KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, June 23, 2012

One step taken.

Khamis, 21 Jun 2012.

Bungkusan tudung bidang 60' sampai.

Excited? Haruslah. :)

Bila buka, ya Allah...Cantiknya tudung-tudung ni.

Hati berdebar lain macam.

Aeh...betul ke aku nak pakai macam ni. Betul ke betul ke?

Serius. Tak macam drastik sangat ke?

Macam-macam otak aku fikir. Jantung ni, toksah cakaplah.

Berdegup lain macam. Macam ape je.

Terus mesej teman yang tahu akan hasrat hati aku.

Air mata bertakung. Takpe. Tahankan. Diam.

Jumaat, 22 Jun 2012.

Aku ambil satu tudung yang sesuai dengan baju kurung untuk menghadapi exam sekejap lagi.

Serius. Berfikir lagi. Takpe ke? Takpe ke?

Apa orang kata? Orang nampak ape?

Haisyh...Takmo3. InsyaAllah. Aku buat semua ni, sebab Dia!

Sebab aku nak jaga diri aku. Aku da besar. Dah besar okay.

Tapi....takpe ke? Takpe ke?

Arghhh! Kalut.

Aku gagahkan juga tangan menggosok tudung itu.

Excited. Berdebar.

Alhamdulillah. Tudung itu terletak molek di atas kepalaku.

Aku lajukan langkahan kaki. Pantang nampak orang, aku tundukkan wajahku.

Malu...Malu jika mereka kenal waktu silamku.
Malu...Malu jika mereka kenal sikapku yang dahulu.

Iya.
Aku takdela baik sangat.
Dan aku juga bukanlah teruk sangat.
Cuma aku belum cukup solehah.
T_T

Bila aku pakai tudung itu, terasa macam tak layak.
Arghh!!

Ya Allah..
Semoga Engkau hadiahkan istiqamah keatasku serta kawan-kawanku untuk terus mengesakanMu.
Semoga hati kami tidak berbolak balik di atas segala kebaikan.
Aamiin.

Notakaki:
Aku memang berniat nak menutup sepenuhnya selepas aku tamat di USM.
Tapi, aku takut terlewat.
Lagi-lagi, hati aku begitu berdebar melihat tudung-tudung labuh itu, aku terus order.
Maka terawallah sikit perubahan yang sekecil hama ini.
Sebenarnya.....at the same times,
Aku takut juga jika hidayah ini Dia tarik.
Sebab itu, walau hati aku rasa takut, malu dan sebagainya, aku teruskan juga.

Kenapa selepas tamat USM?
Sebab aku taknak orang pandang aku.
Aku taknak ada orang cakap apa-apa.
Tapi, aku terlupa.
Kenapa aku perlu memikirkan pandangan manusia, sedangkan pandangan DIA padaku selama ini asyik memerhati?
Oh hatiku sebak.

Doakan supaya aku berubah sikit-sikit tapi kekal istiqamah.
InsyaAllah.

Saturday, June 9, 2012

I have to change!

Semalam dapat satu input.

Perubahan.

Aku......Terjeda seketika.

Ya.
Aku mungkin lebih baik daripada mereka.
Aku mungkin lebih terjaga maruah dan diri daripada mereka.

Tetapi...
kerana konon baiknya aku itu,
kerana konon terjaganya maruah dan diriku itu,
aku jadi tidak sesyukur mereka.

Arghhhh!

Hati memberontak.
Hati malu.

Memang aku punya niat yang satu.
Perubahan yang lebih baik dan solehah.
Perubahan yang mematangkan aku.

Cuma....itulah aku.
Masih tebal dengan sifat malu yang tidak bertempat!

Woi!
Kau nak berubah kepada kebaikan pun malu ke???

Iya. Aku malu.
Sangat malu.
Malu pada Tuhan yang pastinya.
Semacam aku hipokrit.

Doaku.
Sujudku.
Kepada Dia yang satu.

Tapi, hati masih berbagi-bagi.
Pada dunia dan isinya, yang tentu-tentunya tidak kekal lama.

Konon sayang mahu tinggalkan zaman 'keceriaan', zaman 'bebas', zaman 'huha-huha'.

Arghhhh!!

Ya Allah.
Aku mahu seorang yang mampu dan terus membimbingku ke jalanMu.
Terus mencari redhaMu.
Terus mengharap kasih sayangMu.
Bukan hanya datang kepadaMu di saat duka menghimpit kalbu.
Bukan hanya datang kepadaMu di saat masalah bertimpa.

Ya Allah.
Kurniakan aku seseorang itu.

Berubah memerlukan mujahadah yang tinggi.
Mampukah aku?

Thursday, June 7, 2012

Tawar.

Makin banyak hari dilalui, janganlah hati ini tawar dan takda rasa.

*angin berdesir*

Bila benda yang kita buat dah takda jiwa, benda kecil pun rasa besar.
Yang senang, jadi susah.

Aku tak nak rasa ni.
Mungkin sebab dah terlalu lama dan terperap dalam diri, buat aku rasa bosan dengan semua ini!

Aku tahu.
Aku faham.
Allah sedang uji hati aku.
Uji rasa aku.
Uji keadaan sekeliling aku.

Sebab itu aku mencari Dia dalam setiap lakuku.
Aku buat sebab Dia.
Kalau buat sebab nak dapat markah/pujian/hadiah, aku rasa kerja aku takkan siap.
Memang takkan!

Disebabkan ini amanah, aku teruskan langkahan kaki.
Walau perit.
Walau sakit.
Peduli apa aku orang kata.
Bukan mereka yang merasa apa yang aku rasa.

Tapi, kadang-kadang aku tewas.
Tewas dengan amarah sendiri.
Tewas dengan kemanjaan diri.

Aku terlupa.
Allah sedang menguji.
Allah sedang memerhati.

Ahhhh! Malunya pada diri.

Susah kalau dah tawar hati.

Emm... Boleh tolong berikan 'gula' kepada hati saya ni? ;)