KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, June 9, 2012

I have to change!

Semalam dapat satu input.

Perubahan.

Aku......Terjeda seketika.

Ya.
Aku mungkin lebih baik daripada mereka.
Aku mungkin lebih terjaga maruah dan diri daripada mereka.

Tetapi...
kerana konon baiknya aku itu,
kerana konon terjaganya maruah dan diriku itu,
aku jadi tidak sesyukur mereka.

Arghhhh!

Hati memberontak.
Hati malu.

Memang aku punya niat yang satu.
Perubahan yang lebih baik dan solehah.
Perubahan yang mematangkan aku.

Cuma....itulah aku.
Masih tebal dengan sifat malu yang tidak bertempat!

Woi!
Kau nak berubah kepada kebaikan pun malu ke???

Iya. Aku malu.
Sangat malu.
Malu pada Tuhan yang pastinya.
Semacam aku hipokrit.

Doaku.
Sujudku.
Kepada Dia yang satu.

Tapi, hati masih berbagi-bagi.
Pada dunia dan isinya, yang tentu-tentunya tidak kekal lama.

Konon sayang mahu tinggalkan zaman 'keceriaan', zaman 'bebas', zaman 'huha-huha'.

Arghhhh!!

Ya Allah.
Aku mahu seorang yang mampu dan terus membimbingku ke jalanMu.
Terus mencari redhaMu.
Terus mengharap kasih sayangMu.
Bukan hanya datang kepadaMu di saat duka menghimpit kalbu.
Bukan hanya datang kepadaMu di saat masalah bertimpa.

Ya Allah.
Kurniakan aku seseorang itu.

Berubah memerlukan mujahadah yang tinggi.
Mampukah aku?

2 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

mampu..!! (^_^)

Amin...moga Allah makbulkan doa Nur.. :)

nunama [REPLY]said...

Aaamiinn! :)

Thanks kak for the support! huu