KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Friday, April 1, 2011

Perbualan

"Terasa hati tak kalau ada orang tak suka kamu?"

"Tak. Buat biasa je."

"Tak cuba nak betulkan? Mana la tahu salah kita ke."

"Tak pernah."

"Sikit pun taknak betulkan?"

"Nak buat apa?"

*************************

"Kalau kita cakap, kita sakit hati dengan kamu, kita marah dengan kamu, ape kamu nak buat?"

"Dengar je."

"Dengar je??"

"Habis itu nak buat apa?"

"Kamu cubalah tanya kita, kenapa marah ke, ada pape salah ke....."

"Yelah. Kamu akan tanya."

******************************

"Kamu tahu, ada auditor nampak roti tak bertutup?"

"Salah ke?"

"Kamu....Kita kan kena jaga standard kebersihan makmal. Nanti, auditor nak buat report. Kena denda."

"So?"

"So???"

"Habis itu kamu nak buat ape?"

"Kamu pergilah minta maaf kat dorang."

"Auditor tu nak report kat sape?"

"(terdiam jap)Polis!"

"haaaiiih kamu ni. Takyahlah pedulikan auditor tuh. Kamu pergilah minta maaf kepada orang yang diaudit itu."

"Yelah. Kamu akan minta maaf."

********************************

QUOTE: HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM DAN LEMBU PUNYA TAHI, SAPI TERHIDU SEKALI..

4 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

selamber je Si Kamu tu....

jom ke APA KATA HATI pulak ;
JOM UJI MINDA

nunama [REPLY]said...

haiiihhh.. itulah dia.

nak buat macam mana. hehe.

Sabar dan redha. Mungkin ada hikmah yg x nmpk lagi. :)

_be yourself_ [REPLY]said...

HAHA , perangai KAMU tuhh mcm annoying je ( based on the conversation ) , tp bila kita baca , jadi lucu pulak haih :)

nunama [REPLY]said...

aah kan. bila teringat balik, mcm lucu juga. hehe.

xpelah. lain org, lain ragamnya.

Doakan sahaja si Kamu berbahagia dengan hidup dia. :)