KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, November 3, 2014

Sayang Mereka.

Assalamualaikum.

Salam bahagia!

Ingat lagi post lama ni.. ?

So, kita extend kan sikit.

Masa aku buat entry tu dulu. Abah masih ada. Pergi ke pasar dengan umi. Masa aku banyak terluang di rumah kerana cuti semester. Manja aku mereka yang rasa.

Kala ini, kerana kesibukan bekerja, aku kadang-kadang terlupa untuk bermanja. Acap kali perkataan maaf keluar dari bibir kerana kelalaian membelai dan memanjai ummi. Maaf. Tak terhitung banyaknya.

Jelas dan ketara sekali.

Bila dalam masa yang sama menjaga anak saudara yang masih kecil, terlihat bayangan ummi menjagaku ketika kecil. Sungguh. Sebak itu pasti ada.

Kewangan.
Kemanjaan.
Kelapangan masa.
Semua dicurahkan pada anak kecil.

Seharusnya, ketika mereka tua, mereka mengharapkan balasan yang sama. Kita yang anak selalu tidak sedar.

Bilakah mahu sedar?
Bila mereka sudah tiadakah?
Allah. Semoga kita bukan tergolong dalam golongan itu.

Semoga sempat untuk memohon maaf untuk keberapa kali.

Kadang-kadang rasa diri tamak.
Bila bekerja di kL, memohon bekerja di johor untuk menjaga ummi.
Dan kini, terlepas juga kadang-kadang daripada mulut memohon bekerja di kampung.

Terasa mahu dekat dengan ummi selalu.

Masa raya haji, aku agak happy jugakla. Sebab memasak berdua dengan ummi. Sebab aku lebih kenal ummi. Walaupun aku selalu buat yang aku tak faham, tapi aku faham ummi sangat.

Hati dia.
Fikiran dia.
Sebak dia.
Aku tahu semua.

Cemburu juga sebab aku tahu benda yang tak sepatutnya aku tahu. Dalam masa yang sama bersyukur tu tetap ada.

Cuma yelah. Tak semua anak faham naluri ibu atau bapanya.

Jadi, moga kamu dan aku mampu memahami mereka seperti mereka memahami kita.

Allahummagh firli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghiro.

Aminnn..

Sayang ummi sangat.
InsyaAllah.
Moga Allah redha perjalanan hidup aku dunia dan akhirat.
Moga ummi redha.
Abah, miss you damn much.
Al-Fatihah.
:')