KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Thursday, October 28, 2010

Kesudahan Pak Cik Bas.

Hehe.

Salam Sahabat sekalian. =D

Ok. Hari ini aku ada masa untuk taip banyak-banyak. Mungkin ye mungkin. Tengok jelah nanti. Haha.

Kalau korang baca blog aku yang tak seberapa ini, mesti korang tahu kisah yang berlaku kat USM ini berkenaan Driver Setia aku.

Dua entry yang lepas aku dah bercerita pasal cermin mata hitam dan 'Pihak' yang membuat survey pasal perkhidmatan mereka. So, hari ini aku akan tutup kes itu. Dah tak kan ada lagi cerita pasal mereka. Mungkinla. haha.

Aku ada tanya kan 'patutkah tukar perkhidmatan segala itu?'.
Dan terima kasih kepada Kak Nabilah kerana sudi menjawab. Hehe. Nah! Satu senyuman untuk akak. =D

Ini adalah pandangan aku.
Pertamanya, tidak silap aku, sudah lebih 10 tahun USM menerima perkhidmatan daripada syarikat Bas itu. Makanya, ini membuktikan bahawa perkhidmatan mereka berkualiti. Mungkin ye mungkin.
Ok. Aku tahu. Alasan itu tak cukup kuat.

Main point yang aku nak cakap sebenarnya, DIRI SENDIRI.
heh? Ko ni dah kenapa Nur. Tetibe je cakap berbelit-belit. Straight to the point please.

Ok-ok. Let's imagine. Kalau masing-masing willing untuk jadi baik, berdisiplin, berhemah dan segala bagai itu, benda ini tak kan berlaku punya. Semua orang akan gembira melakukan tugasan masing-masing. Pelajar akan pergi ke kuliah untuk belajar. Pak Cik Bas membawa bas secara berhemah. See. Simple. Budak darjah Satu pun boleh jawab.

tapi itulah. Nak ubah mentaliti masyarakat sekarang yang kononnya semakin maju dan berintelektual, huh! Payah! Amat payah! kamu tahu kenapa?

Sebabnya, masing-masing duk sibuk nak kata yang diri sendiri hebat, bagus dan apa-apa lagi.

Aku rasa ayat ini turun-temurun. Sejak sekolah rendah lagi aku dengar. Ubah diri sendiri. Jangan sibuk nak cari salah orang lain. Tapi, ada yang amalkan? Ada yang istiqamah dalam melakukannya? Takda? Aeh. Itu tipu. Aku tahu, ada yang amalkan. Tapi.............bilangannya amatlah sedikit.

Beruntunglah sesiapa yang mensucikan hatinya
Merugilah bagi yang mengotorinya
(As-Syams 91 : 9-10)

Macam mana lah Pak Cik Bas itu tidak marah dan mengamuk. Hey kawan-kawan sekalian, loceng sudah disediakan, SILA TEKAN LOCENG apabila sudah nampak perhentian anda. Kalau naik Bas Rapid, boleh pula tekan loceng. Kalau komuter USM, kenapa tidak boleh pula? Pelik. Benda yang sama.  Aku tengok dan analisis guna mata aku ini ye. Pastu sibuk nak marah-marah. Where's your manner huh?

Ok. Katakanlah loceng dalam bas itu rosak. So, masa inilah Pak Cik Bas akan memainkan peranannya. Beliau harus memerhatikan cermin pandang belakang. Ada tak nampak budak-budak nak turun or tanya 'ada sesiapa nak turun?'. Oh! How sweet it is.

Senyum dan ucapan terima kasih. Ingat nasihat Dr Cheng? Ya! Respect others, others will respect you back. Kalaulah Pak Cik Bas itu pasangkan radio kuat sangat, tak salah rasanya kamu pergi dekat dengan dia. Speak nicely. Budi bahasa beb! Kalau dia naik angin, itu lain cerita. Tapi korang tak buat lagi dah fikirkan apa yang akan jadi. Macam manalah nak tahu kan? Kalau korang malu, diam. Jangan sibuk nak complain itu dan ini. Hidup ini, kalau banyak sangat complainnya, susahlah. Fussy. Orang lain tengok pun, naik rimas. Cool bebeh! Haha.

Pasal Pak Cik Bas yang sibuk nak menggedik-gedik itukan, aku tak tahulah nak kata apa. Tapi, again, terpulang pada DIRI SENDIRI. Kalau dia fikir dia nak cari rezeki yang halal untuk anak bini kat rumah dan mengharap redha Allah semata-mata, dia tak kan buat macam itu.

Benda lain? Emm banyak. Malas lah aku nak taip dah. Korang semua pun dah besar-besar belaka. Dah tahu yang mana baik dan buruk.

Pasal kononnya akan bertukar Syarikat itu, tak dapat dipastikan lagi. Tengoklah apa yang akan terjadi. Mungkin bertukar dan mungkin tidak. Hmmm entahlah.

Kadang-kadang, apa yang berlaku itu, bukan untuk waktu dan ketika itu sahaja. Tapi, boleh diguna pakai untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Open your eyes. Think out of the box. Jangan cepat melatah.

And again. Terpulang pada DIRI SENDIRI untuk membentuk dan mencorakkannya.

For your information, aku pun tak sempurna mana.

So, kawan-kawan, let's change for a better life. InsyaAllah duniamu disinari cahaya pelangi yang indah.

Haa. Ada pantun. Diambil dari Kak Mira.
Jika mata disalut benci,
Semua benda dilihat keji,
Bila hati disalut cinta,
Semua benda indah belaka.

haha. Ni kes dengar forum "Empayar Cinta Kita, dimana Kesudahannya?" la ni. But it is great! =D

Oh ye! Aku rasa macam banyak je aku cakap mungkin. Emm. Yelah. Kita tak kan tahu apa yang akan berlaku dan terjadi. Kita hanya merancang. Tetapi ingatlah, Allah adalah perancang yang terbaik.

Maafkan segala tutur kata yang tidak sopan. Boleh tegur. Dipersilakan. hehe.
Sekian. Wassalam.

0 org berkongsi rasa: