KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, September 5, 2011

Abah... Pergimu Tiada kembali

Bismillahirrahmanirrahim....

Semuanya secara tiba-tiba. Biasa bagi kita sebagai manusia yang khilaf, terleka. Tanda-tanda sudah diberi. Tapi, menganggap ianya tiada apa-apa. Perkara biasa.

#1 Duit Raya
Biasanya, kami adik beradik mengumpul duit untuk diberikan kepada budak-budak yang datang beraya di rumah. Abah dan Ummi takkan keluarkan sesen pun. Tapi, entah kenapa, sebelum raya (dalam 10 hari terakhir Ramadhan), Abah masuk ke bilik aku....

"Adik...Ni RMsekiansekian. Bagilah kat budak-budak nanti."

"Aeh, betulke Abah? hehe"

"Lah..ape pulak tak betul. Tapi, diam-diam je. Hihihi"

"Haha. Beres!"

#2 Mandi
Kalau dahulu, Abah cukup pantang kalau aku mandi sebelum berbuka. Katanya, makruh. Tapi, Ramadhan kali ini, beliau yang mandi sebelum berbuka. Katanya, panas. Aku tegur juga. Tapi, beliau diam sahaja.

#3 Berak-berak
2 Syawal, Abah asyik pergi membuang air besar. Katanya sakit perut. Aku pun macam pelik. Tapi, mungkin sebab perubahan badan. Yelah. Dari berpuasa selama 29 hari tiba-tiba makan macam-macam kan..

#4 Pergi Kubur
Sepatutnya, kami pergi pagi 3 Syawal. Tapi, Abah kata...

"Tak payahlah. Kita pergi esok (Jumaat, 4Syawal) je. Boleh pergi beramai-ramai. Baru meriah. Kemudian, boleh kita beraya bersama-sama."

Rupanya untuk menghantar Abah.

Itu semua petanda. Badan panas. Mencuci perut. Kita je tak perasan. Tapi, apa-apapun, semuanya mudah. Cukup mudah. Alhamdulillah.

Semoga Allahyarham Mahabar bin Abdullah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, beriman dan mendapat keampunan dariNya. Amiin. 

Al-Fatihah.


Arwah pergi meninggalkan kami pada 3 Syawal 1432H bersamaan 1 September 2011 (Khamis) jam 10 malam. Arwah selamat dikebumikan pada 4 Syawal 1432H bersamaan 2 September 2011 (Jumaat) jam 10 pagi.

Sangat terasa kehilangan.

p/s: Mohon maaf kepada semua yang membaca entry sebelum ini. Tadi, lihat surat nikah Abah dan Ummi. Rupanya, Ulangtahun perkahwinan mereka ialah pada 3 Syawal. Bukannya 1 Syawal. Semuanya sudah ditakdirkan. InsyaAllah, buat masa sekarang, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah. Semoga semuanya baik.

8 org berkongsi rasa:

aieen kacak [REPLY]said...

bell.sampai hati awak tak bagitau kita.....

nabilah_2908 [REPLY]said...

Allah sayang Abah Nur... :)

Al-fatihah......

Puding Karamel [REPLY]said...

innalillahi wainna ilaihi raaji'un

Alfatihah

Dia mendahului kita berjumpa Rabb. Alhamdulillah, malam jumaat.

Nadia Nadiana [REPLY]said...

Takziah buat awak sekeluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah...

caliph shuriken [REPLY]said...

al-fatihah..

*maaf bru tau pkara ni sbb bru smpat singgah sini...

Abu Huzaifah [REPLY]said...

bersabar ye... semoga roh arwah abah di cucuri rahmat..

nunama [REPLY]said...

Kawan sekalian..
Terima kasih banyak2. InsyaAllah. Arwah baik2 di sana. Amiin. :)

azana [REPLY]said...

Takziah saya ucapkan buat Nunama sekeluarga... Semoga roh Abah Nunama di tempatkan dikalangan orng2 beriman...


p/s:Masyaallah..lambatnya saya tau berita ini... sungguh sy sudah lama tidak berbelog.....

Nunama, saya dapat rs apa yg kamu rs... be strong girl!!! nk peluk kamu ketat-ketat.