KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, May 8, 2011

:)



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih ku zahirkan lagu
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan atur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

::UNIC-LAFAZ YANG TERSIMPAN::

4 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

sebak....hmmm.....

Selamat HAri Ibu tuk Ummi Nur.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
NASI AYAM UNTUK IBU

azana [REPLY]said...

slamat ari ari buat ibu...huhe

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
tahu takpe. Semalam, baru dengarkan pada dia lagu ini. Ummi pun sebak. Huhu.

Selamat Hari Ibu juga kepada Mak Kak Nabilah! (n_n)

nunama [REPLY]said...

Azana:
hehe you too! Selamat Hari Bakal Ibu! Aeh? ;)