KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, November 16, 2010

Terperasan sesuatu.

Aeh!

Banyak tulis pula aku malam ini. Hehe.

Tadi kan, terperasan sesuatu. Sebenarnya dah perasan lama dah. Tapi, baru ingat nak tulis-tulis.

Menceritakan sesuatu dapat melegakan perasaan hati kan? :)

Subhanallah. Maha Suci Allah.

Macam ni kisahnya. Aku boleh ingat lagi apa yang kawan aku suka masa sekolah dahulu. Padahal, aku dengan dia tidak sekamcing mana. Kawan seadanya. Berbual-bual hal biasa. Pernah juga berkongsi idea. Tapi aku boleh teringat dia suka buat smiley macam ini (",). Benda itu just crossed in my mind. Ini antara contohnya lah. Ada banyak lagi yang aku tetibe teringat peristiwa dulu-dulu. Sampai, ada yang kawan aku cakap macam ni, "Aeh, ko ingat lagi ek? Aku pun hampir lupa.". Huhu. Aku bukan nak cakap besar, tapi, benda itu tetibe je terbayang-bayang kat kepala aku. Nak cakap aku record dan simpan semuanya dalam kepala tu, tak tahulah pula.

Jangan dorang fikir yang bukan-bukan sudah. (=_=")

Korang pernah dengar tak, bahawa apa yang kita cakapkan sebenarnya ilham dari yang Maha Pencipta? Haa.. Benda ini tersangat amat betul belaka. (Habis bahasa Melayu aku. Hyperbola terlebih.)

Kalau Dia tak berikan keizinan kita untuk mengeluarkan idea, kita takkan mampu mengeluarkan idea mahupun  satu perkataan. Subhanallah. Astaghfirullah. Sesungguhnya Dia lah yang mengawal segalanya. Makanya, tak perlu riak sangat. Semuanya Dia punya. Dan tolong, jangan cemburu dengan aku ok. Aku pun manusia macam kamu juga.

Haa rasanya korang biasa amalkan Doa Nabi Musa AS ni iaitu:


"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskan ikatan pada lisanku (lidahku), supaya mereka memahami ucapanku"
(Surah Thoha 22 : 25-28)

Biasakan??

Doa kan, kalau kita tahu maksud dan hayati betul-betul, perghhhh!! Mantap! Nescaya Dia makbulkan. Ada sesetengah tu, doa kemain panjang, tapi maksud pun tak faham. Takpelah. Just tengok diri sendiri ok. Hehe.

Haaa.. Jadi, marilah kita amalkan doa sambil menghayati maksud yang tersirat dan tersurat di sebalik doa itu.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah"

Ustazah Kas selalu buat quote ni di akhir ujian bulanan Pendidikan Islam Tingkatan 4 dahulu. Ops! Teringat lagi. (=_=')

1 org berkongsi rasa:

IMANSHAH [REPLY]said...

selamat hari raya nunama