Salam Semua. :)
lama kan tak tulis apa-apa. Bukan malas, tapi, memang busy yang terlampau. Entahlah. Dengan sample analysis, everyday. Report dan presentation slide yang masih tak siap-siap. Macam fyp jugala. Tapi, xlah seteruk fyp kot. Emm biasala kan. Kerja. Mana nak pernah habis.
Hari ini, ada sambutan Maulidurrasul anjuran tempat praktikal aku ni. Bukan kat HQ tapi, kat cawangan lain. Macam best kan? Hati, memang nak pergi. Nak rasa suasana. Nak try. Tapi, ada kerja yang perlu didahulukan. So, batalkan sahaja niat di hati. Sedih juga. Tapi, takdalah sedih sangat. Sebab aku pun tak kisah sebenarnya. Hehe. Ape punya perasaan la kan?
Jadi, aku dengan beberapa pekerja stay kat office. Buat kerja sikit. Bahagia. Tiada orang lelaki. Hanya kaum perempuan sahaja. Kak Z, pasang lagu. Perghh! Memang syok la kan. Tak hingat dunia. Bernyanyi sakan aku kat dalam office itu. Kakak-kakak kat situ, dok layan je karenah aku. Haha.
Lunch hour.
Oh. Macam biasa, jalan-jalan kat Angsana. Eh? Tetibe ada sale kasut jenama Polo. Macam best kan. Kebetulan, sandal aku ni pun, cam da rosak. So, ape lagi, bershopping sekejap. Bukan 1, tapi 2 pasang aku beli. Woaah! Giler! Alaa. Buat untuk raya terus. haha. Aku beli, sandal dan kasut bertutup. Comel. Simple. *pada pandangan aku*. Total, tak sampai RM100. Siap mesej Mek Ain bagi jeles skit. Yelah. Dia g tengok wayang ngan member dia tak bawa aku. Ceiyyt!
Masuk BADAN (kedai buku dalam Angsana), ingat kan nak tambah koleksi buku. Tengok dalam purse, tak boleh jadi. Kena sabarkan hati. Walaupun, mata dah berkelip-kelip tengok buku yang banyak. Geram! Jalan depan sikit, ternampak Jigsaw Puzzle. Yeaaayh! Beli dua. Satu untuk Haikal. Satu untuk Qusyairi. Boleh bermain-main dengan mereka nanti. Hehe. I like! :)
Petang. Menunggu jam di punch card berbunyi, dapat panggilan dari Mek Ain. Puan Ummi dan Encik Abah kurang sihat. Terkejut aku. Baru je telefon hari tu. Minggu lepas, aku baru je balik kampung. Tumpang Kak Ina. Huhu. Sedih tahu. Tiba-tiba je. Memang plan nak balik lagi hujung minggu ni. Tapi, tak terfikir pula kesihatan dorang menurun. Rasa nak menangis. Sedih.
Bila tiada masalah apa-apa, pasti kita diuji dengan benda yang lain pula.
Doakan yang baik-baik sahaja ya.
ok. Assalamualaikum. :)
4 org berkongsi rasa:
kak z?sapa weh?
amboi!shopping sakan na!
btw, banyak2 bersabar ye..semoga ur parents cepat sembuh..
hehe. kamunye sv la. sape lagi yang depan dia huruf 'z'? ;)
haha hihi hoho. ter'shopping'. mmg x sengaja.
Alhamdulillah. Da sihat sikit. Harap, x jadi teruk mcm ritu. Thanx beb. :)
dalam hapy2..terselit juga yer kesedihan..
macam mana Ummi dan Abah Nur...dah sihat..? :)
Kak Nabilah...emm dorang tak berapa sihat sangat. Tapi, dah beransur baik. insyaAllah.
emm. tapi itulah kan. bila dorg sakit2 ni, sayu je. nampak kuat di mata orang, x nangis tak ape. bila belakang dorg, perghh. air mata x berhenti.
Post a Comment