KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, September 29, 2015

Once broken, considered sold!

Aduiii.

Sedihla rasa hati.
Ummi merajuk dengan aku.

Entahlah. Tak tahu nak cerita macam mana. Tapi, salahkan jelah diri aku yang serba kekurangan ini.

Buat itu salah.
Buat ini salah.

Rasa bersalah. Sangat.

Tolong doakan ummi lembut hati.
Maafkan aku.
Aku buat semua ni sebab sayang kat dia.
Sebab demi kebahagian bersama.

Kalau ditanya kemana duit aku pergi, pasti bersamanya.
Sedih.
Bila tindakan disalahertikan.

Mohon doakan ye.
Aku tahu aku berdosa.
Banyak doa aku tak termakbul.
Semoga doa korang termakbul.
Aaamiiinn.

:'(

Saturday, September 26, 2015

#inisungguhohsem

Assalamualaikum.

Salam Zulhijjah.
Salam ONEXOX.

Hehe.

Rata-rata kawan di facebook, yg merangkap kawan di ofis, kawan baik, kenalan duk geram je kat aku.
Sebab sikit-sikit up status ONEXOX.

Pasaipa padayappa?

Ok.
Aku sedang mula bergiat dalam bisnes. Ini baru permulaan. So, akan datang ada bisnes lain. Tapi tu dengan kakak aku.

Kira baby step la utk aku buat benda-benda ni. Takpelah. Pelan pelan kayuh.

Kenapa ONEXOX?
1. Sebab aku pengguna dia. Da setahun dah. Kawan-kawan ajak da lama untuk jadi dealer/subdealer. Tapi aku ni byk tanggungjawab. Duit ada, tapi save untuk benda lain. So, aku hold.
2. ONEXOX best. Banyak benefit yang aku dapat. Nak cite banyak, satu page tak habis.
3. Baby step utk tingkatkan keyakinan untuk jual benda yang lebih besar pula. Setakat sim kad, orang pandang sebelah mata je. Kecil kecil cili padi. Hehe. Ambil skills untuk jadi seorang penjual.

Konsep jualan aku ;
1. Aku cerita apa yang aku rasa/suka semasa guna ONEXOX.
2. Tak perlu nak jatuhkan telco atau orang lain punya market.
3. Korang tanya, tapi taknak beli, aku anggap itu oppurtunity. Utk aku asah skill diri.

Sekian, terima kasih.
Kalau berminat, boleh hubungi telefon aku, preferred whatsapps, tanya lebih lanjut pasal apebende la haii ONEXOX ni.

#inisungguhohsem hashtag yang aku create kalau aku cerita pasal ONEXOX. Sebab dia memang Ohsem!

Yang benar,
NurNabilahMahabar
0137184296
Dealer ONEXOX Anda
:)

Wednesday, September 9, 2015

Takkan La Takde...

Assalamualaikum.
 
Hai!
Sambil lambai-lambai tangan.
 
Harini motif lebih kepada personal.
Bahahah.
 
Bengong sikit sebab bulan ni da start projek baru.
Stress yang tak bape nak stress.
Tapi stress?
Argh. Biarlah.
 
Here goes the story.
 
Kadang-kadang, I feel like annoying and boringggg bila orang asyik tanya bila nak kahwin.
Seriously, Iolss sangat letih.
Bilalah suami-yang-Allah-jodohkan untuk aku ni nak muncul?
 
So, nanti, bila aku cakap I do not have the special, they will questioned me back with a statement,
 
"TAKKAN LA TAKDE......."
 
So, I made a conclusion..
 
With perasan mode giler tahap nak pengsan,
 
Agaknya, lelaki-lelaki ni taknak ngorat sebab ingat aku ni dah ada someone steady!
 
Blurghhh.
 
Well, I asked my friends to find a husband for me.
Yes, they did.
 
But none of the guy give me a call.
#sosad
 
So, can you tell me another way to find a husband?
;)
 
Notakaki: Masa bercinta kali pertama dan terakhir dulu, I made an oath. I am tired of falling in love with the guy-not-meant for me. (tired la konon. Padahal, sekali je aku bercinta!) So, I told him, kalau aku dan dia putus, I would not fall in love with any guy except my Husband!
 
Adakah sumpah itu sedang menguji aku? Hehe.
 
Kalau betul, moga Allah lindung hati aku untuk mencintai manusia yang tidak selayaknya untuk aku cintai.
 
My lovey dovey for stranger's man just for my husband.
InsyaAllah..
:D

Wednesday, June 24, 2015

Tak Sama.

Assalamualaikum. Hai.
Salam Ramadhan.

Rindu abah.
Setiap kali Ramadhan, pasti teringat akan Ramadhan terakhir dengan abah.
Rasa xpuas.
Rasa tak lengkap.

Rindu tunggu waktu berbuka sambil tahlil ringkas.
Rindu isi minyak van malam-malam.
Rindu nak bebel kat abah.

Rindu sangat.

Aku ni, nampak je macam kuat.
Tapi, baca cite pasal parents, tgk tv pasal parents, meleleh air mata.

Kadang-kadang teringat bau masyam abah.
Kadang-kadang terbayang manja abah.
Kadang-kadang senyum sorang2 sebab abah penuh dengan senyuman.

Entah.

Tak bersyukur ke aku ni?

Ramadhan tetap rasa lain. Tetap rasa tak sama.

Miss you abah.
Adik baca Al-Fatihah banyak2 untuk abah k.
InsyaAllah.
Semoga abah bahagia di Sana.
Aamiiin.

Saturday, March 21, 2015

Sahaja.

Assalamualaikum. 
Hai.

Haha.

Macam seronok berblog instead of facebooking tweeting. Instagraming seronok juga. Cuma, currently, not have picture (s) to share.

Minggu depan nak pergi perak. InsyaAllah. Pastu pergi Port Dickson.

Macam busy sangat.
Padahal jalan-jalan. 

Tak de topik khusus. Saje nak bubling kat sini.

Penat sikit.
Berpindah bilik.
kahkahkah. 
Dari bawah ke atas.
Tak siap kemas pon lagi.

PenaT.

Memang entry bersahaja namanya ni.
takde motif.
Heheehhehe.

Thanks for reading.
kenyit mata sikit.
;)

Thursday, March 19, 2015

Separuh Hari.

Assalamualaikum. 
Hai.

Haha.
Tak tahula kenapa.
Kadang-kadang fikir Tuhan beri aku masa untuk fikir pasal Dia.

Ok.
Masih menanti dengan sabar.

Dah separuh hari melepak takde buat aPe.
Kerja semua dalam lappy.

Meja siap kemas comel-comel.
Fail siap susun cantik-cantik.

Okla.
Terus pergi lunch lah.

Bai!

*ICT, teruerima kasih bagi saya takde buat ape. Err.

Sunday, March 15, 2015

Buku.

Assalamualaikum.
Hai.

Bila cerita pasal buku, semua rasa ada.

Happy.
Geram.
Sakit hati.
Jeles.
Marah.
Sabar.
Semua ada.

Aihh buku pon boleh ada rasa jeles?
Weyyy jeles la bila orang lain da dapat atau baca, aku belum lagi. Hee.

Kalau pergi keluar, selalunya dalam beg aku ada satu buku. Supaya x bosan. Xdela mengantuk.

Tapi, kali ni, rushing sangat, sampai terlupa nak grab satu buku. Haisyh.

Sakit jiwa.

Makanya, kita taip-taip.

Lepas ni, stock buku letak dalam kereta.

Yeayyyyy!!

Happy me!
:)

Wednesday, March 4, 2015

Telekung.

Assalamualaikum. 

Hai.
Bertemu lagi.

Kali ni, nak cerita pasal tajuk kat atas tu.

Sekarang ni kan aku duduk dengan kakak aku yang ada seorang anak kecil yang akan berumur 2 tahun bulan Jun 2015.

Akibat terlalu eksaited tengok budak kecil pakai telekung, aku pon belikan dia sepasang.
oh. Comel!

Budak-budak. Pakai ape pon comel!
Hehe.

Dijadikan sewaktu maghrib,
Kami nak solat. Tetiba anak kecil ni pon nak solat sama. Aku pakaikan Telekung itu.

Masya-Allah.

Menitik air mata aku melihat dia mengikut pergerakan solat kami. Siap bacaan lagi.

Allah.

Sejuk perut aku walaupun aku tak mengandungkan dia.

Terus teringat ummi kat kampung tu.

Agaknya, macam nilah rasa ummi kalau lihat anak dia lakukan perkara yang baik dan elok.

Tersentuh.
Terharu.
Gembira bercampur aduk.
Rasa nak peluk erat.

Terima kasih Tuhan.
Atas segala kurniaan.

What if?
Kalau anak itu buat perkara yang tak elok?

Allah.

Haru biru rasanya.
Menyentap ulu hati jantung limpa.
Sedih tak terkata.

Sebab tulah, bila da berumahtangga nanti baru tersedar bahawa besarnya pengorbanan mereka.

Allahurabbi.

SayanG mereka!
:')


Thursday, February 26, 2015

Majlis Kahwin Idaman

Assalamualaikum. 

Hehe. Tajuk macam da ada calon.

Takpon. Belum bertemu lagi. Tapi ini impian. Impian sungguh.

Bila cerita kat umi pon, umi ok.

Sayang umi. Terima kasih faham anak dia yang pelik ni.

So, mari mulakan.

1. Takde sanding. Sebab aku ni pemalu orangnya. Kalau duduk kat depan tu, mesti blurr. Macam tak tau nak buat ape.

2. Sempoi sambil layan tetamu. Bila takde sanding, peluang beramah mesra dengan para tetamu tu banyak sikit. So, tetamu boleh selfie2 sambil2 tu. Takdela tetamu makan je. Pastu balik tanpa dapat berbual dengan pengantin.

Masa ni juga boleh kenal-kenal dengan orang kampung.

3. Photographer tu kalau xde xpe. Kalau ada, dikira bonus. Sebab, nak jimat. Kalau xde, nak pinjam hp atau dslr kawan2. Minta la anak sedara ambilkan. Free of charge. Senang. Dah snap2, buat album kahwin sendiri. Very the jimat.

4. Taknak make up. Sebab rasa cam hodoh giler. Hahaha. Tapi, depends la pada situasi time tu. Takut kena bebel dengan kakak2 je. Haru!

5. Makan damai. Yang ni pun tak perlu. Cuma buat tempat special sikit untuk pihak lelaki. Meraikan tetamu yang hadir. Pengantin jangan nak mengada sangat. Makan je apa adanya. Hehe. Simple.

6. Guest book. Yang ni nak kena ada. At least, dapat la tahu siapa yang hadir. Kot-kot la tak sempat jumpa orang tu.

7. Baju kawin tu semua nak simpan. Nak pakai bila rindu nak kawin. Hahahahahah. Nak pakai bila rasa menggedik. Kehkehkeh. So, nak simpan. Nak simple tapi cantik pada pandangan diri sendiri. Hee. Sebab xtau orang nampak cantik atau tak.

Emm apalagi ye. Macam nak buat sampai 10. Tapi rasanya cukup takat ni. Kalau ada, kita tulis lain.

Semoga bakal suami aku yang tak tahu siapa tu boleh terima majlis kahwin idaman aku ni.

Semoga Allah izinkan aku bertemu jodoh di dunia ini.

Aamiiin.

Selamat malam.
:)

Sunday, January 4, 2015

Pre and Post.

Assalamualaikum.

Hehe. Tiup-tiup sarang dan habuk yang bersepah sepah kat sini.

Sebenarnya terlupa password under nama nunama. Err so, guna jelah nama nur san ni. Huuu.

Pre.

Anak ternampak gambar ibu dan bapanya berdua duaan atas motor.

Ibu : haa ni ibu nak g jalan-jalan ngan abah masa tunang.
Anak : tunang? Bukan tak boleh ke ibu macam ni? Haram kan?
Ibu : aeh3.. bukan. Ibu baru kawen dengan abah masa ni. Jalan-jalan pusing Malaysia.

Post.

Anak : ibu... abang nak bawa awek abang makan-makan jap.
Ibu : haaa pegilah abang. Hati-hati bawa anak dara orang. (Dengan alasan, ibu pernah buat benda yang sama masa zaman dulu.)

Nampak normal kan?

Tapi, sebenarnya yang salah tetap salah.
fuuh. Berat nanang tajuk nih.

Contoh lain, bapa tak bagi anak hisap rokok. End up, asap berkepul kepul keluar dari bibir si bapa. Anak pon nampak inilah gaya hidup yang unggul.

Aeh macam lari topik. Macam tak sampai perkara yang nak disampaikan.

Tapi, secara kesimpulan, apa yang kita buat sebelum, kebarangkalian anak kita akan buat benda yang sama di kemudian hari. Pastu, sesedap kita nak marah kat anak kita.

Bukan senang nak jadi baik dan terus kekal baik. Ada je halangan.

Tapi, jangan pernah putus asa.
Kerana rahmat dan kasih sayang Allah tu Maha Luas.

Kalau kita pernah terjatuh, bangkit dan betulkan kesilapan.

Itu mungkin jadi kesilapan kita. Tapi, jangan diulang sehingga menjadi dosa yang berterusan.

Allah.

Berat nanang.
Semoga kita semua istiqamah.
Allahumma ammin.