KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, March 29, 2011

Bercakap Bila Perlu

Salam Ceria Kawan-kawan!! :)

Alhamdulillah. Bertemu lagi dalam segmen memotivasikan diri. Eceh! Hehe.

Sebelum itu, saya dah tukar template dan warna yang baru. Saja je. Nak nampak lebih feminin. Ok tak? *malu*

Ok-ok. Kembali ke tajuk asal k. =)

Banyak bercakap memang tak digemari sejak berkurun dahulu lagi. Bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malahan orang di sekeliling turut merasa tempias.

Kadang-kadang bercakap terlalu lama boleh menyebabkan terjadinya mengumpat. Yelah. Nak mencari idea dan modal bercerita. Sudah habis perihal diri, perihal orang lain pula menjadi tajuk. Isyh3. Kan bahaya tuh. Not nice kan?

Lain halnya kalau sudah lama tidak bertemu dengan kawan sepermainan, kawan sekolej dan seumpamamnya. Masa tuh, memang banyak benda nak cerita. Dan tak jadi masalah bercerita berkenaan hal diri sendiri. Yang pasti, bukan duk mengata hal orang lain.

Kalau sudah di medan pekerjaan, benda ini harus dijaga dengan baik. Tak semua teman sepejabat boleh berkongsi rasa seperti zaman persekolahan, kolej, universiti. Semua akan berubah. Masa inilah, akan terjadinya, bodek terlebih, tikam belakang dan perkara-perkara lain. So, be careful ok.

Sebab itulah, "bercakap bila perlu" ini perlu diamalkan demi kesejahteraan bersama.

Ok. Itu sahaja. Tak cukup masa nak olah. Semuanya, apa yang terlintas di fikiran sahaja. Bertemu lagi di lain waktu.

Tatatititutu~~~~ (n_n)

Oh! Hari ini, saya kurang bercakap. Senyum sahaja. Waaah! Saya pasti, mesti ramai yang tak percaya. Hehe. Tapi itulah kenyataannya. Yeaaayyhhh!!

p/s: bercakap memang kurang. Menaip je banyak.

4 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

hmm...

'banyak menaip dari bercakap'

itu la yang akak buat setiap hari bila kat office ni... :)

kalau jenis yg peramah...tak cakap sehari..sure tkkn senang duduk kan..?

org kata...bnyk cakap..bnyk salah...jd betul la tu...bercakap la bila perlu... :)

miss aieen [REPLY]said...

hihihi.bell...kita bercerita masalah kita,tak pe je kannnnnn

nunama [REPLY]said...

Kak Nabilah:
hehe. betul tu kak. mmg x senang duduk la org tu kalau tak bercakap semua.

lagi2 masa bekerja. ada je yang jeles tak tentu hala.

yeaayyh!! amalkan bersama. :)

nunama [REPLY]said...

'Aieen:
hehehe.
yang itu xpe. sebab perihal sendiri dan bertanyakan pendapat.

mana kita berdua ada 'mengumpat' kan?

lalala~~ ;)