KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, March 4, 2015

Telekung.

Assalamualaikum. 

Hai.
Bertemu lagi.

Kali ni, nak cerita pasal tajuk kat atas tu.

Sekarang ni kan aku duduk dengan kakak aku yang ada seorang anak kecil yang akan berumur 2 tahun bulan Jun 2015.

Akibat terlalu eksaited tengok budak kecil pakai telekung, aku pon belikan dia sepasang.
oh. Comel!

Budak-budak. Pakai ape pon comel!
Hehe.

Dijadikan sewaktu maghrib,
Kami nak solat. Tetiba anak kecil ni pon nak solat sama. Aku pakaikan Telekung itu.

Masya-Allah.

Menitik air mata aku melihat dia mengikut pergerakan solat kami. Siap bacaan lagi.

Allah.

Sejuk perut aku walaupun aku tak mengandungkan dia.

Terus teringat ummi kat kampung tu.

Agaknya, macam nilah rasa ummi kalau lihat anak dia lakukan perkara yang baik dan elok.

Tersentuh.
Terharu.
Gembira bercampur aduk.
Rasa nak peluk erat.

Terima kasih Tuhan.
Atas segala kurniaan.

What if?
Kalau anak itu buat perkara yang tak elok?

Allah.

Haru biru rasanya.
Menyentap ulu hati jantung limpa.
Sedih tak terkata.

Sebab tulah, bila da berumahtangga nanti baru tersedar bahawa besarnya pengorbanan mereka.

Allahurabbi.

SayanG mereka!
:')


0 org berkongsi rasa: