KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, April 4, 2010

rindu....

uhu...
macam mana yer?
saya masih di dalam mood sedih dan rindu yang membuak-buak...

rindu kat ummi..
rindu kat abah..
rindu kat kakak..
rindu kat abang..
rindu kat zaman dulu..

waaaaaa :(( ase nak nangis lah..tapi kali ini, nak cite pasal kakak.

dulu kan..masa kami kecil-kecil dahulu, masa dia tak busy, masa dia x kerja lagi, kami selalu berkongsi cerita sebelum tido. Sekarang nih.....dia tido awal..penat sangat bekerja seharian kat pejabat. takkan saya nak ganggu..

ingt lagi..dulu kakak saya ada penyakit gastrik sbb x makan ikut waktu (suke tul dia skip meals). ada satu hari itu, masa tuh saya berumur 7tahun(darjah 1), dia kejut saya waktu malam sebab dia sakit perut sangat. Masa tu, saya kecil lagi apa..Tambahan anak bongsu lagi..Manja sikit la kowt.. Saya boleh pula tanya dia, 'nak buat apa ni kak?'.. Aduuuhhh! kesian sungguh.. Pastu saya pggl umi dan abah.. Dan kitorang g hospital malam itu juga.

ehehe.. macam remaja biasa yang lain, kakak x pernah terlepas dari cinta remaja. Di situ, aku tahu segala rahsianya. Siapakah yang meminatinya.. Hadiah sempena kelahirannya.. Surat yang berbedak-bedak.. hahahaha.. lawak pun ada. Tapi, tidak mengapalah.

Kemudian, kakak ku menjadi salah seorang orang penting kat sekolah (pengawas) ketika Tingkatan 2. Ehehehe aku masih ingat lagi. Ada suatu ketika, dia diamanahkan oleh guru untuk meng'copy' soalan ke atas kertas soalan ujian. Dulu, takda maknanya nak guna print colour ke ape. Guna kertas yang warna hijau with petak2 tuh. Itulah yang aku ingat. Sebab aku menolong kakakku membacakan soalan ujian itu. Hahaha. Bila aku masuk sekolah menengah barulah muncul kertas yang cantik sikit.

Masa dia sekolah menengah juga, aku pernah menemani dia menyiapkan Folio. Xtaulah time nih korang ada buat lagi tak benda alah nih. Time aku sekolah dulu pun masih ada tugasan yang macam nih. Tp, seperti biasa, aku pasti akan tertidur punyalah. hahahaha. Memang tak boleh blah. Apa punya adik daa.

Pastu, dia dapat masuk ke sekolah teknik di Johor Bahru. Waaaa masa tuh, nak je aku cakap kat dia, 'kak...!! xyahla g.....'. Tapi, aku cover tau waktu tuh. Aku cakap, 'pergilah kak. Dapat belajar best2 n dapat merantau'. Masa dulu, kalau ada orang kampung yang dapat masuk ke sekolah asrama, confirm dipandang tinggi punyalah walaupun hanya sekolah teknik. Lagi-lagi orang kampung macam aku nih. Sebab waktu tuh, tak ramai anak-anak muda kat kampung aku berhijrah ke sekolah teknik. Bukan bermaksud tiada ye. Ada tapi hanya golongan minoriti sahaja. Ada juga yang belajar hingga ke oversea.

Masa nih, ehehe ni yang malu nak cite nih kitorg berutus surat. Hahahaha. Maklumlah, dulu, mana ada telefon bimbit. Surat lah menjadi medium untuk kami berinteraksi. Permulaan surat-menyurat nih apabila aku tersalah faham kat kawan aku. Lepas tuh, kakakku nak 'backing' kawan aku tuh tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Peristiwa nih berlaku masa hujung minggu. Masa tuh cuti sabtu dan ahad. Dia balik sekejap je. Aku pun mula lah menulis surat sambil airmata mengalir dengan derasnya. Hahaha bila teringat balik. Lawak giler kowt. Ntah apa-apa. Aku tak bertegur sapa langsung dengan dia semalaman. Pastu, aku berpura-pura tidur sebelum dia masuk tidur. Macam budak kecil (eah hello...saya memang budak kecil ye waktu itu =P ).

Sebelum itu, aku meletakkan surat itu dalam beg dia. Rupanya, dia nampaklah aku letak. Aduisyhh!! Tak surprise langsung. Pastu, sebelum dia bertolak balik naik bas, sampai la part yang kami kena salam2 n peluk cium. Masa tuh, aku masih tak bercakap dengan dia tau. Tetiba, aku rasa dia letakkan sesuatu kat tangan aku. Haaaa! Surat jugak??? Meraung Meleleh sekali lagi airmataku. Uhuhu. Dalam tu, dia pun tulis la itu ini dan bla-bla-bla. Hahaha. Di situlah kami mula berutus surat. Sampai kalau aku ada masalah or tengah down bila ujian, (eleh, ujian sekolah rendah, bukan susah pon kan..ngengade je lebih..har3) aku bg surat kat dia. Nanti, dia balas la surat aku dengan kata-kata hikmah, lagu lah dan macam-macam lagi. Surat itu, masih aku simpan ok. Sampul (dia buat sendiri tau..ehehe orang dulu-dulu kan kreatif..) yang kakak aku bagi, warnanya sume cantik-cantik. Purple, hijau dan pink. Suka sangat! dan kekadang bila aku buka kotak itu, aku akan baca surat itu. Ketawa sendirian. Arghh! Indahnya waktu itu.

Kemudian, masa aku Tingkatan 3, dia sudah menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Masa itu, dia mendapat PTPTN. Masa itu juga, orang ramai sudah mula menggunakan telefon bimbit. Kemudian, dia berjanji, kalau aku dapat terbaik, dia akan membelikan aku telefon bimbit. Tanpa aku duga, keputusanku agak terbaik. Dan dia menggunakan duit PTPTN itu untuk membelikanku telefon ini. NOKIA 2300
 
RM400++ duitnya terbang melayang. Masa itu, telefon ini, baru je keluar di pasaran. Waaaa~~ serius! Sangat sedih. Bila aku dah berada kat U, aku teringatkannya. Bagaimanakah dia hidup dalam keadaan memerlukan duit yang banyak? Apakah dia makan ketika itu? Makan maggi sahajakah? Sedangkan aku yang mendapat tajaan pun masih berkira-kira untuk membelanjakan membeli barang-barang keperluan yang lain. Inikan pula dia. Terharu sungguh. Sehingga kini, aku masih menggunakan telefon bimbit itu walaupun, kalau dibawa ke kedai untuk di trade-in kan pun, belum tentu pekedai tu ingin.

Terdapat banyak lagi peristiwa yang dia sudah lakukan padaku. Ini hanyalah sedikit bingkisan hatiku untukmu yang bergelar kakak ku.
Terima kasih kakak! Aku sangat sayang padamu.
Biarpun kau melakukan kesilapan atau kesalahan, aku sekali-kali takkan meninggalkanmu.
Kerana engkau adalah kakakku.
Kerana engkau adalah semangatku.
Kerana engkau sentiasa mengalah demiku.
Kerana engkau telah membuka mataku untuk pandang kehadapan.
Kerana darah yang mengalir dalam badanmu juga mengalir dalam badanku.
Yang paling utama, kerana engkau dan aku merupakan hambaNya.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang diantara kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti dia menyintai dirinya sendiri. -Hadis ke-13.

SAYA RINDU dan SAYANG KAKAK SAYA... :((

2 org berkongsi rasa:

Unknown [REPLY]said...

anda masih b'peluang sekurang-kurangnya utk balas balik.:) jadi gunakn peluang tu sebaiknya walaupun xkan t'balas jgk. kn?

nunama [REPLY]said...

yezza....
thanx nadeera.. =)