulah tempat kami meminta tolong dan sebaik-baik penolong. Amiin.

p/s: Maafkan saya.... :'(

Tuesday, August 23, 2011

WW #2

Pinnnnnn!!! Pinnnnn!!! Pinnnn!! Assalamualaikum...

Jap...jap. (Tengok orang dahulu, baru jawab salam.) Oh...Wa'alaikumussalam. :)



Wowwww!!!
Best giler!
Terima Kasih kak Nabilah! ^_^


Tak sangka antara insan-insan yang bertuah memiliki kad raya daripada beliau (ehem! Ini kad raya pertama saya daripada seorang blogger. Hehe). Dulu, dapat hadiah besday juga. Haha. Padahal, sempena giveaway yang jatuh pada tarikh lahir aku. Papepun, terima kasih banyak-banyak Kak Nabilah! Semoga kak Nabilah terus success dengan apa jua yang dilakukan. Amiinn. :)

Korang nak juga? Wek! Minta sendiri. Kehkehkeh. ;p

p/s 1: Tak sabar nak dapat kad wangi pula. Ehem! Itupun, kalau dijemput. Hehehe. ;)
p/s 2: Ada sesiapa lagi nak bagi kad raya kepada saya? Nanti saya bagitahu alamat. *batuk2 malu*
p/s 3: Aeh? Hari ini bukan hari rabu eah? =p

Friday, August 19, 2011

Anak. Hargai Orang Tuamu.

Salam untuk sentiasa bahagia kawan-kawan! :)

Tadi, terjumpa video ni kat FB. Kak Nabilah pun ada post pasal video ini.


Tengok tak? Sedih kan?

Tapi itulah kita ni sebagai anak. Ada sahaja yang tak kena di mata kita. Lumrah manusia memang begitu. "Gajah di depan mata, tak nampak. Kuman di seberang laut, nampak"

Tak pernah nak menghargai orang yang paling rapat dengan kita.

Bila ibu dan bapanya seorang yang tegas....
Takut.
Tapi tak hormat.
Memberontak dalam hati. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.
Bila dah besar, buat hal masing-masing.
Benci pada orang tua sendiri.

Bila ibu dan bapa seorang yang baik...
Seronok.
Tapi, mudah buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati mereka tanpa disedari.
Pijak kepala mereka.

Apabila berlaku sesuatu yang tak baik pada diri, mula menyalahkan.
Katanya, "ibu bapa aku tak pernah larang aku buat begini, buat begitu"


Ada je kan?
Memang sifat suka menyalahkan kah?
Kadang-kadang, terfikir, aku ni nanti nak jadi ibu bapa yang macam mana ye?

Apa yang penting, bersyukur dengan apa yang ada itulah yang terbaik. :)

Salam Ramadhan Kareem. Lagi 10 hari lagi. (n_n)

p/s 1: peringatan untuk diri sendiri. huhu.
p/s 2: update secara pantas. Tak sempat nak elaborate lebih. Feel free untuk kongsikan pendapat anda k. Kamsahamnida ^_^

Thursday, August 18, 2011

speechless

Salam. :)

[ini luahan hati]

Err tak tahu nak express perasaan macam mana. Cuma, rasa bersalah. Sedih ada sikit. Gembira? Rasa itu patut ada pada waktu itu. Bukan waktu sekarang. Tapi, aku tetap rasa gembira.

But still, aku rasa terharu dengan apa yang dia lakukan itu.

Selama ni, aku memang terharu dengan apa yang dia sudah lakukan padaku. Aku tahu dia baik. Tapi, mungkin aku tak cukup baik untuk dia. Sorry ye. :)

Kenapa rasa bersalah? Sebab baru perasan 'benda' itu. It is quite long time ago. Aaaaarrrggghhh!! Nape ye aku baru perasan? Hoho. Itu yang buat aku rasa bersalah. Nak je aku berterima kasih pada dia, tapi aku taknak mengganggu kebahagiaan dia. So, diam-diamkan jelah ek. Hehe.

Gembira? Sebab 'benda' itu sangat sweet. hehehe. Malu pula aku tengok 'benda' itu.

Sedih sebab it's already a history.

Apa yang paling penting sekarang ini, aku akan doakan kebahagiaan dia. I know that dia akan dapat kebahagiaan yang dia inginkan. Yes. I really hope so. :)

Walau aku tahu dia tak baca ini, aku nak juga cakap TERIMA KASIH atas segalanya. Aku sangat menghargainya.

Semoga dia sentiasa bahagia. Itu doa aku. ^_^

"Dulu, aku buta IT. Buta computer. Buta segala yang berkaitan dengan teknologi."
(fakta)

Wednesday, August 17, 2011

#WW 1

(sumber: Google)

Salam. :)

Serius tak tahu kenapa jadi macam ini. Mungkin sibuk. Mungkin malas. Mungkin dapat motivasi dari blogger lain. Mungkin tiada idea. Mungkin tiada cerita. Tiada jawapan.

Berdebar untuk esok. Berdebar untuk hari-hari yang mendatang.

Tinggal beberapa hari lagi berpuasa. Jom tingkatkan amal. Yeaaayhh!!! ^_^

Monday, August 15, 2011

Sependapat, Sefikrah

Salam Ceria kawan-kawan! :)

macam mana puasa? Ada yang dah ponteng? Ehem! Haha. Iman pula bagaimana? Makin naik atau sama level atau menurun?

haaa! itu yang bahaya. For me and myself, haisyhhh. banyak yang perlu diperbetulkan.

Masa hidup dan tinggal dengan kawan-kawan, mereka ada untuk saling mengingatkan. Baik zaman matrikulasi, universiti. Nak buat amal banyak-banyak pun best! Sebab ada geng. hehe. Bersyukur dapat dorang! ^_^ Padahal, benda ini semua boleh sahaja buat kan? Yang penting hati! Tapi itulah. Lemah betul!

Plus, kat rumah ni, macam-macam perlu difikir. Bukan keperluan diri sahaja. keperluan orang-orang sekeliling harus difikirkan juga. (huh! Alasan!) Padahal, abah ada je ingatkan. Tapi itulah... Entah. Isyh3 teruk betul!

Emmm puasa ini memang takda istilah tidur siang kan? Macam banyak je kerja. So, selain buat amalan-amalan sunat yang tak berapa nak banyak tu, aku sedang menghabiskan buku motivasi Dr HM Tuah-Ada Bagus. Dah lama terperap dalam bilik. Beberapa bulan sebelum puasa lagi dah beli. Tapi, tak khatam-khatam lagi.

Ada benda yang buat aku terfikir semasa membaca salah satu bab dalam buku itu.

"Bagaimana kita akan hidup nanti dengan orang yang tidak sependapat dan sefikrah dengan kita?"

Aku terfikir hal ini juga disebabkan keadaan orang-orang di sekeliling aku sekarang ini.

Dari sudut kawan, yes! Pasti tidak sebulu kan? Ada sahaja yang tak kena. Kita fikir lain. Dia fikir lain. Tapi, takpelah. Sebab kita masih punya kawan yang lain yang boleh bersama-sama. Kalau tak dapat kawan dengan Si Polan, dapat kawan dengan Si Pilin. Kan?

Tapi, bagaimana kalau sudah berumah tangga? Haaaa! itu yang jadi isu. Bila tidak sependapat dan sefikrah, rumah tangga jadi huru-hara. Macam-macam hal berlaku. Gaduhla. Apela. Itu yang tak sedap. Itu outcome yang mungkin boleh berlaku. Dan mungkin outcome lain, kita berubah seperti mana pasangan kita itu. Kalau pasangan kita baik, kita berubah jadi baik, tak jadi hal la kan. Tapi, kalau pasangan kita tak baik, kita pun berubah sama jadi tak baik, itu yang jadi masalah!

Macam kawan, kita boleh cari kawan yang sekepala. Tapi pasangan hidup semati ini, takkan kita terus nak tolak tepi kan? Itulah dinamakan ujian.

Jadi, macam mana kita nak hadapi ujian itu, semua bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita sendiri yang inginkan baik-baik, maka kita akan lakukan perkara yang baik-baik. Tapi, jika kita sendiri taknak berubah dan masih di takuk lama, maka hiduplah kita seperti itu.

Bila difikir-fikirkan, kita ni memang tak bersyukur. Ada sesuatu yang Allah ingatkan dalam setiap ujian yang Dia timpakan ke atas kita. Tapi, masih lagi lalai. Masih lagi terleka.

Tepuk diri, tanya akal dan hati.

Hari itu, ada seorang kawan lelaki bagi nasihat. Senior aku la lebih kurang. Dah bertunang. Dia kata macam ni,

"ape-ape pun nak cari kena cari yang sefikrah dengan kita, yang boleh tarbiah kita, yang boleh bimbing kita...dan nak bagi tahu..nak cari lelaki yang baik...carilah lelaki yang melayan ibu bapa dia dengan baik..insyaALLAH cik bella pun akan dilayan dengan baik..hehe.. =)"

Masa aku baca apa yang dia tulis tu, tersentap jap. Betul juga kan? Dia lelaki. Dia haruslah tahu sifat lelaki.

Ada kakak senior aku cakap,

"kalau kita nak yang baik, kita kena jadi baik dahulu. Jangan nanti asyik menyalahkan antara satu sama lain. Kamu nak, kamu usahakan dulu. Jangan nak tunggu dia yang buat dulu."

Betul juga. Jadi, nanti tak timbul isu "ko punya pasal la aku jadi macam ni!".

Yang baik ambil, yang buruk, abaikan.

Salam! :)

p/s: buka minda luas-luas.

Wednesday, August 10, 2011

Kamu Berdua... Haiiii!! :)

Salam Ceria Kawan-kawan!! :)

waahh! tiba-tiba nak tengok gambar lama yang telah di'tag'. Aigooooo~ Maka ternampaklah gambar dorang. Huhu. Tersangatlah rindu kat dorang. Almost 1 year we didn't see each other.

Gambar kitorang berbuka bersama. Pergi holiday. Aeh-aeh, rombongan actually. Lawatan sambil belajar. Ehem! Berbasikal bersama. Shopping-shopping. Dan bermacam aktiviti kitorang lakukan bersama. Nak je aku masukkan gambar 2 orang yang aku rindui ini. Tapi.....takpe. Simpan dalam hati dan ingatan aku sorang cukup. :) Aeh3...Yang lain pun rindu juga. Tapi sebab dengan 2 orang ini, aku rapat sikit. Macam-macam kitorang buat bertiga at first. Then, baru together gather dgn yang lain. Haha. Orang itu ialah....

N.H.I dan N.A.C.M!!!!!

Haha. Ye kamu. :)

Antara mesej yang aku simpan sejak kitorang tak jumpa ni,

lambatnya nak jumpa kamu...rindu kamu..I miss the time were we are together..
NHI

Rindulah kat roommate yang tegur bila malas-malas. Roommate yang boleh diganggu bila kita ngantuk. Roommate yang bagi semangat bila putus asa time study..hik3
NACM

hehe. Ada lagi. Tapi, takkan nak share semua kan? Hoho.

Tiba-tiba rasa nak nangis tengok gambar kitorang bertiga. Rindu betul! :')


Mungkin dorang pun tengah ingat kat aku sekarang ini. Menurut kata orang tua-tua,

"Kalau kita teringatkan orang itu, mungkin orang tu pun sama"

Ehem! Korang2.....Tengah rindu kita ea? ^^

p/s: NACM...tetibe teringat pulak kabar 'dia'. Wahaha~ Gurau2. ;p

Monday, August 8, 2011

Tudung.

Salam kawan-kawan!! :)

Sejak dua menjak ni. Dalam bulan Ramadhan la. Aku selalu ternampak status kawan-kawan aku xpun page yang aku like cite pasal nih. Siap ada buat dialog lagi. Lebih kurang macam ni.

A: kau puasa tak hari ini?
B: puasalah. mana boleh tak puasa.
A: siapa suruh?
B: ape punya soalan la. Allah la. Tuhan kita yang suruh.
A: habis tu kenapa kau tak pakai tudung?
B: aku belum bersedia lagi.
A: tapikan, Allah suruh kita menutup aurat. Pakai tudung semua.
B: ..................

p/s: jangan jadi hamba Ramadhan. Jadilah hamba Allah.

Haaaaa!! Masa aku baca status ni, tergamam jap. Hoho. Aku pun kadang-kadang terleka. Ada benda yang Dia suruh, aku lalai buat. Nipis. Sungguh nipis.

Tapi, kali ini, kita cite pasal aurat k. :)

Dan ada satu perbualan yang jadi betul-betul depan mata aku.

K: Ayah kita tak bagi kita colour2 rambut. Haritu pernah buat, habis dia potong. Pakai tudung sekejap. Tapi, kalau rebonding, xpa.
N: ohhh... haha. rambut kita asli. takyah nak pergi kedai segala.
K: awak pakai tudung. Takpelah.
N: .......  (padahal dalam hati: Rambut kita pun cantik *perasan2. Tapi, awak tak tahukan? Masih pakai tudung. Dan ramai lagi orang yang berambut cantik memakai tudung. Kalau awak pakai tudung even rebonding pun tetap cantik. :))
Z: dah tu, kenapa tak pakai tudung?
K: tak bersedia lagi.
Z: isyh3. Puasa. Tapi tak pakai tudung. Siapa suruh ni? Tutup aurat tu pun kan Allah suruh.
K: ....(tukar topik lain)
N: ....... ( :) senyum nyorok2.)

K memang seorang yang comel. (Pada aku). Tapi, kalau dia pakai tudung, mesti lagi terserlah kecomelan beliau. Semoga beliau berubah ke arah yang lebih baik nanti. Amiin. :)

Z pula merupakan seorang lelaki. Wooohooo! Aku saje je diam. Nak tengok Z alert atau tak. Haha ternyata dia alert. (Padahal, aku diam sebab aku tak mampu nak cakap. Huhu). Z pun cakap dalam intonasi yang bukan mengaibkan sangat. Ohhhh. Z ada pertalian darah dengan N.

Dan N bukan senyum untuk memerli. Tapi, sebab gembira Z alert dengan keadaan. Sebab itulah dia senyum nyorok-nyorok. Takut K terasa. Huhu.

Ada juga di kalangan saudara mara aku yang tidak memakai tudung. Tapi itulah. Aku masih dan hanya menegur di dalam hati. Sebab aku fikir, aku pun tak baik sangat nak tegur orang. Walaupun, aku tahu itu merupakan salah satu kewajipan aku. Huhu.

Kalau ahli keluarga aku yang buat, aku bolehlah kan cakap. Sebab "air dicincang takkan putus". Dan aku tahu nak handle keadaan bila dorang marah ke tak puas hati ke. Ni orang luar. Orang yang aku tak kenal.

Selemah-lemah iman, hanya menegur di dalam hati.
(Hadis)

p/s: tahu tak nyorok-nyorok? hehe. ;p