KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, November 4, 2010

Saya Suka Baca Buku.

Bismillahirrahmanirrahim....

Satu perubahan akan berlaku dalam hidupku.

Salam Ceria sahabat sekalian! =D

Alhamdulillah. Tak pernah rasa bersemangat begini memasuki pertandingan di alam maya. Aku bukan lah seorang yang suka mengejoin pertandingan alam maya. Tapi, aku sangat tertarik dengan tajuk entry dari .::HaRuMaN MaWaR::. - Contest : Siapa Nak Buku? Menarik bukan. Beliau tak suruh letak link, tapi aku yang letak sendiri. Kalau tak menang pun, korang yang melawat blog picisan aku ini pun boleh sama-sama baca diari suka-duka kehidupan Beliau. Try la baca kalau nak tahu lebih. hehe.

Cover page dia pun menarik. Saya suka.


Ok. Kenapa saya perlu mendapatkan Bicara Pedusi dari Puan Insyirah?

Pertamanya, saya suka baca buku. Buku motivasi secara tak langsung. Melalui penceritaan. Perkara simple sahaja. Tapi, saya menjadikan setiap kata-kata yang baik sebagai penyuluh cahaya ranjau yang akan saya tempuh. Kalau yang dah kenal saya dan membaca luahan hati saya dalam blog ini, semestinya anda tahu bahawa saya mudah sahaja menerima nasihat melalui kata-kata yang sebenarnya orang itu tak berniat untuk menasihati pun. Errrr faham tak ayat ni? hehe

Keduanya, saya suka baca buku. Melalui apa yang saya perhatikan, buku ini tidak dijual di Malaysia. Jadi, semestinya sukar untuk mendapatkan buku ini di sini. Kan? Sebab itulah saya menginginkannya dari Puan Insyirah.

Ketiganya, saya suka baca buku. Barang yang sukar kita dapat, selalunya indah. Ibarat permata di dalam lautan. Sukar mencari dan sukar mendapatkan. Siapa yang tidak suka akan keindahan kan. Makanya, disebabkan itu, saya perlu mendapatkan Bicara Pedusi ini.

Kalau ditanya alasan apakah lagi, hanya satu yang akan saya jawab.

SAYA SUKA BACA BUKU. :)

Oh ya! Antara lainnya, saya menginginkan Bicara Pedusi ini sebagai hadiah ulang tahun kelahiran saya yang ke-21 pada 10 November 2010 nanti. Hehe. Boleh tak gitu?

Emmm. Tidak semestinya yang kita rasa baik untuk kita itu sebenarnya baik untuk kita. Dan tak semestinya yang kita rasa buruk untuk kita itu sebenarnya buruk untuk kita. Kadangkala, yang kita rasa buruk itu adalah yang terbaik untuk kita.

Kalau ada rezeki saya, adalah. Kalau tiada, maknanya, bukan rezeki saya di situ. Hehe. Apa-apapun, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Insyirah kerana membuat pertandingan yang best ini. Jarang orang buat. I like it!

Kepada blogger-blogger diluar sana, kalau anda mahu saya mengejoin pertandingan yang anda anjurkan, sila sediakan hadiah buku untuk saya. Kalau saya rasa buku yang anda tawarkan itu best dan menarik, saya joinlah ye. Hehe. :)

Akhir kalam, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui jika itu yang terbaik untuk saya.

Assalamualaikum. :)

p/s: Puan Insyirah. Saya tak tahu cukup tak 200 patah perkataan. hehe. Jangan marah haa. Senyum.

--------------------------------------------------------------------------------
Nota kecil : Ana tak suruh letakkan link blog sebab ana bukan nak naikkan traffic blog pada entry kalian tetapi ana minta letakkan gambar buku sebagai salah satu cara untuk membantu promosi buku. Keuntungan sepenuhnya dari penjualan buku ini akan disalurkan ke dana pembelian apartment. Jadi, ini salah satu cara untuk mengajak orang untuk "membeli dan menderma" bukan untuk keuntungan diri ana.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini merupakan nota kecil dari Puan Insyirah.

4 org berkongsi rasa:

Nadzipah [REPLY]said...

Assalamu'alaikum..
saya jumpa blog ni kat blog Puan Insyirah...^^
tertarik nak komen bila membaca sebab untuk mendapatkan buku Puan Insyirah tu..sebagai hadiah hari lahir kan?
tak sangka tarikh lahir kita sama^^
10 November..cuma tahun je berbeza...
Happy Becoming Birthday..dan moga2 impian menjadi kenyataan^^

nunama [REPLY]said...

Wa'alaikumussalam. :)
Hehe. Terima kasih kerana melawat blog ini.
Wow! Ok-ok. Awak juga ye. Happy Becoming Birthday!! =D
InsyaAllah kalau itu ketetapan dariNya.

Btw, lahir tahun bila?

Nadzipah [REPLY]said...

So..Wish u happy birthday...
May ALLAH bless you..
hari genap 2 dekad..^^

nunama [REPLY]said...

thanx Nadzipah. :)
hehe. kamu juga ye.
Semoga berbahagia hendaknya. Amiin.