KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Saturday, October 2, 2010

'Typical man'. Gelaran yang diberikan oleh seseorang.

Hey! Jangan cuba mempermainkan hati perempuan boleh?

*********

Salam.. (-_-")

Aihhh! nampak Emoticon itu? Sesedih hati saya.
Cuti yang lepas, aku mendapat panggilan telefon dari seorg sahabat.
Amat menyentuh hati bila dia berduka kerana seorang lelaki. Ya. Dulu, aku pun pernah terluka kerana lelaki. Aku ambil sebagai hikmah untuk mematangkan diri. Tapi, kali ini, dia pula. Aku tak pernah sekali-kali mendoakan sahabat aku menerima nasib yang sama seperti aku. Tidak!

Dunia kan? Terlalu banyak pelakon.

Lelaki. Haruslah akui, bukan semua lelaki seperti ini. Hanya ingin memainkan perasaan kaum perempuan. Meh! Aku nak tanya sikit. Ape yang korang dapat kalau perempuan itu terluka kerana sikap dan perbuatan kamu? Seronok? Bangga? Megah? Aihh tolonglah.

Adakah itu salah satu dari 'part time' kamu? Sila 'letak jawatan' untuk kerja itu ye. =D

Pergi. Datang lagi. Untuk apa ye? Memberi harapan yang pasti atau sekadar melepaskan kebosanan diri? Ah sudahlah! Boleh tak, kalo berterus terang. Kalo suka, katakan suka. Kalo tidak, luahkan sahaja. Mungkin aku sangat terluka, tapi untuk sementara waktu sahaja. Jangan perasan bahawa kamu adalah lelaki idaman Malaya dan aku hanya tunggul kayu yang lama. Sila hentikan segala sandiwara.

Jangan lafazkan "Aku Cinta Padamu" bila hati tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan disentuh hidup seseorang, jika hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang dilakukan hanya pembohongan .
Jangan membuatkan seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tak sanggup menerimanya.
Mesej dari Cik Fiera =)

Kepada kawanku yang mengalami nasib seperti ini, kamu harus kuat ye kawan. Cinta itu fitrah. Tapi, jangan terlalu berharap kepada cinta yang tak pasti lagi. Kalau boleh, lupakan segala kisah yang menyakitkan hati. Benda itu tak harus ada lagi. Carilah cinta hakiki. Nescaya kamu diredhai oleh Dia yang Maha Mengetahui.

Benar: Jika ada seorang lelaki yang layak dan telah ditakdirkan untukku sedari Lauh Mahfuz lagi, semoga kamu dapat menerima kekurangan diri ini. Maafkan aku yang lemah ini.

p/s: Maaf. Aku mungkin beremosi. Tapi ini "Bingkisan Hatiku". Pendapat dan pandangan aku sahaja. Aku tak tujukan pada semua ye. Mungkin, hanya pada yang terasa. Itu korang harus tahu. Again, maafkan aku.

p/s/s: Ingat kawan. Live your life. Jangan susah-susah untuk jadi susah. Jadikan susah itu untuk jadi senang pada suatu hari nanti.

Senyum. =D

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku suka untuk berkongsi apa yang pernah Abah katakan pada aku sebelum ini. Sesuatu yang aku pegang sehingga kini setelah musim percintaan telah meninggalkan hati aku yang kini lebih beku dan hanya memikirkan kerjaya serta masa depan sendiri.

"Along, kalau cinta itu datang dan disandarkan kepada Allah, jauh mana pun ia pergi, pasti akan datang kembali. Kalau cinta itu setakat main-main, suka-suka sebab hawa nafsu, mula-mula memang akan terasa sakit, tetapi lama-lama akan dilupakan sepenuhnya"

Dan aku memilih untuk percaya kata-kata Abah kerana aku tahu, kalau hanya sebelah pihak sahaja yang mengharapkan sebuah perhubungan diakhiri dengan ikatan pernikahan, itu tidak akan menjadi apa-apa. Sebab aku selalu mengingatkan diri aku, kalau aku mahu bercinta, biarlah lelaki itu menjadi suami. Bukan sekadar melepaskan rasa.

Dan, moga kekuatan kamu bertambah wahai gadis.
Aku mungkin bukan siapa-siapa untuk memberikan nasihat, tetapi sekadar terjumpa kamu di dunia maya yang sebenarnya kecil sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
petikan satu entry dari Cikgu ini. =D Seperti bisikan hatiku.

4 org berkongsi rasa:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ [REPLY]said...

semoga kamu lebih tabah dik.
:)

nunama [REPLY]said...

terima kasih kak! =D

nabilah_2908 [REPLY]said...

hmm...betul kata2 abah nur itu...boleh pinjam...? ;)

what goes round comes round...jika hari ni kita kecewakan org...kelak nnti 10 kali org akan kecewakan kita..

biarkan sahaja lelaki yg hnya tahu mempermainkan hati perempuan...esok lusa dia akan rasa juga.... ;)

nunama [REPLY]said...

Hehe.
Kak Nabilah. Ayat itu, bukan abah nur yang kata.
Tapi abah penulis ini. http://shafaza-zara.blogspot.com.
Ada link dia kat bawah petikan itu.

Btw, betul kata akak itu. Redha dan pasrah. Kunci untuk bahagia. =D