KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, November 22, 2010

Jawapan Tak Seiring Soalan

Salam Ceria! :)

Haha. Ni nak cerita peristiwa hari Sabtu yang lalu. Saya bersama F pergi ke pasar malam. Biasalah kan. Takkan nak terperuk dalam bilik. Kena juga menikmati alam dan menghirup luar. Ini pun, planning last minute.

Dalam kepala masing-masing sudah terbayang 'steamboat' dan air soya gula merah. Kitorang keluar dalam 5.30 petang gitu. Jalan pun perlahan-lahan je sebab tahu mesti  tidak banyak lagi gerai menjual makanan yang buka.

Kul 5.50 petang dah sampai sana. 'Steamboat' yang dinanti tak muncul lagi. Fikir positif je ni. Sebab, memang tujuan dia hanya itu. Dah tak pandang benda lain. "Mungkin kitorang datang awal sangat kot," ayat sedapkan hati. Pastu, Cik F pun cadangkan tunggu gerai tu buka sambil makan kuih penderam atau mata keling atau denderam. Alaaaa yang kaler hitam tuh. Haaa.. pernah makan kan?

Kitorang duduk kat belakang penjual Bakso. Tunggu punya tunggu tak da juga. Hati dah hampa. Kitorang beli je apa yang ada. F beli Bakso, surimi dan air soya. Saya beli jagung cawan, surimi dan air soya. Huhu. Sian kan kitorang?

Aeh? Nak cerita ni sebenarnya.

Cik F : Bang, air soya satu.
Penjual Air : Gula hitam, gula putih?
Cik F : Gula merah.
Penjual Air : Ikat separuh, ikat habis?
Cik F : Ikat penuh.

Aku kat tepi, duk ketawa sorang-sorang. Hahaha. Cik F tak perasan tau mula-mula. Pastu, baru dia perasan. Dah kitorang duk ketawa comel-comel kat situ.

Sebelum ni pun, ada gak kawan kitorang macam tu.

Makcik : Nasi tomato, nasi ayam?
Cik S: Bungkus.

Agaknya, makcik tu, mesti tengah digest apala 'bungkus' tu. hehe

Hahahahaha. Lawak kan?? 

Itulah kawan-kawan saya. Kalau tiada mereka, hidup saya tak ceria.

Hey kawan! Kamu itu penting tau! Bukan pada saya je, juga pada orang di sekeliling kamu. (n_n)

Aku rasa: Kebiasaan telah membuatkan kita bertindak ikut kebiasaan yang selalu dibuat. Bukan lagi mengikut keadaan. Haha. Aku pun pernah macam tu juga. Tapi, dah tak ingat scene dia. Hehe.

9 org berkongsi rasa:

imanshah [REPLY]said...

habis tu???

ada ke yg gula merah tu??

nunama [REPLY]said...

ada-ada. Rasala Cikgu. Sedap! :)
hehe.
gula hitam = gula merah.
kitorang biasa panggil gula merah.
ntah kenapa abg tu panggil gula hitam. Dia biasa panggil mcm tu kot.
Abg tu pun tersenyum gak. haha. Agaknye, dia pun baru perasan kot yang jwpn x sama mcm soalan.

imanshah [REPLY]said...

ooo kami kat kelantan paggil air manisan..serius

sekamar rindu [REPLY]said...

salam...

hahahah..:)

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah:
Oh yeke? Hehe Cik F pun orang kelantan juga. Tapi, dia pggil gula merah. hehe. Lain nama, satu rasa. :)

Cikgu Sekamar Rindu:
wassalam. haha. lawak kan?

harifa [REPLY]said...

toink3....hahahahhahahaha

nunama [REPLY]said...

harifa:
hahahaha. ops!
comel kan? ;p

harifa [REPLY]said...

sy mmg comel.hihihihihi.
sy rasa F mest hepi bila bc en3 ne..kenangan bila korg da xjmpa nt..kan3????

nunama [REPLY]said...

awak rasa macam tu?
haaa kalau mcm tu, mesti dia happy betul. Awk nye telepati kan kuat ngan F. hehe. :)
Yup. Antara peristiwa yg menjadi kenangan indah untukku. =D