KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, May 23, 2011

Budak-budak

Salam kawan-kawan! :)

Just a short entry.

Kadang-kadang, budak-budak lebih pandai dalam menggunakan kaedah psikologi untuk meluahkan isi hati.

Nak jadi budak-budak balik boleh? Tapi, itu adalah mustahil. Makanya, cubalah ubah pemikiran  seperti pemikiran budak-budak yang penuh dengan imaginasi, semangat ingin tahu dan berani. Tapi, jangan jadi terlalu kebudak-budakkan pula. Be a moderate person. Hehe.

Yeaaayh! (n_n)

Contoh 1:
Di suatu petang.

Mamabila ada bawa duit tak?

Kenapa?

Haus. Nak aiskrim.

Contoh 2:

Waktu tengahari.

Sedap tak mamabila masak?

(angguk-angguk)
Em em em.. Kuah sedap. Nasi je tak sedap sikit.

Lihat. Budak-budak pun pandai guna kaedah psikologi. Memuji dan menegur.
(Haha. Tapi memang betul pun. Hari itu, terkurang air. Jadi, nasi terkeras sikit. Sorry! ^_^)

Jom jadi budak-budak!! Kikikikiki.

Thursday, May 12, 2011

Perancangan Allah itu Memang Cantik. :)

Salam Bahagia semua! :)

Alhamdulillah. Thank you Allah. Macam-macam hal berlaku sejak akhir-akhir ini.

Mula-mula tu, mengeluh juga. Walaupun tahu, tak baik. Huhu. Selepas itu, bila aku dah redha dengan segalanya, Dia memudahkan urusan kita. ALhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Speechless.

Sepatutnya, selepas habis praktikal, aku kena fly pergi USM. Tolong Cik S buat program. Tanggungjawab dan tugasan aku juga tu. Tapi, disebabkan Puan Ummi tak berapa nak sihat, aku terpaksa batalkan hasrat hati. Walaupun, hati memang rasa bersalah gila. Dorang curious gak kenapa aku tak hadir meeting segala. Aku diamkan aja. Yang tahu rahsia, S dan Ai. Sebabnya, S call. Ai pula, aku meminta pandangan dari beliau.

Dah berbincang dengan Puan Ummi dan Encik Abah. Dorang benarkan aku pergi Pulau Pinang sebabnya ada Abang Zaki untuk tengok-tengokkan mereka. Tapi, hati aku masih berbelah bahagi. Tapi, aku kemas juga barang sikit-sikit. Tiba pada hari kejadian, Abang Zaki kena g outstation. Oh! Rasa bersalah lagi. Fikir-fikir, tak boleh tinggalkan Puan Ummi dan Encik Abah sendirian di rumah even ada Abang Long. Sebab, Abang Long pun perlukan perhatian.

Maka, terpaksa cancelkan kejutan aku pada mereka di USM. Huhu.

Esoknya, dapat mesej dari Yu. PROGRAM DITUNDA. Wow! Mesej 2 pagi.

Bangun pagi, fikir, "Ah! Mimpi Kot.". Siap sedia kemas-kemas semua, tiba-tiba tergerak hati nak check semula handphone. And yes! Betul. Bukan mimpi.

Ape lagi. Terus call mereka sekalian di sana. Sambil menanti dengan senyuman panggilan diangkat. Tongteng2 jap. Ok. Terima dengan hati yang pasrah. Hehe.

Tak tahu lagi apa yang akan terjadi nanti. Berserah pada Takdir yang telah tertulis dan berusaha dengan baik. InsyaAllah.

Balik rumah kali ini, aku sebenar-benar jadi 'anak rumah tangga'. Hehe. Love you Ummi. Love you Abah. (n_n)

Janji ALLAH itu benar.

Ya Allah. Peliharalah iman-iman kami daripada tersasar ke jalan yang tidak Engkau redhai dan jauhkanlah diri kami dari azabMu yang amat pedih. Sesungguhnya, Engkaulah yang memegang hati-hati kami. Amiin.


And again, Perancangan Allah itu memang sudah sedia cantik dan tersusun indah untuk hambaNya. :)

Wednesday, May 11, 2011

KMJ: request dari Adik Nina. :)

Salam Ceria kawan-kawan dan adik-adikku sekalian. :)

Oh. Tak sangka pula ramai yang tengok entry yang lepas pasal KMJ. hehe dan bertambahlah kenalan blogger aku. Tapi, dari kalangan remaja la kan. Takpe. Asalkan korang dapat input yang baik.

Ingat ye. Yang baik, jadikan sebagai tauladan. Mana yang buruk, sila tinggalkan. :)

Ok. Adik Nina ni tanya di shoutbox chat.


Oh. Dapat PDT. Kalau tak silap akak, dapat aliran sains kan? Alhamdulillah dan tahniah ye akak ucapkan. :)

Em facilities ape ye lagi. Rasanye sume dah diceritakan kat entry ini. Kalau akak cerita pasal PDT's life pula ok tak? Tapi, sikit jelah. Itupun, apa yang akak dengar-dengar dari kawan-kawan dan roommate akak sendiri.  ok x? Jangan marah ea kalau tak sama macam yang akak ceritakan ni. Peace! :)

Kalau Adik dapat PDT, tak la susah mana. Akan dapat biasakan diri dengan bestnye. Hehe.

Contoh yang paling jelas akak nampak (even akak hanyalah budak PST) ialah Kak Ika (roommate), Kak Ju dan Kak Fateh (classmates). Dorang ni semua adalah PDT. Tapi, bila batch akak masuk, kitorang sama-sama jadi PST. Nice huh? ;)

Aeh? Pening tak? Huhe.

Contoh:
Adik Nina ialah seorang pelajar PDT pada 2011/2012. Tapi, bila batch 2012/2013 masuk, Nina akan jadi PST sama macam dorang yang dapat PST waktu tuh (yakni batch 2012/2013). Haaa...Clear tak? Hehe.

PDT ini, banyak kelebihan juga tau. Antaranya:

1. Dapat ulang kaji pelajaran. Yelah. Sebabnye, korang akan belajar benda yang sama untuk 2 tahun pengajian di sana. So, peluang untuk fahami soalan dan ritma pengajaran juga lebih sedikit daripada budak PST yang kena jadi fast learner dan mungkin stressed bagi yang terlalu fikirkan stressed. Haha.

2. Belajar dalam keadaan relax. Kalau tak silap akak, masa batch 07/08 dulu, dorang banyak buat aktiviti. Ada pameran sains la. Hiking la. Macam-macam. Jeles juga kitorang yang budak PST ini tengok. Haha. Kalau tak silap akak juga, budak PDT akan belajar separuh daripada syllabus budak PST. So, bila Nina jadi budak PST tahun 12/13, mesti Nina dapat score banyak bagi quiz dan test. InsyaAllah. hehe.

3. Dapat menandingi pelajar PST. Inipun, bergantung pada diri juga. Kalau malas, tak dapat lah best. Tapi, kalau rajin, dan rezeki itu milik anda, insyaAllah, ok punya. Macam Kak Ju. Dia budak PDT. Dan sekarang sambung degree of Pharmacy di UPM. Best tak? So, rajin-rajinkan diri k. Hehe.

4. Dapat mengenali ramai guru. Disebabkan korang belajar selama 2 tahun, so, peluang untuk kenal ramai tenaga pengajar juga tinggi. Kalau ada benda yang tak faham, boleh tanya guru yang anda senangi. Haa... Kan bagus tuh. :)

5. Dapat mengetahui selok belok KMJ terlebih dahulu. Mana taknye, korang dah masuk setahun dari budak PST batch 12/13. So, of course la korang lebih tahu kan? Tapi, takmo sombong-sombong tau. Orang bertanya, kita jawab dengan baik kalau tahu. (n_n)

Oh ye. KMJ tidak menyediakan lift tau. Makanya, kalau dapat tingkat 4, sila sediakan stok makanan yang banyak. Huehehehe. Akak dapat tingkat 2. Just nice. ^_^ (saje nak bagi jeles. Haha.)

Perasan tak kenapa tulis, ninakim a.k.a nignagger? Sebab ini.


Ok. Itu jelah kot.


Akak dah update. Hehe. Hope u like it dan berpuas hati dengan entry yang tak seberapa ini. Semoga lebih berjaya di masa hadapan. Chaiyok2!! :)

p/s: kk tu ape ye? Huhu. Nanti akak update later kalau akak tahu. Hehe. Sory yup. :)
p/s/s: kalau tak faham dan ada sesuatu nak tanya, boleh je tanya di formspring akak. :)

Sunday, May 8, 2011

:)



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan lagu
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

::UNIC-LAFAZ YANG TERSIMPAN::

Tuesday, May 3, 2011

Perancangan Allah, Kita Tak Tahu

Salam untuk Sentiasa Mendapat Kesejahteraan. :)

Alhamdulillah. Mudah-mudahan begitulah kehendak alam. InsyaAllah.

Aku, bukan jenis orang yang merancang. Selalunya lah. Kalau merancang pun, pasti perkara itu tergendala. Ini cerita untuk masa sekarang. Tak tahulah akan datang kan. Bila cakap atau nak je, terus jadi.

Kadang-kadang sampai satu tahap, takut nak bagi cadangan dan idea untuk buat apa-apa.

Takut TAK MENJADI. ini Serius!

Macam mana ye?

Haiiiiyssh. Sedih juga rasa bila planning baik untuk keluarga tak menjadi. Rasa bersalah. Ok. Admit. Bukan salah aku pun sebenarnya. Dan bukan sebab aku benda itu tak jadi. Cuma cadangan itu dari aku.

Bila diam tanpa sebarang cadangan, orang lain yang nak berinteraksi pun rasa tak best. yelah. Jawapannya, "tak kisah", "mana-mana je", "ok je mana-mana", "ikut awak la".

Bila sudah beri cadangan, dan beri idea, tiba-tiba benda itu tak jadi, rasa sedih pula kan?

Sebab itulah pentingnya untuk kawal EMOSI. Jangan terlalu berharap dan jangan terlalu bertekad akan lakukan itu atau ini.

Bila tak menjadi, akan rasa rendah diri.
Bila menjadi, mula rasa riak di hati.

So, just relax and cool. Cool kan best!! :)

Bila kita dah mula dapat mengawal emosi, tiba-tiba, orang yang terdekat pula tak dapat menerima realiti.

Macam mana ye?

"Allah jualah sebaik-baik perancang"

Dilemma: Berdebar nak mengkhabarkan sesuatu perkara yang dirancang tetapi tidak menjadi (actually, ditunda) kepada orang yang tersayang. Semoga beliau menerimanya dengan redha. insyaAllah.