KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Sunday, October 24, 2010

Sedikit Penghargaan

Ya Allah
Tolong sampaikan salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih
KeluargaNya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu Ya Allah

Salam Sahabat sekalian. =D

Alhamdulillah.

Terima kasih ku yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program semalam. Terutamanya,
penggerak kerja saya yang mantap lagi hebat;
Solehah Jamilah binti Ismail
Wan Zafira Ezza binti Wan Zakaria
Nik Nazirah binti Mohammad
Norazuwin Najihah binti Mat Tahir.

pemandu tetap saya tapi tak bergaji merangkap penasihat saya serta melancarkan lagi program;
Saidatul Nur binti Hassan.

Kaum lelaki juga tidak ketinggalan kerana telah melibatkan diri dalam memikirkan idea yang bernas dan menghadiri meeting;
Muhammad Ammar bin Ibrahim
Mohd Safwan bin Mohd Saufi
Mohammad Faisal bin Mohd Basir

Mantan-mantan dan Skuad Pembimbing yang berkongsi pengalaman;
Hafizi bin Rosli
Syed Fariq bin Syed Yaacob

Dan nama-namanya yang tak disebut dalam entry ini.

Terima kasih ye kawan-kawan!! Semoga selepas ini banyak lagi program yang mantap dan hebat yang akan korang laksanakan. Oleh itu, jangan putus asa! Kalau perlukan apa-apa, hubungilah saya walaupun jauh. Mungkin saya boleh membantu dari jarak jauh. Kalau diizinkan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Rindu dan Salam Sayang dari saya yang korang tahu namanya. =D

Situasi: Semalam aku bersama teman-teman pergi ke Rumah Anak Kesayanganku di Bukit Jambul. Dekat sahaja dari USM. Budak-budak di situ, mengamalkan selawat ini sebelum tiap-tiap solat 5 waktu itu. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kami sebagai kakak-kakak turut berpeluang melagukan selawat itu. Selawat Badhawi namanya.

2 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

wah....mesti seoronok kan...rumah anak kesayanganku itu rumah anak2 yatim ke..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
CHINTA

nunama [REPLY]said...

Hehe agaklah.
Dia bukan rumah anak yatim tapi rumah perlindungan.
Ada remaja yang bermasalah.
Masalah dari segi disiplin dan datang dari keluarga yg susah-susah.
Bukan masalah yang teruk sangat pun.
Kami pun sempatlah mengambil pengajaran dari adik-adik ini.
Dorang hafal Hadis dan Al-Quran.
Pengasas kat situ buat style ala-ala sekolah Ma'had gitu.
Alhamdulillah. =D