KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, November 18, 2010

Persoalan Itu.

"Kawan... Aku ada untuk kamu. Kamu ada tak di saat aku perlukan kamu? (n_n)"

Hehe. Pertanyaan ini bukanlah bermakna aku tujukan untuk kawan-kawan aku. Pertanyaan itu lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Laman blog luahan isi hati. Boleh rujuk nota kaki aku kat bawah sekali. Aku sayang kawan-kawan aku. Entahlah. Semalam sebelum tidur, aku muhasabah diri semula.

Biasalah tu kan. Korang pun biasa buat kan? Layan mata sambil kenangkan kembali perkara yang aku buat dalam satu hari. Baik ke buruk ke. Silly ke. Semua aku fikir balik.

Tiba-tiba aku dapat satu kesimpulan. Kesimpulan ini khas ditujukan untuk diri aku. Sebab aku berfikir tentang diri aku sendiri. Hehe. Kesimpulan yang aku buat, kenapa nak mengharapkan pertolongan kawan sedangkan kita sendiri tak menceritakan masalah kita. Macam mana dorang nak tahu waktu tu kita perlukan dorang atau tidak. Haha. Padan muka aku! *Tepuk tangan ramai-ramai.*

Antara lainnya, kalau kawan aku perlukan aku waktu mereka perlukan aku dan aku bersedia menolongnya dengan sepenuh hati, makanya selepas itu, jangan pernah ingin mengungkit persoalan ini.

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah

Bestkan lagu Raihan dan Manbai ni? Meaningful.

Ok kawan. Harap, korang jangan salah sangka. Aku pun tak sempurna mana. Maafkan aku juga jika suatu saat nanti, aku tak mampu nak memberikan perkhidmatan anggota aku untuk kamu.

Mata untuk aku memerhatikan kamu. Memberikan pandangan aku tentang kamu.
Telinga untuk aku berkongsi rasa dengan kamu, mendengar cerita kamu.
Hidung untuk aku menghidu wanginya busuk bau perfume kamu.
Lidah untuk aku bercerita benda yang merepek menggembirakan hati kamu.
Kaki untuk aku berjalan-jalan bersama kamu, menikmati keindahan tasik alam.
Tangan untuk aku menitipkan surat kad kahwin elektronik kepada kamu.
Hati untuk aku menyayangi dan merindui kamu.

Mungkin, suatu saat itu, aku sudah tiada di dunia yang fana ini.

Jangan rindu aku pada saat itu ye. Cuma titipkan sahaja doa kudusmu. Pasti aku mendapat cahayaNya. InsyaAllah. Itupun jika aku layak untuk doa sucimu itu. Huhu.


Salam bella, tetibe orang teringat, lagi bpe ari je kan kita sama, tupun bape kali je jumpa..pasni da tak jumpa lama. Owg nak cite masalah kat sape, nak nangis kat sape, kamu je yang faham and org percaya..huhuhu sedihnya
(Ida)

Huhuhu. Aku juga teman. Aku juga sepertimu. Tapi, percayalah, Allah itu Maha Mengetahui.


Allah jarakkan hubungan kita,
Kemudian Dia datangkan pula dengan dugaan.
Puas kita menangis dan mencari di mana teman kesayangan kita,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan
(Fiera)

Jangan sedih-sedih ye kawan. Sebab aku tahu, masa aku susah, mungkin kamu tengah gembira. Jadi, gembirakanlah hati kamu. Ceria-ceriakan diri dan senyum selalu ye. Awet muda tu. Haha.

Sampai di sini dulu. Kita berjumpa di lain waktu.

Salam sayang untuk temanku. (n_n)

2 org berkongsi rasa:

yon [REPLY]said...

sedih...(T_T)

nunama [REPLY]said...

huhu jangan sedih2 lagi.
kita ceria-ceria ok? (n_n)