KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, November 26, 2011

Pengakhiran Tahun. Permulaan Tahun.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Dengan keizinanNya juga, aku masih bernafas di bumi ini.
Dengan keizinanNya juga, aku dapat membaca doa akhir dan awal tahun.
Dengan keizinanNya juga, bermulalah satu tahun yang baru.

Terasa rindu,
Untuk ditarbiyyah.
Untuk di'brain wash'.
Untuk menambahkan amal yang semakin berkurang.

Kerana,
Diri terlalu sibuk dengan FYP (kononnya).
Diri terlalu sibuk dengan ujian dan tugasan (kononnya).
Diri terlalu sibuk dengan hiburan yang melalaikan yang (kononnya) mampu memberikan ketenangan.

Ya Allah..
Apakah ertinya semua ini?

Adakah Engkau sedang menguji aku?
Atau adakah tiada lagi cintaMu untukku?

Menitik air mata ku ini.

Menitik air mata lagi.

Menitik air mata untuk entah keberapa kali.

Terasa sayu sungguh malam ini.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Janganlah Engkau tarik hidayah yang telah Engkau berikan kepadaku.
Kerana aku tak mampu hidup tanpa hidayah dan cahayaMu ya Allah.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Kau ampunkanlah dosa-dosaku. Yang kini atau sebelumnya dan yang mendatang.
Aku takut ya Allah. Aku takut sekiranya Engkau tidak redha akan kehidupanku selama ini.

Ya Allah.
Aku pohon kepadaMu.
Engkau berikanlah aku sahabat,teman dan sesiapa sahaja yang sering mengingatkan aku kepadaMu.
Tidak lari dari mengingatiMu.
Tidak meninggalkan Mu.
Tetapi, sekiranya itu merupakan dugaan ke atas diriku, ku pohon dariMu,
bawalah kami bersama-sama supaya sentiasa mengingatiMu dalam keadaan senang mahupun susah.

Ya Allah,
Kau ampunkanlah kami. Kau ampunkanlah kami. Kau ampunkanlah kami.

Sesungguhnya, kami hanyalah hambaMu yang hina.
Yang sentiasa memerlukan Engkau dalam setiap perbuatan
Yang sentiasa perlu bergantung harap kepada Engkau dalam setiap tindakan.
Yang sentiasa ingin Engkau dalam hati kami setiap waktu dan ketika.

Ampunkanlah kami.... Ampunkanlah kami.... Ampunkanlah kami....
Amiin Ya Rabbal Alamin.

"Adik...Malam ini awal Muharram. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun."
Baik Abah. Adik tak lupa. :') 

0 org berkongsi rasa: