KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Monday, January 24, 2011

Sakit dan Indah Itu Sentiasa Bersama

Salam Ceria!! :)

Alhamdulillah. Perjalanan program TOT berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Permulaan nak buat sesuatu program memang sakit dan perit. bagi yang pernah terlibat, kesakitan itu memang sakit kan? Perit itu memang terasa kan? Perasaan mengalah muncul kan? Kita tahu kawan-kawan dan adik-adik sekalian. Kita tahu perasaan itu. Kita merasainya juga.

Tapi, lihatlah pada hasilnya. Sangat indah untuk dikenang. Teringat-ingat saat kita bersama. Indah dan sangat sweet. :) Feedback yang baik dari peserta. Kesakitan itu terasa berbaloi bukan?

Ye. Kita faham. Penat kan menunggu untuk Cik Indah muncul? Encik Sakit juga yang muncul dahulu. Tidak henti-henti ujian datang. Dengan penceramah tidak dapat dihubungi, terlewat bangun, barang ada yang tak cukup, keadaan cuaca yang tiba-tiba berubah. Semua itu dugaan dariNya menguji ukhwah kita bersama.

Serius, terdetik di hati, ah! Penat dengan semua ini. Letih nak menghadapi karenah orang atasan. Malas nak fikir aktiviti apa yang perlu dijalankan. Tapi, ketahuilah, ini baru permulaan. Baru permulaan kawan-kawan. Apabila sudah keluar dari universiti itu, kenangan itu yang akan dikenang. Terasa ingin kembali menjalin ukhwah bersama. Tak percaya, tunggu dan lihat sahaja nanti. Zon di luar itu, lagi banyak songeh dari apa yang kita semua hadapi sekarang.

Kita di sini, tersenyum gembira melihat post-post di FB yang mengucap tahniah atas kejayaan program korang itu. Walaupun, jasad kita tiada, hati ini tetap berasa debarnya. Haha.

Kita tahu, korang memang boleh punya. Hehe. Peluk korang kuat-kuat.

Tahniah sekali lagi kepada korang semua!!! (n_n)

p/s: Kita tahu perasaan sakit itu. Kalau kita tak tahu dan rasa, kita tak boleh menulis ini. Walaupun, orang hanya nampak luarannya sahaja. Di dalam hati kita, Allah jua yang Maha Mengetahui kan?

Semoga istiqamah ye!! Ukhwah fillah. :)

6 org berkongsi rasa:

azana [REPLY]said...

a'a kan... pahit awal nya... manis menyusur kemudian.....

btol2...rindu r saat bersama kawan2 arrange n join program..

nunama [REPLY]said...

Azana:
pahit dan manis kan pasangan ideal. hehe. :)

p/s: rindu sangat.

nabilah_2908 [REPLY]said...

erm...program TOT tu program apa...?

jom ke APA KATA HATI pulak,
SI PENGGEMAR NASI GORENG

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
TOT = training of trainers. hehe.
ala-ala fasilitator tuh. tapi, up skit. looks like, belajar menjadi camp commander. mcm tula lebih kurang. :)

hysman [REPLY]said...

salam...
nape indah tu mesti CIK dan sakit tu mesti ENCIK?
adekah ianya faktor gender?
hehehe....

nunama [REPLY]said...

wassalam.
haha entah ek. mungkin kot. :0
hehehe