KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, July 29, 2014

Kereta vs Jodoh.

Assalamualaikum.
Hai.
Selamat hari raya aidilfitri!

Hehe. Makin lama, makin x sempat nak bagi kad raya kat orang.

Ok.
Back to topic.

Memilih kereta samalah macam kita nak pilih jodoh (if ada pilihan la).
Kita mungkin nak sangat kereta vios. Idaman sejak dulukala. Tapi, kita hanya mampu dapat myvi.

Banyak faktor. Mungkin sebab kita tak mampu miliki dia. Takpun, sebenarnya Allah tahu kalau kita ada vios, mungkin kita akan bertambah riak atau sebagainya.

Kita tak tahu rahsia Allah.

Sebab tu, sama jugalah dengan memilih jodoh.
Jodoh datang tanpa disangka. Kita tak tahu pon siapa jodoh kita.

Cuma, hati kena memilih dengan taqwa bukan nafsu. Boleh jadi, jodoh yang datang kita tak samgka dan kita tak harap langsung. Tapi, kalau Allah dah kata "kun fayakun", siapa kita untuk menidakkannya?

Istikharah lah.
Minta adik beradik sahabat handai tolong doa sama. Adakah dia terbaik untuk kita?

Entahla.
Yang penting, kena banyak lagi syukur dan solat sunat taubat. Takut ada yang terhijab. Kita manusia penuh dengan khilaf.

Allah.
Moga Allah permudahkan urusan jodoh saya, kamu dan kalian.
Kawan saya ada pesan, "doalah supaya kita tak perlu memilih dalam urusan jodoh. Biarlah yang datang itu mampu melengkapkan the other half kita. Dia tak sempurna. Kita sempurna sangat ke? Tepuk dada, fikir dan pilih menerusi taqwa."

InsyaAllah, kalau dia untukku, kau dekatkanlah hatiku kepadanya. Jika tidak, kau jauhkanlah hati ini jauh daripadanya. Semoga semua redha.

Selamat memilih jodoh yang sesuai dan baik!
Aamiin.
😊

"Dah ada calon ke?"
"Dah, Allah tetapkan. Cuma saya tak tahu siapa. "