KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, November 21, 2010

Kepercayaan.

Salam beserta senyuman kepada anda! :)

Alhamdulillah. Kita semua masih bisa menghirup udara dariNya.

Berbalik kepada mauduk utama, kepercayaan ini terlalulah besar bidang kuasanya.

Tapi kali ini, saya nak bercerita tentang kepercayaan yang diberikan oleh ibu dan bapa kita.

Perasan atau tidak,
ibu dan bapa kita mempercayai kita di saat kita tidak dipercayai orang lain.
Ibu dan bapa kita menyayangi kita di saat kita masih berbuat dosa kepada mereka.
Ibu dan bapa kita masih mengambil tahu akan kita di saat kita sibuk dengan hal dunia.
Ibu dan bapa kita masih tersenyum kepada kita di saat kita memarahi mereka.
Ibu dan bapa kita masih sedia menerima kita di saat kita memalukan mereka.
Ibu dan bapa kita sentiasa mendoakan kesejahteraan kita di saat kita masih lalai dalam melunaskan ibadah yang utama.

Itulah ibu dan bapa kita.

Mereka merupakan manusia yang sentiasa menemani kita bila-bila masa di saat kita perlukan mereka.

Tetapi, aku amat tidak mengerti apabila masih punya sifat tak kenang budi pada si anak ini. Masih ingin menconteng arang ke muka ibu dan bapa di saat kepercayaan mereka sudah diberikan sepenuhnya oleh ibu dan bapa.

Kepercayaan yang diberikan diguna untuk mengambil kesempatan melakukan dosa. Si ibu dan bapa ini begitu mempercayai si anak iaitu keluar untuk pergi belajar menuntut ilmu. Tapi si anak, melencong melakukan benda yang tak elok dan hilang fokus mencari ilmu.

Aduuuh! Malunya.

Jadi kawan-kawan, hargailah ibu dan bapa anda sementara masih sempat dan sebelum terlambat.

"Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah"

Bagi yang masih belajar, belajar sungguh-sungguh.
Ingat janji kamu sewaktu keluar dari rumah. Tunaikan janji itu.
Kepercayaan sudah diberi. Hanya tindakan sahaja belum lagi.

Jangan bila dah susah baru nak minta ampun dan maaf dari mereka.
Jangan bila dah susah baru nak cari mereka.
Jangan bila dah susah baru nak bertaubat semua.

Sebenarnya, tunggak utama untuk amal ma'ruf nahi mungkar, ialah kepercayaan kepada Allah. Jika kita menjaga ibadah kita, nescaya, kita akan terdorong untuk melakukan perkara yang baik-baik. Jika kita dah solat 5 waktu tapi, masih lagi ada yang tak kena. Re-check semula solat kita. There is something going wrong somewhere.

Peringatan untuk diri.

Salam Muhasabah! (n_n)

2 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

Bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada ???

Sayangilah mak selagi mereka masih ada!!!

nunama [REPLY]said...

Subhanallah. Betul tu Cikgu.
Renung-renungkan dan semoga dapat amalkan. :)

isk3.

p/s: kalau ada butang 'like' mcm kat FB tu, confirm sy 'like' komen Cikgu kat atas nih.
p/p/s: komen Cikgu dah macam satu entry.