KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, December 20, 2012

A Learner.

Assalamualaikum.

Hemm. Tajuk je konon macam nak speaking London. Tapi, takpun.

Minggu ni., minggu belajar.

Dugaan. Ikhtiar. Ketentuan.

Mungkin, Allah nak uji.
Tanda Dia nak menjawab soalan untuk doa-doa aku selama ini.

Tapi, at the same time, perasaan takut itu ada.
Takut okkkkk.
Takut salah pilih.
Takut tak seperti yang disangka.

Haiilaa manusia. Macam ni la.

Tapi, aku memang seorang yang sukar memilih.
Aku akui itu.
Sebab itu, kalau boleh, nak ada satu pilihan sahaja supaya aku tak perlu memilih.

Nasib baik, tawaran u yang datang satu.
Nasib baik, tawaran matrik tak datang sekali dengan tawaran u.
Nasib baik.

Tapi, adakah sentiasa nasib baik menyebelahi diri?

So, here the story.

Aku kena memilih. Tapi, aku taknak pilih.

Tapi, kakak aku kata,

"sampai bila? You have to choose, adik. Mungkin dengan cara ini Allah nak ajar."

Iye. Betul tu kakakku. Tapi, kalau salah pilih macam mana? Haaa... :'(

"Kalau salah pilih, adakah kita akan terus gagal dengan pilihan kita tu? Mungkin ada sesuatu yang Dia nak bagi kan? Takkan la Dia saja-saja nak bagi kita salah pilih. Solat dik. Solat Istikharah. Kalau tak boleh, doa banyak-banyak. Minta Ummi, kakak-kakak ni ha, dan kawan-kawan pun boleh juga. Minta dorang doakan. Mana tahu, dorang yang dapat petunjuk tu."

Kata-kata beliau yang lain juga,

"Sebenarnya, Allah nak duga ko, dik. Antara kerjaya, family dan diri engkau sendiri. Pilihlah yang mana yang terbaik. Yang penting, pilihan itu, niat tu, keranaNya."

Ok. Sambil air mata turun kat pipi.

Sekarang ni musim sensitif betul. Sebut pasal family. Sebut pasal kerjaya. Aku sebak.
Orang luar hanya tahu menghukum.
Tapi, tak pernah tahu keadaan sebenar yang aku alami.

Tapi, aku faham.
Dorang tak tahu the real story.
Haruslah macam tu.

Keputusan tak dapat lagi.
Tapi, what is your decision nunama?
What is really you want in your life?

Aku rasa, minggu ni, aku kena banyak bertenang untuk berfikir dan bermuhasabah.

Doakan aku tau.

Thanks.

Allah, please lead my way.
:)

Thursday, December 6, 2012

Imaan.

Assalamualaikum.

Hari ini, dapat emel dari kakak usrah semasa di u dulu.

Hoho. Rindu sangat waktu itu.

Bertambah rindu bila kita saling ingat-mengingatkan.

Ah! Terasa ingin kembali ke zaman itu.

Mereka mendoakan aku sentiasa dalam kebasahan dan kemanisan imaan.
Serius terharu!

Tapi........imaanku.
Haiihh.
:'(

I just feel lonely.
Tolong bersama denganku, boleh?
Tolong ingatkan aku selalu, boleh?
Tolong tegur aku.

Mungkin sunyi tiada boyfriend/girlfriend. Tapi, lagi sunyi kalau tiada IMAAN.

Allahu Raab.
Tolong jaga hati-hati kami.

Aamiin.

Monday, December 3, 2012

Peluang.

Assalamualaikum.

Ok. Bila student's life dah tamat, mulalah fikiran ini duk fikir macam-macam.

Kerja, kerjaya dan kerahan tenaga.
Yeayyh!

Tapi, buat masa sekarang ni, aku tak boleh fikirkan tentang diri sendiri.
Banyak peluang aku ada dan dapat.
Semuanya aku boleh pergi bila-bila.
Tapi....aku punya tanggungjawab yang lebih besar.
Iya. Sangat besar.
Amanah!

Hoho.
Selalu orang cakap, "peluang takkan datang untuk kali kedua".
Tapi, aku harap, akan ada peluang lain untuk aku.

Ya Allah.
Tolong jagakan hati aku.
Aku perlukan sangat petunjuk dariMu.
Tunjukkanlah jalan terbaik untukku.
Hanya kepada Engkau aku berserah dan berharap.
Aamin ya Rabbal a'lamiin.
:')

Saturday, December 1, 2012

Aurat.

SCENE 1

"Hari ini mamabila tak tutup aurat sepenuhnya."

Aku terkedu. Diam. Kemudian aku bertanya,

"Kenapa pula? Apa yang tak tutup?"

"Mamabila tak pakai stokin."

Gugugugu~


SCENE 2

"Aeh tangan mamabila lagi putih la. Nak ambil gambar ngan tangan la."

"Jangan mamabila. Jangan. Aurat tu. Aurat."

Erk!

"Ok. (Sambil tersenyum)"


Aku harap aku mampu terus istiqamah.
:'(

ps: teguran tu dibuat oleh anak sedara aku yang lelaki. Dia tak ambil pun lagi UPSR. Huhu. Thanks kamu. Sebab ingatkan mamabila. :')