KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, November 16, 2010

Bagasi Ke Kampung.

Salam Sahabat! :)

Oh! Tak sangka. Nak tahu kenapa?

Semalam, saya kan telefon la pejabat Pos Malaysia. Dia kata, memang buat penghantaran bagasi ke kampung. Waaah! Rasa excited giler. Rasa syukur yang teramat.

Pastu, tadi, macam rasa kurang enak kat hati. Malam tadi pun mimpi yang tak best. Jadi, petang tadi, telefon semula pejabat itu. Dia kata, "maaf ye dik. Penghantaran bagasi ke kampung bagi USM buka bulan 3 dan 4 nanti."

Adduuuuhhh! Rasa gugur jap jantung.

Dalam kepala dah duk fikir, lagu mana la cheq nak hantar barang-barang nih semua.

Kenapa kena hantar barang? Laaaa. Semester depan kan satu sem saya tiada kat sini. Makanya, barang-barang perlu dihantar ke rumah. Nak suruh family datang sini, macam tak berbaloi. Kesian mereka. Jauh kot.

Nape tak tinggalkan kat stor hostel je?? Tak boleh. Sudah ditetapkan begitu peraturannya. Stor perlu dikosongkan selepas tarikh-tarikh tertentu.

Nape tidak tempah satu bilik untuk simpan barang-barang?? Tak boleh juga. Bilik sudah penuh untuk pelajar jarak jauh yang akan menduduki peperiksaan selepas kitorang.

Takpelah.

Berkorban wang untuk mengepos barang demi kebaikan semua.

Berkorban sedikit sahaja.

...berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
(Surah As-Saff 61 : 11)

Oklah. Doakan semoga segala urusan dipermudahkanNya.

Amiin.

0 org berkongsi rasa: