Salam untuk mendapat bahagia! :)
Alhamdulillah. Menaip lagi saya di ruangan maya ini.
Oh. Cinta itu memang indah kan? Terasa ingin dicintai dan mencintai. Ops! Terjiwang lak ye. Haha. Takda-takda. Gurau. Lagipun, cinta itu fitrah. Cinta kepada ibu dan bapa, kaum keluarga, sahabat taulan, jiran tetangga dan orang sekeliling.
Tapi, semestinya, cinta yang paling Agung ialah CINTA KEPADA ALLAH dan RASULULLAH. Memang tak dapat dinafikan lagi lah kan. Tetapi cinta ini, sangat mahal dan susah untuk mendapatkannya. Hanya DIA sahaja terlalu mengasihi hambaNya. Tetapi, kita sebagai hamba suka membuat DIA cemburu, terluka dan sedih dengan sikap sambil lewa kita. Padahal, DIA yang menyuburkan rasa cinta itu dalam diri kita. Jadi macam mana kita nak dapat cinta sesama insan yang lain kan? Jika kita sudah mendapat cinta sesama manusia itu, bersyukurkah kita? Masih ingatkah lagi kita kepadaNya? Renung dan muhasabah diri kita sendiri. :)
Hehe. Ok-ok. Tak mahu serius sangat. Sebenarnya, nak share doa ini. Aku jumpa doa ni, lama dahulu. Terperap dalam draft. Malu nak publish. Tiba-tiba hari ini semangat nak bercinta. Tu yang publish. Haha.
Emm siapa yang taknak bercinta hingga ke syurga kan? Semua nak. Kalau nak, sila senyum manis-manis sambil berdoa dalam hati. (n_n)
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"...Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami imam (pemimpim) bagi orang yang bertaqwa."
(Surah al-Furqan 25 : 74)
Ya Allah…
Kurniakanlah kami pasangan yang soleh…
Yang menjaga dirinya…
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya…
Yang sentiasa memperbaiki dirinya…
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…
Yang baik akhlaknya…
Yang menerima kami apa adanya…
Yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…
Kabulkan ya Allah…
Kerana hati kami teramat lemah…
Ya Allah..
Kami mohon ampun atas dosa selama ini
Dosa-dosa kami..
Andai tak menjalankan perintahMu
Andai tak pedulikan NamaMu
Andai tenggelam melupakan diriMu
Ya Allah..
Sempatkanlah kami untuk bertaubat
Untuk hidup di jalanMu
Untuk penuhi kewajipanku
Sebelum tutup usia ini..
Sebelum kami kembali kepadaMu..
Ameen ya rabb.. :)
Sumber: [link]
Ah! Indah betul. (n_n)
Tepuk pipi sendiri. Layakkah aku?
5 org berkongsi rasa:
indahnya...masa baca doa ni...tgh hujan lak tu...syahdu je rasa... ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
FOLLOWERS APA KATA HATI
weewittt!da rase nak makan nasi minyak orang mersing la..:)
Kak Nabilah:
aeh hujan? kat sini pun hujan semalam. orang kata, baca doa masa awal2 hujan, dimakbulkan doa kan? hehe. (n_n)
Azian Azman:
uiiit! haha. aah. masa cuti nanti, kitorg byk dpt jemputan kahwin kat mersing itu. aisyh. nak bagi hadiah apa ek? ;p
insyaAllah dear.. awk layak tok dapat yg terbaek.. amin... :)
Chokely:
insyaAllah. Amiin. :) thanx Chokely. Jaga diri leklok ye. (n_n)
Post a Comment