Salam Ceria! :)
Ok-ok. Ni pasal hidup aku. Jangan teruskan pembacaan kalau tak sudi. hehe.
Masa aku Tingkatan 2. Aku mendapat dua kali kemalangan dengan menaiki kereta dan motor. Dan pasti, kemalangan yang melibatkan motor paling teruk. Siap buat operation segala. Dahsyat kan?
Sebulan jugala aku bercuti. Naik sekolah terus kena jawab exam. Perghh! Masa tu, tawakal je.
Nak cerita hal ini sebenarnya. Semasa aku berholiday di hospital, Puan Ummi yang jaga aku. Siap tido sekatil di wad tersebut. Yelah. Hospital kerajaan. Bukan amek yang first class pon. 3rd class aku rasa. Aku duduk seminggu di hospital. Pernah juga satu hari penuh dengan katil pesakit. Tengah-tengah ruang pun letak katil. Sampai nak lalu pun, 2 orang je kot boleh lalu.
Makan, mandi, solat, semualah. Beliau yang jaga. Bila aku teringat hal ini, pasti dan teramat pasti, air mata mengalir. Pengorbanan yang besar. Ya. Itu apa yang aku rasa.
Encik Abah pula menjaga abang aku di rumah. Kalau ada masa, baru jenguk aku.
Itu baru hal aku accident. Belum lagi hal masa kecil-kecil dulu. Jatuh basikal la. Jatuh pokok la. Kena gegata la. Macam-macam hal untuk membesarkan aku. Belum lagi kisah abang-abang dan kakak-kakakku yang lain. Oh! Kagum pada mereka.
Bila aku balik rumah setiap minggu sepanjang aku berpraktikal ini, kesihatan dorang semakin menurun. Sampai satu tahap yang membimbangkan. Siapa yang tidak bimbang. Siapa yang tidak risau. Aku paling risau. Rasa nak cepat-cepat habis praktikal, jaga mereka di rumah. Yelah. Nak harapkan siapa lagi. Masing-masing sudah punya keluarga sendiri dan bekerja.
Cepatlah habis praktikal ini.
Tapi, 2 minggu ini, memang aku diuji. Sungguh-sungguh di uji. Orang hanya nampak senyuman. Tapi di hati aku?
Semalam. Entah angin ape ntah, masuk dalam badan aku. Sakit badan aku. Aku urut-urut sendiri. Angin sampai ke kepala. Aku picit-picit kepala, tekan-tekan perut, termuntah-muntah. Habis semua makanan aku. Maybe, food poisoning. Not sure. Sorry pada awak terganggu dengan mesej itu. Tak tahu kenapa termesej awak. Sorry and thank you.
Memang teringat pada Puan Ummi. Setiap malam, kalau aku ada di rumah, aku urutkan beliau. Kalau aku takda, Encik Abah la take part. Emm.
Minggu lepas, abang aku accident. Teruk juga la. Gigi patah, tangan dan badan-badan luka. Perlu perlahan-lahan untuk membuka baju. Aku tengok pun terseksa.
Sesungguhnya, keluarga aku sedang diuji tika ini.
"ujian yang hadir mengundang 2 kemungkinan. sama ada, makin mendekatkan diri atau diri semakin jauh dari Penciptanya"
Aku harap, kami semua tabah.
10 org berkongsi rasa:
semoga tabah dan cepat sembuh
hurm..sabar ya..
semoga tabah ya nabila..
Cikgu Imanshah, 'Aieen dan Azian:
InsyaAllah. Doakan yang baik-baik sahaja ye. Papepun, Thanx a lot. :)
bila kita di uji..itu tandanya Allah sygkan kita... :)
bersabar lah yer... :)
akk doa kan..moga Ummi dan Abah Nur cepat sembuh..
mcm tu juga dgn Nur dgn Abng Nur... :)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
NASI GORENG AYAM GIANT
Kak Nabilah:
Terima kasih kak ingatkan. :)
Alhamdulillah. saya dah ok. Abang saya tu, tinggal luka2 bekas geseran je. Sebab terpelanting kan. Bawa motor laju sgt.
Ummi dan Abah tu je masih risau lagi. Tapi, katanya, dah ok sikit juga. Kadang2, saya terlupa yang mereka bukan macam parents kawan2 saya yg lain. Means, mereka lebih berusia dari parents2 yg lain.
Papepun, than kak. :)
Allah tak kan uji akak if Dia tahu akak tak mampu nak tanggung beban tuhh :)
means akak seorang yg KUAT dan TABAH , yeah ! :)
Betul tu dik. Thanx juga ingtkan akak. :)
Actually, akak pun xdelah kuat mana. Just pretending to be strong. huhe.
Papepun, thanx ye.
nur,
dasyat juga pengalaman nur accident ni. hati2 lepas ni
kaki saya pernah retak masa kat NZ. senior yang jaga. terharu orang yang xde kena mngena dengan kita boleh jaga saya cmtu sekali.
kalau mak ayah sakit kena jaga dorang pulak k =)
Hana,
agak teruklah. huhe. Tapi, Allah masih nak pinjamkan nyawa lagi. Alhamdulillah. Kawasan tu, mmg selalu accident dan meninggal dunia.
Kalau di luar pengawasan keluarga, kawan2 adalah terpenting. Yeaayh!! Bertuah Hana ada mereka. :)
InsyaAllah. Semoga hati ini tak lari jauh. hehe. (n_n)
papepun, thanx tau. :)
Post a Comment