KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, January 16, 2011

Instinct

Salam Semua! :)

Sihat tak hari ini? Ada yang rindu-rindu? Wahaha~ Aku tahu aku perasan. Siapa je yang nak rindu kan. Haha. Mukaddimah yang berbasa-basi. Sila abaikan. Heeeehe.

Ok. Topik hari ini, instinct. wooohooo! Benda ini nak kata macam suratan tapi macam kebetulan pun ada jugak. Isyh. Tak tahulah sama ada nak percaya pada sesuatu perkara yang terjadi pada kita sepanjang hari itu.

Instinct ini boleh membuatkan kita tersenyum sendiri sepanjang hari, ketawa sorang-sorang dan berangan merenung untuk memahami maksud disebalik kejadian yang terjadi.

Aku paling perasan yang instinct aku ngan Puan Ummi agak kuat. Boleh memahami tindakan seterusnya. Suratan ke kebetulan ek? Haha. Contohnya, Incek Abah tengah bertukang untuk mengalihkan bangsal ke tempat lain. Sekaligus harus mengalihkan dapur arang ke tempat lain juga. Aku cadangkan kepada Incek Abah untuk mengalihkan di situ. Tup! Puan Ummi terus berkata, "pandai adik ni. Ummi baru nak cakap kat Abah macam tu". Wahaha. Kalau telefon tu pula memang sah-sah la kan. Kadang-kadang something happen to Puan Ummi. Aku akan dapat rasa. What a coincidence right?

Dengan kawan-kawan aku pun macam tu juga. Tapi, tak semua perkara la kan. Certain part sahaja. Tapi, serius la, benda ini lah yang membuatkan aku tersengih-sengih sepanjang hari. Kadang-kadang bila teringat tu, tersengih juga. Isyh. Ape??? Minah sengih? Takdalah! Hahaha.

Macam Cik F ini, aku memang terfikir nak upload satu entry pasal satu lagu ni. Dan dia pun upload. Memang comel betul lah!! Dah aku tersengih-sengih macam kerang busuk baca entry dia. Hahaha. Kamu ni memang nak kena cubit-cubit betul la. Geram. Hehehee. ;p

Pada si dia yang semestinya tak mengetahui kewujudan aku, lagi macam-macam. wahahaha. Tapi, dia takkan tahu punya. Kadang-kadang aku terfikir juga tau. Mungkinkah itu suatu suratan? Ataupun hanya kebetulan yang tidak disengajakan? Ah! Perasaan yang ini, benar atau sekadar................ Emm semua itu rahsia Allah.

Banyak sangat deria yang ke 6 ini muncul. Tapi, apa yang aku dapat fahami melalui hari-hari yang aku lalui, instinct akan hadir disaat kita rasa rapat dengan seseorang itu. Jikalau hati mulai jauh, segala tindak tanduk akan terbatas dan terhijab. Kita langsung tak memahami walau dia berada di sebelah kita.

Oleh itu kawan-kawan semua, eratkan ukhwah, sebarkan salam, berikan senyuman, solat berjemaah agar kita sentiasa berasa dekat dan rapat dengan mereka.

Sama juga seperti hubungan kita dengan Pencipta. Bila kita ingat kat Dia, insyaAllah, Dia akan ingat kat kita. Rapatkan diri, dekatkan jiwa, bersihkan hati. Semoga kita semua dirahmati dan mendapat perlindungan dariNya. Amiiin. :)

Diari Hari Ini: baru sahaja pulang dari kampung halaman. Aku suka macam ini. Kedatangan aku yang mengejut. Bukan main suka Puan Ummi dan Incek Abah. Jelas terpancar keceriaan di wajah mereka. Semoga impian kami akan terlaksana.

6 org berkongsi rasa:

Amintopiopio [REPLY]said...

haha..sixth sense ni..

susah nak cakap..
kadang2 bila pakai sgt..kita jd cam bosan takde surprise plk..

dulu-dulu la..
mmg islam blh nagak sume tindakan dgn apa yg kwn suka or tidak..
smpai kadang2 tu terikut semata2 nak jaga perasaaan orang..

so, tak rasa cam diri sendiri..

skrg klu ada feel apa2 pun..
diam2 sudah..hahaha

nunama [REPLY]said...

emm bosan eah? bukan rasa penat ke berteka-teki sama ada betul atau tidak.
oh kalau ada feel pape kena diam2 eah? hehehe ok2.
tapi sampai bila ek diam2 tuh? ;)

papepun, thanx Islam sudi memberikan pandangan. :)

nabilah_2908 [REPLY]said...

biasanya kaum Ibu ni yg punya instinct yg kuat..tul tak..?


jom ke APA KATA HATI pulak,
DENDA

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
mungkin juga. sbb sudah tersedia ada sifat ArRahman dalam diri seorang ibu.
sbb itu jugalah mungkin perempuan ini mudah berperasaan. hehe. :)

azana [REPLY]said...

Ikut kata hati kamu (sesuatu yang betol adalah daripada 'instinct' yang salah)Apekah?

nunama [REPLY]said...

Azana:
hehe. pernah eah rasa mcm tu? :)