KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, April 29, 2011

KMJ: special dedication for Adik Hummairah. :)

Salam Ceria Kawan2! :)

Selepas hari itu orang duk cerita pasal result SPM, sekarang ni, adik-adik yang mengambil SPM pasti berdebar-debar nak tunggu tawaran pula kan? Hehe. Relax je. *padahal, masa aku dulu pun, berdebar2 juge. hehe*

Ok. Entry ni special untuk Adik Hummairah. Dia tanya kat shoutmix.


#1 Life at KMJ

Life dia sama je macam kolej-kolej lain. Biasanya, start kul 8am - 5pm. Ikut timetable masing-masing. Kalau dulu, akak dapat KH3P21 (baca: Kuliah Hayat 3 Praktikum 21). Pening? Hehe. Relax.

Maksud dia macam ni. Hayat utk pelajar yang ambil Biologi, Kimia dan Math (bukan hanya ada math mode sahaja, tapi, add math sekali).

Kalau dapat KF3P18 (baca: Kuliah Fizikal 3 Praktikum 18). Fizikal pula dorang ambil subjek Fizik, Kimia dan Math.

....Akak dapat Fizikal instead of Hayat. Tapi, akak tukar. Pertukaran hanya boleh dilakukan masa minggu orentasi sahaja. Kalau nak tukar dari PST (Program Satu Tahun) ke PDT (Program Dua Tahun) pon boleh. Tapi, akak tak pasti prosedur macam mana. Hehe...

Kuliah ni, campuran beberapa praktikum yang lain. Praktikum pula, macam kelas. Selalunya, praktikum hanya mempunyai 18-24 orang pelajar. Sikit kan? senang sikit nak faham. :)

Kuliah macam belajar beramai-ramai yang kita tgk dalam drama tuh sume. Dalam lecture hall. Selalunya, lecturer hanya mengajar. Tapi, dorang still akan tanya di akhir slot, "Ada sesiapa yang tak faham?" atau "Ada sesiapa nak tanya soalan?". hehe. Common things. Dan pelajar selalunya diam. Hahaha. Kan? Tapi, masa KH3 batch 07/08, ada juga yg rajin bertanya. Depends la pada zaman dan perangai pelajar waktu tu. :)

Praktikum pula, perbincangan dengan lecturer. Masa ni adalah masa terbaik untuk bertanyakan soalan yang tidak difahami. Selalunya, tutorial dah diberi siap-siap selepas habis satu bab takpun, selepas beberapa kuliah. It depends on lecturer yang mengajar kuliah. So, kena alert masa last kuliah. *Masa awal-awal, kalo ngantuk, nak tido pon boleh.* Hahaha. Aeh? takmo2. Jangan buat macam tu tau. ;p

Subjek lain yang kena belajar selain 3 basics di atas ialah Dinamika, Sains Komputer, Pengajian Islam dan English.

Dinamika.
Subjek yang ajar protokol2 ketika di majlis-majlis besar. Eceh! hehe. Ajar cara makan, pegang sudu, dress-up, dan protokol-protokol lain. Nanti, akan ada Malam Dinamika a.k.a dinner. Masa ni, nak nasihatkan adik-adik supaya jangan berlebihan ketika berbelanja. Ada orang, sanggup beli baju mahal-mahal untul majlis ini. Padahal, kalau pakaian itu kemas dan bersesuaian, ok je. Kalau mampu, takpela kan. Markah pun bukan bergantung pada betapa mahalnya baju tuh. Tiada hypothesis yg menyatakan, "semakin mahal baju yang dipakai, semakin banyak markah". Takda2. hehe.

Sains Komputer.
Ajar kita guna microsoft excel, adobe photoshop, dan macam-macam lagi. Subjek ni cross ngan Dinamika selalunya. Kalau Dinamika kena ambil semasa sem1, Sains Komputer kena ambil semasa sem2. Macam itulah jikalau sebaliknya.

Pengajian Islam.
Subjek ini kita perlu lulus. Nanti, kuar result, tak cantik. *Aeh, untuk result je? Actually, untu makanan rohani juga. Hehe. Penting2.* Ada ujian hafazan dan bacaan Al-Quran. Masa akak dulu, Ujian Hafazan dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas. Mudah kan? hehe.

English.
Haa. Ada presentation. Kalau macam kawan akak di KMPP (Fiera, Ida dan lain-lain), dorang buat sketsa lakonan. Kalau macam kitorang, buat Forum, Debate dll. Depends pada lecturer. Subjek ini sebenarnya preparation untuk kita ambil MUET di matric. MUET selalunya semasa semester 2. Buat betul-betul tau. :)

Laboratory.
Hanya ada untuk subjek Biologi, Kimia dan Fizik. Pelajar Akaun tiada lab. Huhe. Lab coat pun diberi...........pinjam. Huahaha. Ok la kan. Kalau di U, lab coat sendiri. Busuk sebab sendiri, kotor sebab sendiri. Hehe.

zaman akak: suka giler pergi Lab. Terutama lab kimia. Seronok. Alatan dia lengkap. hehe. (n_n)

#2 Dress code

Hehe. Yang ni, bagi yang ingin cepat membesar, tak berapa suka sangat kot. Sebab, kena pakai baju kurung bagi perempuan dan kemeja ber-tie dan tuck-in bagi lelaki. Kalau non-muslim, kena pakai skirt/seluar bawah lutut.

Bahagian kaki, of course la kena pakai kasut bertutup. Warna apa-apa tak kisah. Dulu, akak pakai warna putih dan hitam je. Haha. Selebet je.

Tudung pun tak kisah warna apa-apa. Nak pakai selendang, lilit kepala, suka hati. Asalkan bertudung. Tapi, kalau yang free hair, WAJIB pakai masa kelas Pengajian Islam. Nanti kena hentam dengan ustazah. Tapi kan, kalau bertudung terus, lagi comel. Seyes tak tipu. :)

Dalam library pun kena pakai yang kemas-kemas. TIDAK DIBENARKAN memakai selipar. Selipar Jepun ke Korea ke Perancis ke. Tak boleh. At least, pakai sandal.

.....Akak pernah kena tenung ngan librarian sebab pakai selipar masuk library. Masa tu nak ambil reference yang akak pinjam je pun. Hihihihi. Tak perasan tersarung selipar. Dah sampai library baru perasan. Tak sempat (malas sebanrnya) nak patah balik. Pujuk kakak tu kejap, cepat2 ambil reference, terus blah. Hahaha.......

Kalau setakat nak pergi masjid, ko-op (kedai runcit), cafe, pakai selipar je ok. Ikutlah. Kalau nak pakai baju kurung dan berkasut tutup pun boleh. Manala tahu tetibe nak pakai baju kurung malam-malam kan. Haha. ;p

Haaa! kalau kelas malam pun (selalunya kelas ganti atau nak kejar silibus), kena pakai baju kurung dan berkasut tutup tau. Tapi, pandai-pandailah korang pujuk lecturer eah? hehe. Lecturer akak best2 waktu tu. Dia benarkan kitorang pakai track suit dan t-shirt. Cuma kena pakai sandal. Takleh selipar. Hehe. Jangan jeles.

#3 Pros and cons

Pros. 
1. Ada cyber cafe. Library. Dalam library pon ada internet. Tapi, satu jam seorang kalau tak silap. Tak tahulah sistem sekarang macam mana. Entah-entah dah tak laku cyber cafe dan library tuh. Sebab, masing-masing ada laptop sendiri.

Aeh. Kitorang dulu, buat report, guna tangan. Memang season. Tapi, cantik. Hehe perasan! Cuma coursework English kena guna type-written. Ikut lecturer juga sebenarnya.

2. 1 bilik, ada 4 katil untuk 4 orang. Best! Lagi-lagi masa bulan puasa. Kitorang bangun sahur dan berbuka bersama. Kalau nak meriah lagi, ajak budak bilik depan, kiri dan kanan join sekali. Hehe. Tapi, korang tak sempat rasa kot. Sebab kali ni, daftar semasa raya kan? Hahaha.

3. Setiap orang ada meja study, kerusi, dan almari. Tilam pun disediakan. Bantal pun disediakan. Cuma kena pulangkan masa hari terakhir di situ. Bawa cadar dan sarung bantal je.

...Akak bawa bantal lebih, sebab suka peluk bantal masa tidur. Hehe. Depends pada korang....

4. Ampaian pun selesa. Ada mesin basuh. RM2 setiap kali basuhan.

5. Bilik pantry, iron, iron board, mesin air panas sejuk pun ada.

6. KMJ ni, pada akak, kedudukan dia sistematik. Masjid, library, ko-op, bilik tutor, kuliah, bilik lecturer, ada di tengah-tengah. Sekeliling tu, kolej kediaman.

7. Ada basikal, court badminton, tennis, squash, futsal, sepak takraw, playground (kat kawasan kediaman lecturer. wahaha).

8. kalau jogging masa pagi-pagi atau petang-petang pun seronok. Suasana yang nyaman. Sebab berdekatan dengan hutan. So, dapat sedut banyak oksigen yang fresh. Tapi, tak tahulah keadaan cuaca sekarang ni, suasana kat sana masih sama atau tidak.

9. Pakcik penjual Aiskrim depan pintu masuk KMJ. Haa!! Best. Try la rasa. Hehe. Murah. But again, tak tahulah masih sama ke tidak penjualnya.

.....Rindu nak makan Aiskrim bersama 'Aieen dan Su....

10. Tasik Buatan. Dalam ni, ada ikan-ikan yang sentiasa lapar. Kalau bosan, stress, berdating, bawa la roti-roti yang expired bagi makan kat ikan tu. Hehe.

......Berdating ngan Kak Ika. Hahaha......

11. Outing. Boleh naik "kereta sapu" macam teksi jugala ni. Tapi, kena charge RM1 seorang. Ada disediakan bas juga. RM1 seorang. Ntah ada ke tidak Uncle Raja. hehe. Pergi bandar Tangkak selalunya. Haaa... Boleh la membeli kain. Dorang kata murah-murah.

12. Yang paling penting, lecturer semua sporting dan best-best!! Hehe.

13. Kedua terpenting. Tomyam cafe C menjadi favourite akak dan roommate2 akak. Aeh? ;p

.....Kak Ika yang perkenalkan. Kongsi-kongsi.......

14. Akan ada sesi photography. Pakai coat. Smart. Macam kat UiTM kalau tak silap. U akak sekarang ni, sempoi je. Suka hati nak pakai apa-apa. Hehe.

Haiiihhh! Banyak lagi. Nanti akak top-up. Takpun, kawan-kawan akak yang top-upkan di komen. Itupun, kalau dorang komen. Hehe. (n_n)

Cons.
1. Lab coat pinjam. Bukan hak milik peribadi.
2. Penat sikit bila jadual full dan non-stop.
3. Bagi perempuan, takleh pergi makan kat cafe lelaki. Tapi, lelaki boleh makan kat cafe perempuan.
4. Kena bawa kunci selalu, even dalam toilet. Kalau tidak, nak tunggu roommate habis makan atau balik dari kelas, berjanggut jugalah.

.....Aeh. Su. Awak kan yang tertinggal kunci masa tu? Hahahaha......

5. Tutorial banyak. (Itu sebab sifat bertangguh.)
6. ntahlah.. tak tahu dah nak cakap apa. yang 5 di atas ni pun, lama berfikir. macam dah takda. Hehe. ;p

Oklah. Kepada Adik Hummairah. Kalau ada sebarang pertanyaan lagi, bolehlah diutarakan (jangan diselatankan) ye. Hehe. Jangan segan-segan. Kalau tahu, akak beritahu. Yang mana akak leh tolong, akak tolong. Begitulah sebaliknya. kuikuikui.

Semoga bahagia dan terus berjaya!! All the best to you and your friends! (n_n)

16 org berkongsi rasa:

_be yourself_ [REPLY]said...

wahh , thanks akak :) sayang akak lebih lah ! info akak namyak bantu saya and budak batch saya ^^,

haha , cons nya susah nak fikir ea ? mesti best punya study kat KMJ nihh kan sampai taktahu apa yg tak best :D

hah , kitorang daftar 23/5 :) kalau saya pergi KMJ , sempat lah nak rasa suasana bpuasa dekat sana :)

lastly , kamsa hamnida !

nunama [REPLY]said...

hehe. u're welcome. :)

oh 23/5.. ok2. hehe. All the best yar! :)

apa2 yg akak cerita ni, based on batch 07/08. Sekarang, akak x pasti. Tapi, scenery dia makin cantik.

Minta maaf kalau ada yang terkurang ye. gtau je.

belajar kat mana-mana, semua sama je. Yang penting, minat dan usaha. Doa jangan ditinggalkan. (n_n)

nabilah_2908 [REPLY]said...

hmm...adik akk pun KMJ juga tau...tp dia PDT..Fizikal..

Nur...PST yer...

selalu juga la akk menjenguk dia masa dia kat sana dulu...tp skrg ni dia di UPM.. :)

nurzafirah zailani [REPLY]said...

tq kak..

kina [REPLY]said...

akak sekarang di u mana ? ambik kos ape ? heh

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
oh. batch bape ek kak? hehe. Ntah2 satu batch. hihihi.

aah, kita PST.

cantik kan KMJ? *kenyit2 mata*

(n_n)

nunama [REPLY]said...

Nurzafirah zailani:
u're welcome dik. :)

nunama [REPLY]said...

Kina:
Akak sekarang di USM. Course Teknologi Makanan. hee. (n_n)

azana [REPLY]said...

wah...bagos tol kakak nunama ni... kongsi citer ngan adik2... :)

nunama [REPLY]said...

Azana:
hehe. kalau tahu, bolehlah bercerita. sama juga macam Kak Azana kan? hihi. ;)

nabilah_2908 [REPLY]said...

batch tk amik tau la pulak...kalau Nur lahir tahun 89..sebaya la kamu berdua...huhu.. ;)

nunama [REPLY]said...

oh. hehe.
kalau ikut batch, saya senior dia. kikikiki. perasan tak hingat. ;)

kalau ikut tahun 89 itu, maknanye, kitorang daftar pada tahun yang sama. mungkin pernah terserempak di mana-mana, cuma x kenal je. hehe. nanti kirim salam kat dia. *shy2 cat* (n_n)

azana [REPLY]said...

hehe...ber 'kakak2' plak kite ye...
saya adik lagi...ngeeee
(tua x hingat)

nunama [REPLY]said...

hahahaha.
baik 'adik'. ;)

nignagger [REPLY]said...

thanks akak!
info nie sgt2 membantu!
update la lagi!:)

nunama [REPLY]said...

u're welcome. :)
semoga dapat manfaat. Hehe.
Baru update. (n_n)