KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, February 27, 2010

di dewan pMr..

Assalamualaikum..


Ehehe nak dengar salah satu kisah berkenaan aku x?? peristiwa ini berlaku ketika aku di tingkatan 3.. sedang mengambil PMR di SMK taman rinting 2. Sehingga kini, masih jelas di ingatan aku keadaan dan suasana di dalam dewan peperiksaan itu.


Aku duduk tidaklah terlalu belakang sekali. Boleh dikatakan kedudukan aku ¾ daripada baris itu. Kalau tidak silap, waktu tuh, subjek sejarah.


Kononnya, dengan muka yang agak yakin,


semangat juang yang kental,


peluh sebaldi,


penuh ilmu di dada (yelah sangat),


senyum sampai ke telinga (fakta tentang aku utk hilangkan nervous),


aku melangkahkan kaki menuju ke tempat duduk yang telah disediakan untukku.


Tiba2…………………..


Aku pusing kiri,


Aku pusing kanan,


Aaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggggghhhhhh!!


Kenapa muka orang lain……


Saat itu…


Jantung berdegup kencang,


Darah tidak turun ke muka,


Ku pandang ke belakang,


Rakan sekelas ku sedang tersengih2 memandang ku…


adeeeeeehhhHhh!!


Rasa macam nak nyorok bawah meja jer..


Rupanya, aku tersalah tempat duduk laaa…


Konon2nya, nak masuk and nak duduk paling awal..


Nasib bek, aku mampu menenangkan diri sebelum peperiksaan bermula..


Kalau tidak………xtaulah ceq nak kata..


Ehehe..


p/s: len kali, jangan men agak2 jer.. pastikan betul2 kondisi anda..

salam bahagia.. =)

Wednesday, February 24, 2010

....

assalamualaikum.. =)

Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…

sumber: dari blog org len... ehehehe.. =P

Wednesday, February 10, 2010

aku berfikir...

hidup ni banyak side view..
orang ni pandang dari sudut ni..
orang sana pandang dari sudut sana..

kalau berbeza pendapat..
nak salahkan siapa pun tidak tahu..
last2, salahkan diri sendiri..
apa yang mampu..
terima seadanya dia..

bukan kiasan yang ingin dikata..
tapi, cuma hati yang berbicara..
tidak mampu nak ucapkan aku terluka..
hanya Allah yang Maha Esa mengerti segalanya..

biar hati penat merawat luka dijiwa..
asal jangan dia terluka..
itulah lumrah manusia..
nak jadi lilin yang kononnya membakar diri untuk membuat orang lain bahagia..
tapi, hati sendiri yang merana..
seharusnya kita menjadi pelita..
untuk menerangi insan lain supaya lebih ceria..

sALaM CeRia!!! =)=)=)

aku..

salam bahagia....!! :)

hehe aku tidak sabar-sabar pulang ke kampung halamanku.. sempena CNY.. emm tapi, bukan nak meraikan.. sekadar pulang melepaskan kerinduan yang kian bertimbun.. huahaha.. sabar..sabar..ujian tuh..


tetapi...malangnya...tiket HABIS.. wawawawa.. :'(


padan muka pada diriku sendiri.. itulah akibatnya kalau membeli pada saat-saat akhir.. aku siap ditegur oleh pekerja yang menjaga kaunter tiket tersebut.. masa tu, malu memang malu..tapi, buat tak tahu sudah.. takkan nak menangis kowt...?? eeerrr xmo lah!


dengan pantasnya, aku menelefon kakakku meminta pendapat.. (hehe nasib baik tengah lunch hour..kalo x...xtaula aku nak telefon sape lagi..). kebetulannya, salah seorang saudaraku akan berkahwin pada hari ahad ini.. jd, aku diminta untuk pergi ke rumah kakakku di Bangi..

yahoooooo!!! x sabar menunggu waktu itu.. =)=)=)=)=)=)=)

eerrrr.. apa yang aku dapat timba daripada pengalaman ini..
>1st of all, jangan bertangguh...aisyhhh..kan da susah..papepun kerja..homework ke, tugasan ker, tanggungjawab ke.. never TANGGUH-TANGGUH lagi!!!
>>kalau ada masalah, sila beritahu pada orang terdekat..manala tahu dia boleh membantu.. kadang-kadang, kita ini, tidak mampu untuk berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya simple + kacang je..ada orang kata, 'petik jari' pon boleh.. (suke ek buat masalah tu complicated??)
>>>orang ramai sedia untuk menegur kesalahan kita..tapi, sama ada kita sedia untuk mendengar atau tidak..itu terpulang pada diri masing2.. 'tepuk dada, fikir dengan akal, jawab sendiri'.. (aku sedia untuk belajar, mengajar dan diajar..hehe insyaAllah.. :) )
>>>>last skali kowt untuk entry kali ni, pulanglah ke kampung anda semua selagi mereka masih ada..jangan nanti, sudah terhantuk, baru nak terngadah.. ceeeett!! xda faedahnya.. ingat sebelum kena.. sedar sebelum lena..

umi...abah...nantikan kemunculanku... ;)

Saturday, February 6, 2010

anda yang macam mana??

Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.

Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN…

Cinta bukannya mencari seseorang yang
“SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!”
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yang dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tidak berniat langsung
“UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI…

Sakit… luka… hancur.. patah hati…
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa-apa.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dengan orang lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…

Hal menyedihkan dalam hidup ialah
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun
untuk seseorang yang tidak layak.
Kalau sekarang dia sudah tidak layak,
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.
Biarkan dia pergi dan lupakan.

sumber: mesej dan pendapat orang ramai..

Tuesday, February 2, 2010

::terima seadanya::

salam ukhwah kepada pembaca sekalian... :)

quote: the best and beautiful things can not be seen nor touch but are left in the heart..

hari ni, saya ingin bercerita mengenai pentingnya menghargai orang yang berada di sekeliling diri kita.. kita sering terlupa untuk mengucapkan syukur dan rasa terima kasih kepada Allah S.W.T di atas kurnianNya dalam memiliki sebuah keluarga dan ditemani oleh sahabat-sahabat yang membantu di dalam susah mahupun senang..

manusia mempunyai beragai-bagai sifat, perwatakan dan juga tingkah laku.. macam saya sendiri.. saya mempunyai kawan-kawan yang pelbagai ragam.. (keh3 saya sendiri ada ragamnya ye.. ;p) tetapi, ini tidak bermakna kami tidak sefahaman.. mungkin, ada ketika saya tidak sefahaman dengan si A tapi bersefahaman dengan si B.. itu adalah lumrah biasa yang semua orang akan alami.. oleh itu, saya kena bersedia untuk menerima seadanya diri mereka seperti mereka menerima saya tanpa syarat..

kadang-kadang kita alpa.. ada ketikanya, kita marah pada mereka kerana bersikap begitu begini...tapi, sedarkah kita bahawa sebenarnya mungkin dalam diam kita melakukan perkara yang sama kepada mereka.. jadi, adilkah kita untuk memarahi mereka?? tentu sekali tidak..

cuba kita duduk dan berfikir sejenak merenung atau bermuhasabah semula diri.. kita selalu sahaja tidak boleh menerima kelainan yang ada dalam diri seseorang itu.. selalu merasakan diri itu tidak mempunyai kekurangan..walaupun tahu yang sememangnya kita tidak pernah/akan sempurna..

cubalah untuk kali ini supaya tidak menidakkan sifat seseorang itu.. mungkin, perwatakan yang dia lakukan itu adalah untuk mengubat luka yang berada di dalam hatinya..mungkin juga sebagai cara untuk mengawal kemarahan yang menapak dalam dirinya (sumber manusia).. terimalah seadanya dirinya.. tetapi, janganlah sehingga perkara mungkar yang dia lakukan, kita masih berdiam diri.. mungkin, kita boleh 'slow talk' dan berbicara dengan santun dan hikmah.. Rasulullah SAW juga memberi nasihat secara bijaksana dan hikmah..

p/s: Ya Allah ya Tuhanku.. berikan aku kekuatan untuk menghadapi hidup ini dengan menanganinya secara bijaksana dan hikmah ilmuMu.. Amiin... :)