KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.

Tuesday, July 27, 2010

suasana pun PENTING ker??

Assalamualaikum w.b.k.t.h... =)

Ok. Hari ini kita nak cerita pasal suasana.

Masa kita sekolah-sekolah dulu, keadaan bilik darjah, ya Allah, teramatlah bising bila takda guru mengajar. Ingat lagi tak kelas kita macam mana? Rasanya semua sama je. Tapi, kalau tak sama, leh share-share k. Sharing is caring. =) Keadaan bilik yang best untuk belajar walaupun masih menggunakan kerusi dan meja yang lama. Kat atas meja tu plak, ada macam-macam contengan. Ada yang luahan hati lah, mengutuklah, jiwang karat lah dan bermacam lagi.

Kipas di syiling pula ni bagi sesetengah kelas la berbunyi kruik....kruik..kruik... akibat dimamah usia. Softboard kat belakang kelas nun, dipenuhi kata-kata nasihat, mind-mapping, gambar-gambar budak kelas dan bermacam ilmu pengetahuan ditampal mengikut subjek bagi tahun itu. ni pun depends gak kat pelajar dlm kelas itu sama ada rajin atau tidak. =P Biasalah kan. Benda ni sume penting untuk menjuarai carta kelas paling tercantik bagi minggu tuh or bulan tuh. Ceeh! Poyo jek. hahaha.

Sekarang ini pula, ada antara kita sudah menjejakkan kaki ke menara gading. Suasana juga berbeza. Dari pelajar yang selalu dan sering bertanya jika tidak faham pada sesuatu telah berubah kepada pelajar paling diam dalam kelas. Masing-masing konon-kononnya menghayati setiap tutur kata lecturer di hadapan. Hahahaha. Ada gak yang buat-buat mendengar a.k.a khusyuk, padahal fikiran dan hati telah melayang jauh ke mana-mana ntah. Suasana pun semakin tak best nak belajar. Masing-masing xda benda nak digaduhkan. Isyh3.

Adakah mungkin disebabkan bilik tutor or kuliah yang sejuk??
Al-maklumlah, semuanya guna air-conditioner untuk menyejukkan badan. Masing-masing takdalah nak mengeluh panas lah, itulah, inilah.

Adakah juga kerana penggunaan teknologi seperti OHP dan power point???
Emmm. Student tak lagi sibuk menulis dengan laju untuk melengkapkan nota. Masing-masing sudah ada nota di tangan. Tinggal nak conteng sket2 je. itupun kalau tak ngantuk dalam kelas. =P

sebab suasana ke sebab diri sendiri ek?? ......uhu~!


ok. Itu intro je. Wakakaka.. =P

Nak cite pasal salah satu kedai kat Unisains nih. Dia menyediakan perkhidmatan  printing, fotostat, binding, jual notes dan segala bagai yang seangkatan dengannye. Dolu-dolu, walaupun, nampak cam 'old skool', tapi, service dia, subhanallah! Cepat, pantas, tangkas, dan lekas. Yelah. Dia faham kowt yang bebudak U ni sume nak kejar masa. Sume busy. Suasana kat dalam kedai itu pun takdalah selesa mana. Tak tersusun jugalah. Tapi, masih nampak smart. Kemudahannya pun, kipas kat syiling je. Tak da maknanya air-cond2 ni. Perabih duit dia je. Ye x? Ehehe..

Nak dijadikan cerita, tetibe kedai ini ditransform menjadi sangat cantik, ke ai (sila baca mengikut tones dalam bahasa mandarin ye =P) , elegant, exclusive, mewah, tersusun, smart, ada air-cond dan bermacam sifat positif dia ada. Siap ada tempat yang bulat-bulat tuh untuk berinteraksi dengan pekerja dalam kedai tuh. Dah macam klinik pun ada. Macam kat stesen minyak pun ada gak. Tapi, service dia, tidak semeriah yang dahulu. Uhu~! Sedih.

"tak seindah gubahan pertama"

Rasa-rasalah, sebab apa jadi macam tu yer?? wondering (0_o")

Suasana itu penting kan??

Ok. Sekian..

p/s: minta maafla ye. tetibe entry terpanjang lak..hahahaha.. =P

3 org berkongsi rasa:

nabilah_2908 [REPLY]said...

teringt lk zmn sekolah dulu...berebut2 menghias kelas..hehe..

hmm...suasana itu mmg la penting...bertepatan dgn keinginan kita la kan..? ;)

pasal kedai tu..hrumm...bnyk faktor juga..

makin besar kedai itu...makin ramai pelanggan..sbb tu lambt sikit..or pekerja yg lama dh bertukar baru..nth la.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
DEAR FOLLOWERS

safiyyah [REPLY]said...

entahlah. mungkin dia rasa selesa dengan suasana baru yang mewah, dan pelanggan yang tak putus-putus datang even servis baik atau tidak, lalu dia buat kerja sambil lewa. tak bersungguh-sungguh

nunama [REPLY]said...

salam.. =)

Cik Nabilah_2908: your assupmtion is accepted! ehehe
p/s: hahaha memang best arh kemas kelas masa dulu2..siap balik lambat segala..kui3

Cik Hana: Betul tuh! x baik kan..?

quote: hargailah customer anda..uhu~!

peace! (n_n)V