KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, November 23, 2010

SPM datang lagi!

Tak sangka. Begitu pantas masa berlalu.

Pejam celik pejam celik, sudah 4 tahun aku tinggalkan alam persekolahan yang menyimpan begitu banyak kenangan. Ada teman-teman seperjuangan yang sudah bekerja, berkahwin, bertunang dan ada juga yang masih menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati.

Kalau tak silap perkiraan aku, 7 Disember 2006, aku dan teman sekelas sudah bersorak keriangan. Kononnya, dah bebas la tuh. Ceeh! Takda maknanya. Masih panjang lagi perjalanan yang harus ditempuh. Sila jangan nak main-main. *Don't play-play. Itu kata Phua Chu Kang.*

Mungkin tarikh tu betul kot, sebab hari esoknya, 8 Disember 2006, kakak aku belanja tengok wayang. Haha tengok cerita CINTA. Orang nak bagi free, kita rebut jelah peluang kan. Tapi, memang best cerita itu. Terima kasih kak. Nak bagi orang happy ye? ;)

Masih teringat lagi waktu senggang tengahari sebelum jawab kertas peperiksaan pada waktu petangnya pula. Farhana. Mak dia sungguh baik hati dan rajin menghantar makanan kepada kami. Actually, untuk anak dia la for sure. Tapi, kitorang tumpang dua kaki. Hahaha. Yelah. Kantin sekolah pun tak semua buka. Masa tu, terasa sekolah itu milik kami. Sempat lagi tu kitorang bincang-bincang soalan dan share idea nak jawab macam mana. Seronok. Kelas kitorang tak ramai. Adala dalam 34 macam tu. Tolak budak Cina dan budak India, tinggalla kami 16 orang budak Melayu. Haha. Sikit kan? Sebab tu boleh rapat.

Haaa..sebelum SPM, rasanya raya AidilFitri kot. Ke selepas tu ek? Hehe. Kitorang berkonvoi ramai-ramai g tawaf taman perumahan kat situ. Pergi rumah kitorang-kitorang juga. *psst..First time aku kuar macam tu. Haha. Dak-dak ni memang panggil aku kera sumbang pun bila aku dah balik rumah. Tak keluar-keluar. Hehe.*

Masa Form 4 dan Form 5, memang banyak kenangan. Kitorang buat lakonan, perbahasan, lawan scrabble, masuk kuiz tu kuiz ni, forum dan macam-macam lagi. Ah! Semua tu indah.

Susunan meja masa sebulan sebelum SPM, kitorang rombak jadi macam meja persidangan. Memang best! Kitorang boleh tanya direct. Masa tu dah start la baca-baca. Tapi, biasala kan, kitorang mesti terselit punya cerita-cerita luar. Haha. Macam-macam.

2 minggu sebelum SPM, perjumpaan terakhir dengan Pengetua dan Majlis Perpisahan. Huhu sedih. Sempat juga kitorang buat Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Hajat beramai-ramai untuk batch SPM2006.

Indahkan? Terima kasih ye Cikgu-cikgu sekalian yang telah banyak memberikan jasa dan sumbangan kepada kami. Juga tidak pernah merasa lelah mencurahkan ilmu. Walaupun kadang-kala kami nakal dan malas. Tapi, kami sayang kat Cikgu. Percayalah!

Biologi : Puan Siti Fadzlina, Mohd Basar
Kimia : Puan Zuana
Fizik : Puan Azilawati
Matematik Moden : Puan Zaidah
Matematik Tambahan : Tey Kai Wean
Bahasa Melayu : Puan Iszulaiza
Bahasa Inggeris : Puan Suraya
Sejarah : Puan Kala
Pendidikan Islam : Ustazah Kas
EST : Puan Siti Baizura

Terima Kasih ye Cikgu!! =D
*psst..Cikgu ingat kat kami lagi tak? wink3*

Oklah. Kepada sesiapa yang akan mengambil peperiksaan SPM pada hari ini, wish you all best of luck k!! :) Tak kira anda sekolah di mana, kelas apa, kalau anda betul-betul inginkan kejayaan, dan berusaha ke arah itu, anda PASTI BOLEH!! Just believe in yourself! Tidak lupa juga, pengharapan anda haruslah kepada Yang Esa.

Kenangan memang indah dan sangat manis untuk dikenang. Rindu semua. (n_n)

14 org berkongsi rasa:

Peminat Katie Holmes [REPLY]said...

spm memang zaman terbaik.

nunama [REPLY]said...

PKH:
yup. betul tuh. :)
p/s: da lama x dgr cite. haha. Emm strive 4flat for ur final year! :)

sekamar rindu [REPLY]said...

salam...

walaupun saya juga seorang guru..saya tak pernah lupa sedikitpun jasa2 guru2 saya...

besar jasa guru...

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu:
wassalam.
haaa...walau siapa pun anda, guru merupakan salah satu penyebab menjadikan siapa anda pada hari ini.
hehe. :)
beruntunglah Cikgu menjadi guru.
Al least, dpt balas jasa dorg smula in the other way la. Hee

nabilah_2908 [REPLY]said...

zaman sekolah..mmg zaman yg menyeronokkan...bila dikenang2kan semula..pasti akan tersenyum sendiri..hehe.. :)

teringt masa paper fizik...punya gabra..sbb tak bape pandai dalam fizik...kalau tgk buku rekod..result tuk fizik berwarna warni..kejap merah..kejap biru..hehe..

time nk jawab tu la sakit perut..time tu la tangan ni basah dengan peluh.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
BERSIARAN DARI UK - PART 2

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
Hahaha. Tau takpe. Tersenyum sampai ke telinga. Eceh! hehe. :)

Oh akak takut ngan fizik ye? Saya lak takut ngan bio. Wakaka~~ Berdebar je bila kelas bio. tapi, buat juga eksperimen bedah katak. Hik3.

Alhamdulillah. Dah lepas pun kan spm tu. Kenangan yang takkan dpt diulang. :)

imanshah [REPLY]said...

setiap tahun saya akan menghadapi spm..haha

nunama [REPLY]said...

Cikgu Imanshah:
haha. Cikgu memanglah. Sti sakit kepala layan karenah budak2 yang berbagai ragam pada setiap tahun. Nasib badan. Cikgu kepada Cikgu dulu pun mcm tu juga. Penat layan cikgu. hehe. :)

sekamar rindu [REPLY]said...

salam..

syukuran....:)

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu:
Wassalam. Afwan. :)

sekamar rindu [REPLY]said...

salam..

nape tak letak shoutbox?

nunama [REPLY]said...

Cikgu Sekamar Rindu:
Dah letak lama. Cuba tgk kat bahagian kanan screen. Dia float. Ada kat situ. Mungkin tak perasan sbb wrna hijau kot. Hik3.
Jap g, sy tukar background blog. :)
p/s: itupun kalau sy rajin tau. hehe.

::FAIZ FARISH:: [REPLY]said...

tringat masa ambil spm, berpeluh-peluh takut gagal....

nunama [REPLY]said...

Incek Faiz Farish:
haha. semua itu sudah menjadi kenangan. Dah selamat pun mengharungi zaman SPM tu kan? :)