KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, March 23, 2013

TRIP HEP.

[Spotted where I am?]

Haha.

Saje nak menggedik letak gambar.

Jom usyar!






Emm. Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat.

Antaranya;

1. Don't ever believe on what people said without any reference from the trusted site or person.

2. Halal sekarang ni dah jadi isu global. Bukan lagi isu agama. Tapi, malula kan kalau kita yang Muslim (ISLAM) ni tak nak memperjuangkan halal yang sememangnya sudah termaktub dalam Al-Quran.

3. Ada perkara yang perlu dirahsiakan. Ada perkara yang perlu diperjelaskan. Tapi, yang rahsia itu tak semestinya niat untuk menyembunyikan. Tapi, ada beberapa hak yang perlu dijaga. (Cth: Makmal Untuk Analisis Halal)

4. Pasal isu global tadi tu. Emm. Negara luar da alert. Negara luar nampak effort kita. Tapi, kenapa masyarakat kita sendiri tak nak ambil peluang yang ada? Masih berada di takuk yang lama "seperti katak di bawah tempurung".

5. Time management. Benda ni, penting sangat. Kalau tidak, ada beberapa input dan ilmu tak dapat disampaikan dengan baik dan sempurna. Agak sedih la.

6. Last but not least, semua benda ni takkan jadi kalau tiada kerjasama antara kita. Apa yang penting, KERJASAMA!

Papepun, banyak dapat hadiah. Banyak dapat beg. Dapat makan roti free!! Kekeke~

Ok.

Till then, Take Care!

Salam GO HALAL!!!

:)

Friday, March 22, 2013

Promoter Tak Bertauliah.

[Jurnal Peribadi]

Alahaiii. Rasa nak tergelak, tersengih, tersenyum. Semua ter rasa nak ada di saat tulis ni.

Hehehe.

Nak dijadikan cerita, petang tadi, aku membeli belah untuk tidak lapar selama almost 14 days lagi di Kota Bharu ni.

Sedang aku menolak troli yang sudah diisi dengan beras dan beberapa kelengkapan, tiba-tiba di tegur oleh seseorang...

"Assalamualaikum kak. Tumpang tanya."

Sambil senyum. "Waalaikumussalam. Ye dik. Nape?"

"Akak beli tudung ni kat mana?"

Erk! "Oh. Akak beli online."

"Berapa kak?"

"RM21 je. Murah kan? Cantik pun cantik juga."

"Aah. Saya memang nak sangat tudung ni. Akak ingat tak blog dia?"

"Oh. Akak beli by Facebook. Annur Nida. Oh tapi, kalau nak no telefon dia, akak ada sekarang ni. Nak?"

"Nak!"

End of the conversation.

Hikhikhik.
Adik tu siap pegang tudung aku lagi.
Dan aku ni, "ohh pegang jela."

Hadoiii.
Jadi, itulah cerita seorang promoter-tak-bertauliah.
Haha!

Dan sebenarnya, benda ni membuatkan aku berfikir.
Ada yang memerhatikan what are you wearing selain Allah.

Jadi, sila pastikan pakaian yang dipakai itu bersesuaian dan sopan.
Semoga pakaian yang kita pakai itu mampu menjaga diri kita.
Semoga pakaian yang kita pakai itu tidak mengundang fitnah kepada diri kita dan orang di sekeliling kita.
Semoga Allah redha dengan pakaian yang dipakai kita itu.

Ok.

"First Impression Itu Penting"

:)

ps: Dulu, aku pernah pakai yang macam anak-anak muda sekarang ni pakai. Aku berharap semoga Allah terbitkan rasa keinsafan dan memberi hidayah kepada mereka. Aamiin. :)

Sunday, March 17, 2013

Go HALAL!

Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah. Selesai sudah program Go HALAL! Batch HEP08.

Banyak perkara yang dapat diambil sebagai tauladan.

Takpe. Itu semua mematangkan kita kan? So, ok la.

Apa yang best, TEAM kitorang sangat sporting dan bekerjasama walaupun terpaksa tukar tempat last minute.

Haha.

Terus teringat pada geng-geng KPRS.

"Bersedia Terhadap Benda-benda Yang Tidak Bersedia"

Yes.
Benda itu masih diamalkan lagi.

Apa yang seronoknya lagi, pengunjung-pengunjung yang mengunjungi booth kami. Dorang sangat interested nak tahu pasal isu halal ni.

Bila aku cerita pasal rumors, industrial politics dan banyak lagi....ekspresinya akan begini...

"Ohhhhh...."

"yeke kak?"

"Aah kak. Ingatkan JAKIM tak buat keje."

Haha. So, bila sudah diterangkan dengan panjang lebar, barulah mereka mengangguk lega dan faham.

Hemmm. Bukan mudah nak memperjuangkan HALAL ini, walaupun sekadar LOGO HALAL.

Ramai lagi yang tak tahu LOGO HALAL yang sebenar-benarnya.

Ni la LOGO HALAL JAKIM. Jadi, takmo konpius2 lagi tau. ;)

So, harap, perkara kecil yang kitorang buat dan lakukan semalam, mampu tersemat dalam pemikiran adik-adik itu.

Semoga Allah redha.

Salam Go HALAL!

"Halal Bukan Sekadar Logo"

:)

Wednesday, March 6, 2013

Orang KL.

Mungkin, tak lama lagi, aku jadi orang KL sekejap.

Mungkin la. Mungkin.

InsyaAllah.

Aku dapat tempat praktikal kat KL.

Tapi, kilang kecil je. Kilang biasa je.

Trainer aku kata,

"Awak kena belajar dulu pasal kilang-kilang SME ini. Sebab, kat situ, pasti banyak benda yang awak kena betulkan. Baru boleh jadi Profesional Auditor yang mantapp!"

So, aku akan bermula sedikit-sedikit.

Aku akan belajar supaya tak tamak.
Aku akan belajar supaya sentiasa bersyukur.

Sabar. Syukur.

Haa seperkara lagi...
Supaya aku tak ego jika bertambah ilmu.
Supaya aku tak sombong bila dah tahu.

Doakan aku dapat bilik sewa pula.
:)

ps: Ohh ye. Budak kelas aku yang lain, belum dapat tempat praktikal lagi. Jadinya tadi, aku jadi konsultan kepada dorang macam mana nak hantar surat. Hikhikhik. Macamlah hebat sangat ayat aku tu... Kekeke~ Segan.

Terima kasih Allah! Terima kasih GEMS!
:)