KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, November 18, 2010

Cara Pembacaan

Oh! Korang percaya tak emosi mempengaruhi cara pembacaan kamu?

Tak caya? Percayalah. Hehe.

Bayangkanlah eh.

Bila kamu tengah marah, tulisan yang penuh dengan kasih sayang pon, kamu akan nampak macam suatu penipuan. Hipokrit.

Bila kamu tengah gembira pula, tulisan yang penuh dengan kebencian pon kamu nampak macam tulisan yang penuh dengan bunga-bungaan serta debunga sekali turut ada kat situ.

Bila kamu di dalam perasaan syak wasangka dan hati yang sakit, semua penulisan kamu anggap suatu pembohongan dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Haaa.. Bahaya kan sungguh emosi manusia? Sebab itulah kita digalakkan untuk mengawal emosi.

Berlapang dada menerima nasihat, teguran, cerita dan apa-apa sahaja. Buka minda. Jangan terlalu sempitkan pemikiran. Incek Cc kata, "think out of the box". Tapi, jangan terlalu melebih-lebih sampai terfikir yang bukan-bukan. Carilah pemikiran yang positif. Neutralkan kembali situasi dan keadaan. Jangan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mahu melihat anak-anak Adam saling bermusuhan.

Ambil nasihat yang baik, buang nasihat yang tak elok.

Renung-renungkan dan selamat beramal. (n_n)

p/s: berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bila aku sedang marah, benda yang baik pun aku tak nampak. Isk3. Toksah ikut tau. Not nice~~ (T_T)

3 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

setuju juga tu... :)

penulis pun kena mainkan peranan dgn gaya penulisannya...adakalanya penulis tidak la marah..tp org yg membacanya merasakan yg dia sedang marah.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AIDILADHA 1431H - PART 1

imanshah [REPLY]said...

baca alquran menenangkan

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
Haaaa.. betul tuh. Aisyh. Macam-macam ragam manusia nih. Hehe.
Ok-ok. Boleh buat sequel nih. :)

Cikgu Imanshah:
Oh! Itu sudah pasti. Hehe.