KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, September 8, 2013

Awkward.

Assalamualaikum.

Permulaan ayat. Harus sopan. Eceh!

Sejak dah lama tak berhubung dengan lelaki, menjalin ikatan dengan lelaki buat aku rasa awkward kalau ada orang lelaki nak berkenalan tapi tak kena gaya.

Ya. Admit.

Dulu, masa sekolah dulu, dulu punya cerita, memang ramai kawan lelaki daripada perempuan.
Tapi, start kat matric, aku dah susah nak ada kawan lelaki. Setakat classmate, kuliyyahmate, groupkhemah-mate. Hanya itu kawan lelaki. Itupun hi hi bye bye.

Masuk u lagi. Classmate mmg ramai perempuan. Mana nak datang nye mingle-mingle dengan kaum lelaki. Memang taklah. Setakat budak kelab yang pangkat abang-abang (tapi tak panggil abang pon) adalah.

Nak cerita raya lepas sebenarnya.

Bila brader polis tahan aku dengan kawan2 semasa kitorang ontheway balik bandar daripada beraya. Siap kena tahan woi! Kena tulis nama dengan NO TELEFON!

Tapi tak kena saman. Alhamdulillah di situ.

Tapi yang taklehblah tu, brader polis tu guna no telefon add wechat.

Gaya tu buat aku rasa tak kena. Tak sesuai. So, memang cold je la.

Pastu, ada jugak member-member suruh layan je. Mana tahu jodoh. Hey people! It is not easy. Dan aku bukan jenis macam tu. Haha. Macam hape.

Aku ni kalau kawan, kawan betul-betul. Bukan setakat nak isi kekosongan nafsu. Nak tell the world, "Hey, I have a boy!"??? Huh! Pufffftt.

So, kalau nak kawan, kawan betul-betul.
Nak kenal, kenal betul-betul.

Entah.

Ada gak kawan aku kata, kalau macam tu, masa bila nak jumpa jodoh.

Nak tanya sikit.
Jodoh datang melalui cara itu je ke?
Tak kan?

So, rilek-rilek. Keep praying.

And, aku rasa aku tak bersedia lagi.
Tapi, kalau si dia sudi "menyediakan" aku ke arah itu, mari berdoa!

:)

0 org berkongsi rasa: