KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Wednesday, July 7, 2010

tetibe terajin

Bismillahirrahmanirrahim..dan Salam Ceria semua! =)

Ok. Sebenarnya, dalam minggu ini, kesibukan melanda diri. Hahaha biasalah. Tak lama lagi, aku dah terpaksa pulang  ke 'over the sea'. Emmm.. Tambahan pula, sepupu aku belah Incek Abah akan berkahwin tidak lama lagi. Jadinya, selepas kerja di rumah aku siap (perempuan tidak habis-habis dengan kerja rumah kan? uhu~!), aku akan bertandang ke rumah Pak Teh dan Mak Teh di seberang jalan jer.

Di situ, sesetengah daripada orang kampung (yelah..setengah jer.. slalunye, masa 'makan besar' nanti, baru semua orang kampung turun..ye dak?) akan turun padang untuk membantu apa yang patut. Ada juga yang menyumbangkan beras, minyak, telur, bawang dan bermacam-macam bahan lagi. Tidak kiralah bahan basah atau kering.
bagus kan dorang nih..tolong menolong..ehehe..

Kadang-kadang itu, terdengar hilaian tawa makcik-makcik di situ. Sebabnya, ada salah seorang makcik itu melatah. Aduuuh!! Sian kat dia. Aku yang dengar ini pun terasa penatnya. Tapi, takkan aku nak meyampuk pule kat situ. Lalu hatiku berbisik, "makcik-makcik sekalian, janganlah usik makcik nih.. sian saya tgk dia.. uhu~!".

Tanpa disangka-sangka, seseorang berkata, "udahlah tuh. Penat aku tengok dia nih melatah". Yesss!! Akhirnya, ada juga yang merasa apa yang aku rasa. Ehehe.

Kalau korang masih ingat lagi, suatu ketika dahulu, Majalah 3 di TV3 (Inspirasi Hidupku) ada menyiarkan dokumentari berkenaan melatah ini. Dokumentari itu telah mewawancara beberapa artis yang melatah dan seorang makcik yang telah berusia. Aku pun dah x berapa nak ingat sangat. Kalau sesape yang ingat , then ada nak tegur, dipersilakan yer.. =)

Rupanya melatah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori,
  1. Mula2, seseorang itu sengaja membuatkan diri melatah. Dan seterusnya, menyebabkan ia menjadi suatu kebiasaan.
  2. Semulajadi. Mungkin akibat faktor usia. Otak tidak mampu mengawal aliran informasi yang dirangsang oleh impulse-impulse dari sel otak.
Apa-apapun, kalau boleh, elakkan diri dari melatah. Penat kowt! Oleh itu, kita digalakkan membaca al-Quran dan memahami maksudnya untuk mencegah penyakit melatah ini dari menular dalam diri (sumber x ingat).

Al-Quran memang banyak khasiat dan penawar segala jenis penyakit. Try tengok segmen 'Penawar (As-Syifaa)' di saluran 106, Pesona Oasis. errrrk! iklan jap =P

Sekadar perkongsian. Adios! ^^

********************
Tadi, terserampak dengan kawan baru. Dia kata, aku nampak muda dari usiaku. Hahahaha malu tau! *wink2*


3 org berkongsi rasa:

~HANA~ [REPLY]said...

memang letih pon tgk org melatah byk2 ni. hihi..

nabilah_2908 [REPLY]said...

ha..betul..masih ingt lagi TV3 ada siarkan tntg kisah org melatah tu.. ;)

bagusnya...kt tmpt nur masih lagi ada org2 kg yg nk dtg menolong...kt sini...org2 kg hanya jadi jemputan jer..bab masak memasak..semua serah pada caterer..yg dtg membantu cuma saudara mara tersekat sahaja.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
READ MORE

nur [REPLY]said...

salam.. =)

cik hana: kan3? penat kan.. tulah.. sian dia.. kena ada initiator suh org lain jgn kaco org yg melatah tuh.. hehehe

cik nabilah: haa seb bek ingt. ehe.
oh yeker? sti duk kat area bandar nih.. hahaha (just assumption =P keh3)

peace! (n_n)V