KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, January 4, 2015

Pre and Post.

Assalamualaikum.

Hehe. Tiup-tiup sarang dan habuk yang bersepah sepah kat sini.

Sebenarnya terlupa password under nama nunama. Err so, guna jelah nama nur san ni. Huuu.

Pre.

Anak ternampak gambar ibu dan bapanya berdua duaan atas motor.

Ibu : haa ni ibu nak g jalan-jalan ngan abah masa tunang.
Anak : tunang? Bukan tak boleh ke ibu macam ni? Haram kan?
Ibu : aeh3.. bukan. Ibu baru kawen dengan abah masa ni. Jalan-jalan pusing Malaysia.

Post.

Anak : ibu... abang nak bawa awek abang makan-makan jap.
Ibu : haaa pegilah abang. Hati-hati bawa anak dara orang. (Dengan alasan, ibu pernah buat benda yang sama masa zaman dulu.)

Nampak normal kan?

Tapi, sebenarnya yang salah tetap salah.
fuuh. Berat nanang tajuk nih.

Contoh lain, bapa tak bagi anak hisap rokok. End up, asap berkepul kepul keluar dari bibir si bapa. Anak pon nampak inilah gaya hidup yang unggul.

Aeh macam lari topik. Macam tak sampai perkara yang nak disampaikan.

Tapi, secara kesimpulan, apa yang kita buat sebelum, kebarangkalian anak kita akan buat benda yang sama di kemudian hari. Pastu, sesedap kita nak marah kat anak kita.

Bukan senang nak jadi baik dan terus kekal baik. Ada je halangan.

Tapi, jangan pernah putus asa.
Kerana rahmat dan kasih sayang Allah tu Maha Luas.

Kalau kita pernah terjatuh, bangkit dan betulkan kesilapan.

Itu mungkin jadi kesilapan kita. Tapi, jangan diulang sehingga menjadi dosa yang berterusan.

Allah.

Berat nanang.
Semoga kita semua istiqamah.
Allahumma ammin.